07/08/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐
Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar UTM telah melaksanakan Program Competent Executive Certificate (CEC) Tahun 2026 selama 5 hari, bermula 3 hingga 7 Ogos 2026, secara bersemuka di Excellence Room, Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan (CTLD).
Program ini merupakan Program Wajib Perkhidmatan bagi lantikan staf baharu Gred 9 dan merangkumi 10 modul utama. Program CEC ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berkaitan fungsi, peranan, pengurusan dan tadbir urus universiti.
Perkongsian ilmu daripada para penceramah yang berpengalaman luas serta mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang masing-masing telah memberikan nilai tambah kepada peserta dalam memahami dan melaksanakan tanggungjawab perkhidmatan dengan lebih profesional, cekap dan berkesan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah atas perkongsian ilmu yang begitu padat, bermanfaat dan penuh bertenaga. Tidak dilupakan, sekalung penghargaan buat semua peserta atas komitmen, interaksi aktif serta fokus yang luar biasa sepanjang lima hari program berlangsung.
Semoga ilmu, pengalaman dan perkongsian yang diperoleh sepanjang Program CEC ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam pelaksanaan tugas serta menjadi pemangkin kepada pembentukan warga kerja yang kompeten, profesional, berintegriti dan berdaya saing, demi kecemerlangan perkhidmatan dan kelestarian kecemerlangan UTM.
07/08/2026
Kursus Pra Persaraan Siri 1/2026
Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Kursus Pra Persaraan Siri 1/2026 pada 3 hingga 4 Ogos 2026 bertempat di Dewan ISES, CTLD UTM Johor Bahru. Program ini bertujuan mempersiapkan bakal pesara dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi alam persaraan secara lebih terancang, merangkumi aspek faedah persaraan, perancangan kewangan, pengurusan harta pusaka, penjagaan kesihatan serta kesejahteraan hidup.
Pengisian kursus telah disampaikan oleh barisan penceramah yang berpengalaman dan berwibawa, iaitu wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Encik Andy Anak Romeo Willie @ Sanen, Tuan Haji Hamidon bin Amen daripada Amanah Raya Berhad, Dr. Mohd Firdaus Akmal bin Azman daripada Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTM, Puan Norazlina Binti Samin daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Encik Ismaal bin Samat, mantan Timbalan Pendaftar Kanan UTM, yang berkongsi pengalaman dan pandangan menerusi slot khas bersama pesara UTM.
Sebagai pelengkap kepada program, peserta turut menerima manfaat melalui saringan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh PKU UTM dan semakan laporan CCRIS oleh AKPK. Inisiatif ini memberikan nilai tambah kepada peserta dalam menilai tahap kesihatan serta kedudukan kewangan semasa sebagai persediaan ke arah persaraan yang lebih mampan. Secara keseluruhannya, program ini mencerminkan komitmen UTM dalam memperkasa kesejahteraan warganya melalui penyediaan platform pembangunan diri yang komprehensif, sekali gus membantu bakal pesara melangkah ke alam persaraan dengan lebih yakin, sejahtera dan berkualiti.
06/08/2026
๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐ฃ ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐ข๐ฅ๐๐๐ก๐๐ญ๐๐ง๐๐ข๐ก (๐ฆ๐๐๐ข) ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ฎ
Dalam usaha memperkasa kompetensi kepimpinan yang dinamik dan kompetitif dalam kalangan Pegawai Pengurusan & Profesional (PPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Kursus Strategic Leadership and Effective Organization (SLEO) โ Siri 2. Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari iaitu pada 16 Julai, 22 Julai dan 4 Ogos 2026 ini bertempat di Kolej Tuanku Canselor (KTC) dan Centre for Talent and Leadership Development (CTLD), UTM Johor Bahru. Sasaran peserta kursus SLEO Siri 2 kali ini terdiri daripada PPP Gred 9 dan Gred 10. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh YBhg. Datoโ Dr. Mohd Sharil bin Abdullah, Pendaftar UTM.
Sepanjang tiga (3) hari kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai modul yang memfokuskan pembangunan kepimpinan strategik, antaranya True North: Discover Your Purpose, Unlock Your Potential, McKinsey 7S Framework, The Minto Pyramid Principle, High-Impact Project Management, Design Thinking for Effective Problem Solving, serta Making Big Things Happen: From Vision to Ex*****on. Modul-modul ini dirangka bagi memperkukuh keupayaan peserta dalam menyelaras organisasi, berkomunikasi secara strategik, mengurus projek berimpak tinggi serta memimpin perubahan secara berkesan.
Melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif, refleksi kendiri dan aplikasi kepada situasi sebenar organisasi, kursus ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta terhadap kepentingan kepimpinan yang berasaskan tujuan (purpose-driven leadership), penyelesaian masalah secara kreatif serta pelaksanaan strategi yang mampu menghasilkan impak yang berkesan. Program ini juga menjadi platform untuk memperkukuh budaya kepimpinan berprestasi tinggi selaras dengan aspirasi UTM ASCEND 2030.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datoโ Dr. Mohd Sharil bin Abdullah atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman strategik sepanjang pelaksanaan kursus. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkasakan kecemerlangan organisasi serta melahirkan barisan pemimpin masa hadapan yang berwibawa, berintegriti dan berimpak tinggi.
05/08/2026
Kursus Asas Aplikasi Data bagi Skim KP telah berjaya dilaksanakan pada 29 hingga 30 Julai 2026 bertempat di Bilik ICT 1, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.
Kursus selama dua hari ini dikendalikan oleh Pn. Rafidah binti Abd Rahim dari Pusat Pengurusan Data Universiti (PPDU), UTM, Johor Bahru. Objektif kursus adalah bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan aplikasi data sebagai sokongan kepada pelaksanaan tugas harian. Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada konsep asas pengurusan data, teknik analisis data serta penggunaan aplikasi yang dapat membantu menghasilkan maklumat yang lebih sistematik, tepat dan berkesan.
Melalui pendekatan pembelajaran yang menggabungkan penerangan teori, demonstrasi dan latihan praktikal, peserta berpeluang mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara langsung. Diharapkan kursus ini dapat memperkukuh kompetensi warga Skim KP dalam mengurus dan menganalisis data, seterusnya menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti selaras dengan aspirasi pendigitalan UTM.
04/08/2026
๐ข [SEKITAR KURSUS] PITCH WITH CONFIDENCE: SECURING GRANTS, SALES AND PARTNERSHIP
Sesi yang penuh inspirasi ini telah dibawakan khas oleh penceramah hebat kita, Prof. Madya Ts. Dr. Ramesh KS @ Mohd Zaidi Abd Rozan dari Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), UTM.
Pelbagai "ilmu mahal" dan strategi praktikal telah dikongsikan kepada warga akademik, khususnya tentang seni penyampaian (pitching) yang meyakinkan. Ini merangkumi taktik komunikasi berkesan untuk menawan hati pelabur, memenangi geran penyelidikan, memacu jualan inovasi, serta membina jaringan kerjasama yang lebih kukuh. ๐ก๐
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Ramesh atas perkongsian ilmu yang sangat padat dan bertenaga. Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat semua peserta atas komitmen, interaksi aktif, dan fokus yang luar biasa sepanjang sesi berlangsung.
Semoga segala input yang diperoleh hari ini dapat diaplikasikan terus ke dalam kerjaya masing-masing, seterusnya memperkasakan lagi penghasilan inovasi dan penyelidikan yang berimpak tinggi! ๐
03/08/2026
๐ SIRI PENGENALAN ADAB (SIRI 4): ADAB KEPADA UNIVERSITI
Universiti bukan sekadar deretan bangunan konkrit dan bilik kuliah. Ia adalah alma materโ'ibu' yang mendidik, menyuapkan kita dengan ilmu, dan membentuk jati diri kita menjadi insan yang lebih matang.
Namun, pernahkah kita terfikir, sejauh manakah kita memelihara adab kita terhadap institusi keramat ini? ๐ค
Alhamdulillah, siri wacana ilmu CTLD kini kembali untuk Siri ke-4! Kali ini, kita membawakan sebuah tajuk yang sangat dekat dengan jiwa kita sebagai warga kampus, iaitu "Adab kepada Universiti".
Istimewa untuk siri ini, pencerahan dan kupasan tajuk telah disampaikan dengan penuh hikmah oleh YBrs. Dr. Muhammad Ikhwan bin Azlan. Banyak teguran membina, nasihat, dan panduan berharga yang telah beliau kongsikan tentang bagaimana kita boleh menterjemahkan rasa hormat dan kesetiaan kita terhadap universiti.
โจ Antara intipati menarik yang dikongsikan:
โ
Universiti sebagai tempat membentuk akal budi, bukan sekadar memburu ijazah.
โ
Cara menterjemahkan rasa syukur terhadap kelengkapan dan fasiliti kampus.
โ
Tanggungjawab warga kampus dalam menjaga nama baik dan reputasi alma mater walau di mana jua berada.
Semoga perkongsian ini menyuntik kesedaran buat kita semua untuk terus menjadi warga kampus yang bukan sahaja cemerlang akademiknya, tetapi tinggi keluhuran adabnya.
30/07/2026
Alhamdulillah, selesai sudah penganjuran Kursus Smart IT Support: Maintenance & Troubleshooting (Siri 2) yang berlangsung pada semalam , 29 Julai 2026 (Rabu)
Sebagai penganjur dari Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), kami sangat bangga melihat semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta Skim H. Inisiatif upskilling dan reskilling ini diharapkan dapat memberikan suntikan kemahiran baharu serta memantapkan lagi perkhidmatan sokongan IT di jabatan masing-masing.
Juta ucapan terima kasih kepada penceramah hebat kita dari Pusat Pengumpulan Data (PPDU), Jabatan Pendaftar:
๐จโ๐ป En. Mohd Ariff Tarmizi bin Abd Rahman
๐จโ๐ป En. Mohd Rohaizam bin Mat Rashid
Terima kasih juga kepada semua peserta yang memberikan kerjasama yang cukup padu sepanjang kursus berlangsung. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan sepenuhnya!
๐ Dewan ISES, CTLD, UTM Johor Bahru
๐
29 Julai 2026 (Rabu)
29/07/2026
Kursus Future Ready Curriculum bertempat di Bilik ICT 2, CTLD, UTM Johor Bahru dijalankan pada 29 Julai 2026.
Kursus Akademik anjuran Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini diadakan bertujuan memantapkan lagi kualiti dan relevan kurikulum pendidikan akademik sejajar dengan perkembangan industri dan masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Haslinda binti Mohamed Kamar (Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UTM) atas perkongsian yang amat bermanfaat dan berimpak tinggi.
Terima kasih juga kepada semua peserta yang hadir dan memberikan komitmen padu sepanjang 4 jam sesi ini berlangsung. Semoga ilmu dan input yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya! ๐
29/07/2026
๐ Sorotan Program | Sesi Pengenalan Adab (Siri 3): Adab kepada Pelajar, Guru dan Sarjana
Pada 29 Julai 2026, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), UTM telah menganjurkan Sesi Pengenalan Adab (Siri 3): Adab kepada Pelajar, Guru dan Sarjana sebagai salah satu inisiatif memperkukuh budaya ilmu dan pembentukan sahsiah warga universiti.
Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh YM Dr. Syed Redzuan bin Omar Alsagoff daripada Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS), UTM. Perkongsian beliau telah mengupas kepentingan adab sebagai asas dalam menuntut ilmu, peranan guru sebagai pembimbing yang membentuk generasi berilmu, serta penghormatan terhadap para sarjana sebagai pewaris tradisi keilmuan.
Melalui sesi ini, para peserta didedahkan kepada nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam hubungan antara pelajar, guru dan sarjana, sejajar dengan aspirasi UTM dalam melahirkan warga akademik yang bukan sahaja cemerlang dari aspek intelektual, malah berakhlak mulia dan berintegriti.
โจ Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UTM untuk terus mengamalkan adab dalam setiap aspek pembelajaran, pengajaran dan penyebaran ilmu demi membentuk ekosistem akademik yang berteraskan ilmu, hikmah dan nilai.
29/07/2026
Kursus Transdisciplinary Research Leadership telah dijalankan pada 28 Julai 2026 (Selasa) , kursus generik akademik khas bagi Staf Akademik di UTM. Kursus di sampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Juhana binti Jaafar, dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Johor Bahru.
Antara adalah 5 point utama (key takeaways) daripada kursus ini:
1๏ธโฃ Apa itu Penyelidikan Rentas Disiplin (Transdisciplinary Research)?
Penyelidikan jenis ini bukan sekadar menggabungkan dua disiplin (Interdisiplin) atau melihat masalah dari sudut masing-masing (Multidisiplin). Ia merentas sempadan akademik dengan melibatkan terus pihak luar (non-academic stakeholders) โ seperti industri, kerajaan, NGO, dan komuniti โ seawal fasa reka bentuk kajian (co-design) demi mencari penyelesaian berimpak.
2๏ธโฃ Pencerakinan Peran Ciri Pemimpin Penyelidikan TDR:
Seorang pemimpin TDR bukan sekadar "pakar teknikal", tetapi perlu ada:
a) Systems Thinking (Melihat gambaran besar)
b) Boundary Spanning (Membina hubungan rentas sektor/jabatan)
c) Facilitative & Adaptive Leadership (Mengurus perbezaan pendapat secara konstruktif)
d) Impact Orientation (Berfokus pada impak masyarakat, bukan sekadar penerbitan makalah)
3๏ธโฃ Pengurusan Penglibatan Pemegang Taruh (Stakeholder Ecosystem)
Mengenal pasti dan mengurus rakan strategik melalui Power-Interest Matrix bagi memastikan penglibatan komuniti, pihak berkuasa tempatan, dan industri adalah selari dengan matlamat projek.
4๏ธโฃ Pengurusan Konflik & Membina Kepercayaan (Trust & Conflict Management)
Konflik dalam pasukan rentas disiplin adalah normal disebabkan perbezaan budaya kerja dan keutamaan. Kunci utamanya ialah penetapan persefahaman (Psychological Safety), ketelusan agihan dana/IP, serta berfokus kepada shared vision.
5๏ธโฃ Translasional & Impak Sebenar
Menerusi contoh kajian kes nyata (seperti projek Green-Mem EU & SATREPS-POME), penyelidikan yang berjaya adalah yang mampu diterjemahkan kepada dasar kerajaan (policy), teknologi komersial, dan manfaat terus kepada kehidupan masyarakat.
"Penyelidikan rentas disiplin memerlukan pengorbanan masa, tenaga, dan risiko โ namun ia membuka peluang besar untuk menghasilkan impak sebenar kepada masyarakat dan negara