Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar - BAPP UTM

Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar - BAPP UTM

Share

Memperkasa sahsiah dan personaliti mahasiswa melalui ekstra kurikulum

Photos from Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar - BAPP UTM's post 09/08/2026

[HEBAHAN BAPP]

๐ŸŒŸ VOLUNTEER & PARTICIPATE: 2026 JCI TOYM Top 30 Press Conference! ๐ŸŒŸ

UTM students, want to gain hands-on event management experience or network with top young leaders across Malaysia? Hereโ€™s your chance! ๐Ÿš€

Junior Chamber International (JCI) South Key invites UTM students to join the prestigious 2026 JCI Ten Outstanding Young Malaysians (TOYM) Top 30 Press Conference!

๐ŸŽฏ Choose Your Role:

๐Ÿค Event Volunteer: Get hands-on experience running a major national event!

๐ŸŽŸ Event Participant: Join as a delegate for leadership, entrepreneurship, and networking opportunities.

๐Ÿ—“ Date: Saturday, 8 August 2026

โฐ Time: 9:30 AM โ€“ 5:00 PM

๐Ÿ“ Venue: Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Iskandar Puteri, Johor

๐Ÿ”— Sign Up Now: https://forms.gle/X7kVrgquiFTqmAfh9
https://jcimalaysia.cc/roadmap/event-details-public.php...
https://toym2026-top30-kbsfestivaljohor.netlify.app/

๐Ÿ“ฑ Enquiries (Organizer): Ms. Eline Chong (Deputy Organising Chair) at +60 10-274 9903

Photos from Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar - BAPP UTM's post 09/08/2026

6 Ogos 2026 | Lawatan Tapak Pihak QSR Brands bagi Persediaan Program Motorsport Talk 2.0

Lawatan tapak telah diadakan di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru sebagai sebahagian daripada persediaan penganjuran Motorsport Talk 2.0, yang bakal berlangsung hasil kerjasama strategik antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan QSR Brands selaku penganjur bersama.

Lawatan ini bertujuan menyelaras aspek teknikal, logistik dan pengoperasian program bagi memastikan kelancaran pelaksanaan serta memberikan pengalaman terbaik kepada para peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada QSR Brands atas komitmen serta kerjasama erat sebagai penganjur bersama dalam merealisasikan penganjuran Motorsport Talk 2.0. Kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa pembangunan belia, pendidikan dan industri permotoran melalui perkongsian ilmu, pengalaman serta inspirasi kepada warga universiti dan masyarakat.

Nantikan Motorsport Talk 2.0 yang bakal membawakan lebih banyak pengisian menarik, perkongsian eksklusif serta inspirasi daripada tokoh-tokoh industri permotoran.

Photos from Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar - BAPP UTM's post 07/08/2026

๐—จ๐—ง๐—  ๐—›๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ฎ ๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜€๐—ถ๐—ป ๐—”๐—น-๐—ค๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ฑ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต, ๐— ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ฟ๐—ฎ๐—ฏ ๐—ฆ๐—ฎ๐˜‚๐—ฑ๐—ถ

7 Ogos, Sepang - Setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Muhammad Haikal bin Redzwan, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi, Fakulti Sains serta peserta 5 Excellence Track Programme (5ETP) Teras Teknohafiz, atas penyertaan mewakili UTM dalam Program Tahsin Al-Quran Bersanad, Umrah dan Ziarah anjuran Huffaz Professional Centre of Excellence (HuffazPro) UNITEN.

Program yang berlangsung pada 7 hingga 25 Ogos 2026 di Mesir dan Arab Saudi ini merupakan platform berprestij dalam memperkukuh bacaan al-Quran secara bersanad di samping memperluaskan pengalaman kerohanian melalui ibadah umrah dan ziarah ke tempat-tempat bersejarah Islam.

Semoga penyertaan ini menjadi medan untuk meningkatkan kecemerlangan ilmu al-Quran, membentuk sahsiah huffaz profesional serta membawa nama baik UTM di peringkat antarabangsa.

Selamat bermusafir. Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan, keselamatan serta memperoleh keberkatan dan manfaat sepanjang program berlangsung.

Kerana Tuhan Untuk Manusia.








05/08/2026

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA WAKIL BAPP KE SUKUM 2026!

Seluruh warga Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar (BAPP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Maju Jaya kepada dua orang wakil BAPP yang bakal beraksi di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2026:

โšฝ Encik Dzulhelmi bin Mohd Razali โ€“ Acara Bola Sepak Veteran
๐ŸŽณ Encik Amirul Ariff bin Zainal โ€“ Acara Tenpin Boling

Kejohanan ini bakal berlangsung pada 6 hingga 15 Ogos 2026 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kecergasan berpanjangan, dan kecekalan tinggi untuk beraksi dengan cemerlang demi mengharumkan nama BAPP serta nama UTM di persada kejohanan. Buat yang terbaik dan bawa pulang kejayaan!

Photos from Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar - BAPP UTM's post 04/08/2026

Selamat Datang ke Keluarga BAPP UTM!

Kami dengan sukacitanya menyambut kedatangan Encik Dzulhelmi bin Mohd Razali yang telah ditempatkan di Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar (BAPP) sebagai Timbalan Pendaftar (Gred N12) bermula 3 Ogos 2026.

Seluruh warga BAPP mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan moga terus cemerlang dalam mengalas amanah baharu demi pemerkasaan pelajar UTM. Welcome on board!

Photos from Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar - BAPP UTM's post 04/08/2026

Jasamu Dikenang, Bakatmu Dijulang! ๐ŸŒŸ

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Encik Mohd Zainuddin Bin Musoh atas segala sumbangan dan komitmen luar biasa yang diberikan sepanjang berkhidmat di Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar (BAPP). Kehilangan Encik Zainuddin pastinya dirasai, namun semangat dan dedikasi anda akan terus menjadi inspirasi kepada kami semua.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah selamat maju jaya di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Selamat menjalankan tugas dan semoga terus melakar kejayaan di tempat baharu!

Ikhlas daripada kami semua warga BAPP UTM. โค๏ธ

30/07/2026

REDA IBU BAPA, KUNCI RAHMAT-NYA: ADAB TERHADAP IBU BAPA

Sudahkah kita membahagiakan kedua ibu bapa kita?

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

"Wahai Tuhanku! Curahilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah Al-Isra', 17:24)

Setiap pencapaian yang diraih dalam kehidupan seseorang individu, termasuk kejayaan akademik dan kerjaya, merupakan hasil daripada pengorbanan, doa, dan didikan ibu bapa yang tidak pernah putus. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab setiap anak untuk sentiasa berbakti dan memuliakan kedua ibu bapa sepanjang hayat.

Adab Terhadap Ibu Bapa:

1. Bertutur dengan lemah lembut dan penuh hormat, tanpa meninggikan suara
2. Mentaati arahan ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam
3. Mendoakan kesejahteraan dan keampunan untuk mereka pada setiap masa
4. Meluangkan masa dan memberikan perhatian sewajarnya kepada mereka
5. Tidak membantah atau berkata-kata kasar terhadap mereka
6. Membantu meringankan beban mereka dari segi tenaga dan kewangan
7. Memohon keizinan serta restu dalam setiap urusan penting kehidupan
8. Membalas jasa dan pengorbanan mereka dengan sebaik-baiknya

Keredaan ibu bapa merupakan kunci kepada keredaan Allah SWT. Justeru, marilah kita bersama-sama menghayati ini sebagai peringatan untuk terus memuliakan dan membahagiakan kedua ibu bapa kita, bukan sekadar pada saat kejayaan, malah pada setiap saat kehidupan.

Kongsikan pengalaman dan momen bersama ibu bapa anda di ruangan komen.

29/07/2026

๐Ÿ“ข *TAKLIMAT ANUGERAH TOKOH SISWA NEGARA (ATSN) 2026* ๐Ÿ“ข

๐ŸŒŸ Adakah anda mahasiswa yang aktif, berimpak dan mempunyai pencapaian membanggakan?
Inilah *peluang anda untuk mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM)* ke pengiktirafan mahasiswa paling berprestij di peringkat kebangsaan!

Sertai *Sesi Taklimat Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026* dan ketahui bagaimana anda boleh menjadi calon yang berpotensi mengharumkan nama UTM di pentas nasional.

๐Ÿ“… Tarikh: 30 Julai 2026 (Khamis)
๐Ÿ•™ Masa: 9.30 pagi
๐Ÿ’ป Platform Gmeet: https://shorturl.at/LwXqG
๐Ÿ“ Group Whatsapp: https://shorturl.at/TSRFm
๐Ÿ‘‰ Slide dan info ATSN 2026: https://shorturl.at/izPfG

Apa yang akan dikongsikan?

โœ… Pengenalan dan hala tuju ATSN 2026
โœ… Penerangan mengenai 13 kategori anugerah ATSN
โœ… Syarat kelayakan dan proses pencalonan
โœ… Kaedah penilaian oleh panel penilai
โœ… Tips membina portfolio dan pencalonan yang berkualiti serta berimpak tinggi

๐Ÿ“Œ Pautan Google Form pencalonan ATSN 2026 hanya akan diedarkan selepas sesi taklimat tamat.

๐Ÿš€ Nota Penting : Sekiranya anda merupakan pelajar tahun 4 dan mempunyai pencapaian dalam bidang kepimpinan semasa berada di tahun 1, 2 & 3 turut layak untuk mencalonkan diri dalam senarai Anugerah yang dipertandingkan !

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi wajah kecemerlangan mahasiswa UTM di peringkat kebangsaan. Sama ada anda aktif dalam kepimpinan, kesukarelawanan, inovasi, keusahawanan, sukan, kebudayaan, pengucapan awam atau khidmat masyarakat, ATSN mungkin pentas terbaik untuk mengiktiraf usaha dan sumbangan anda.

โœจ Ayuh sertai taklimat ini dan mulakan langkah pertama untuk mengukir legasi sebagai Tokoh Siswa Negara!

28/07/2026

Adab Terhadap Ibu Bapa: Bakti yang Berterusan Walaupun Mereka Telah Tiada

Salah satu tuntutan adab yang diajarkan dalam Islam ialah terus berbakti kepada ibu bapa, bukan sahaja ketika mereka masih hidup, bahkan setelah mereka kembali ke rahmatullah. Pemergian mereka bukanlah pengakhiran kepada tanggungjawab seorang anak, sebaliknya menjadi ruang untuk kita terus berbakti melalui doa dan amal kebajikan.

Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
(Riwayat Muslim, al-Nasa'i, al-Tirmizi dan Abu Daud)

Hadis ini mengingatkan bahawa doa daripada anak yang soleh merupakan antara amalan yang terus mengalir pahalanya kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia. Justeru, sebagai tanda kasih sayang dan adab kepada mereka, marilah kita:

โ€ข Sentiasa mendoakan keampunan dan rahmat Allah SWT buat kedua-dua ibu bapa.
โ€ข Memperbanyakkan istighfar agar Allah SWT mengampunkan segala dosa mereka.
โ€ข Bersedekah dengan menghadiahkan pahala kepada mereka.
โ€ข Berusaha melunaskan hutang atau amanah yang masih berbaki sekiranya diketahui dan berkemampuan.

Semoga kita tergolong dalam kalangan anak-anak yang terus berbakti kepada ibu bapa dengan doa dan amal soleh, serta memperoleh keberkatan dan keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

"Ya Allah, ampunilah kedua-dua ibu bapa kami, rahmatilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik dan menyayangi kami sejak kecil."




Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


M42 & M43, GALERIA SISWA, Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30