18/09/2023
SEBAB ORANG KAYA BERTAMBAH KAYA
✅ Ada mindset ‘financial growth’
✅ Berkenalan dengan individu berjaya
✅ Keluar daripada zon selesa untuk cuba benda baru
✅ Ada pelbagai aliran pendapatan
✅ Pelbagaikan pelaburan
✅ Fokus untuk ‘level-up’ diri
✅ Elak berbelanja luar kemampuan
✅ Sedekah & buat kebaikan
Anda lah penentu destinasi akhir kewangan anda. Pilihlah jalan yang betul
17/08/2023
[3 PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MELABUR SAHAM]
♦ Sebelum anda melibatkan diri dalam pelaburan saham, pastikan anda ketahui dan bersedia dalam 3 aspek berikut:
1. Gunakan wang lebihan sebagai modal pelaburan.
🟣 Wang lebihan merujuk kepada wang yang tidak digunakan dalam tempoh 1 tahun dan ke atas dan bukannya wang komitmen dimana anda terdesak mahu menggunakannya dalam masa terdekat seperti wang bayaran ansuran rumah, ansuran kereta, atau wang perbelanjaan harian anda sekeluarga.
🟣 Jangan sesekali menggunakan wang pinjaman atau berhutang dengan sesiapa sahaja untuk melabur saham. Anda perlu melabur dalam keadaan emosi yang tenang dan stabil untuk berjaya menjana keuntungan secara konsisten dalam pasaran saham.
2. Fahami ilmu asas pelaburan saham.
🟣 Pelaburan saham melibatkan risiko. Sebelum anda mula melabur anda perlu fahami apa yang anda sedang lakukan dan apa risiko yang perlu anda tanggung.
🟣 Antara ilmu asas pelaburan yang penting untuk anda kuasai sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan adalah seperti pengurusan kewangan, pengurusan risiko, analisis fundamental, analisis teknikal, dan analisis pasaran.
3. Tentukan matlamat dan buat perancangan.
🟣 Matlamat dan perancangan sangat penting dalam pelaburan saham. Tentukan apa yang anda nak capai untuk jangka masa panjang dan pendek. Ramai pelabur yang berhenti di pertengahan jalan disebabkan tidak jelas dengan matlamat yang hendak dicapai dalam pelaburan saham.
🟣 Setelah tentukan matlamat, buat perancangan untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat dan perancangan perlu dibuat dengan sangat terperinci. Masukkan setiap jumlah (RM) yang hendak dicapai dan tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.
🟣 Jika perancangan anda tidak berjaya, anda boleh ubah perancangan dari masa ke semasa, tetapi jangan ubah matlamat yang telah ditetapkan. Jangan berhenti berusaha sehingga anda berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki.
09/08/2023
[𝗥𝗲𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗺]🧐🧐🧐
📗 Masih ramai di kalangan kita yang masih skeptikal dengan pelaburan saham.
📗 Salah satunya faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh khabar angin negatif yang sampai di pendengaran mereka.
📗 Berbanding cuba mencari kebenaran kepada khabar angin tersebut, ramai yang memilih untuk terus menghindarkan diri daripada terjebak dalam dunia pelaburan saham.
📗 Tindakan ini merupakan suatu tindakan yang amat merugikan.
📗 Beri peluang kepada diri anda untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru.
📗 Buat pertimbangan hanya setelah anda mendapatkan maklumat yang betul dan mencukupi terhadap sesuatu bidang yang anda baru mahu ceburi.
22/07/2023
Siapa yang masih Zero dan tidak tahu apa itu Stok?
Bahasa mudahnya Saham ialah pegangan pemilikan dalam syarikat dalam bentuk ekuiti.
Inginkan maklumat lanjut tentang pelaburan saham patuh syariah?
15/07/2023
Assalamualaikum, Salam Menjemput Rezeki utk smua pelabur 🤲🏽
Broker team yang professional dan strategy ikut langkah2 kami. Fikir ke hadapan bersama pelaburan saham KEMAHIRAN PUNCAK.
Hubungi mereka dapat lebih infomasi.
𝟯 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗙𝗢𝗞𝗨𝗦
1. 𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗺
𝟮. 𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗚𝗮𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗼𝗱𝗮𝗹 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹
𝟯. 𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝘀𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 "𝗣𝗮𝗽𝗲𝗿 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗲"
29/06/2023
Selamat Hari Raya Adha 1444H Fighters ✨
Moga semua dimurahkan rezeki dalam hari yang baik ni. Moga jauh daei segala masalah ye. All the best semua & stay safe ❤️
25/11/2022
Setiap hari adalah Hari baru bagi kita. Tetapkan matlamat, mulakan perancangan, lakukan tindakan. Insyaallah kejayaan menanti anda di hadapan.
Bergerak dan terus bergerak.Inginkan perubahan?? Mulakan dari sekarang..