10/03/2024
Celebrate the news! SDGEducation has officially teamed up with the Ninjas to provide a high-quality education. As part of future initiatives, all 17 Sustainable Development Goals will be mapped & integrated into the curriculum through the Ninja’s Subjects.
1. Econinja (Environment) - SDG6, SDG7, SDG13, SDG 14 & SDG15
2. MyNinja (Education, Culture & Religion) - SDG4, SDG5, SDG10 & SDG11
3. TechnoNinja (Technology) - SDG1 & SDG9
4. ChronoNinja (History & Peace) - SDG16 & SDG17
5. AgriNinja (Food & Agriculture) - SDG2, SDG12
6. Sports Ninja (Sports & Wellness) - SDG3
7. Explore Ninja (Travel) - SDG8
We invite additional collaborators to join forces in achieving the Sustainable Development Goals for the benefit of global citizens.
17/05/2023
SDG 12: Penggunaan Dan Pengeluaran Yang Bertanggungjawab
Tujuan utama SDG 12 adalah untuk mengurangkan pembaziran makanan, mempromosikan penggunaan sumber daya secara berkesan, memastikan akses kepada produk berkualiti yang berpatutan, memperbaiki kesedaran mengenai impak pengeluaran dan penggunaan sumber daya terhadap alam sekitar.
Penting untuk memahami bahawa SDG 12 bukan hanya tugas yang perlu dilakukan oleh kerajaan atau organisasi global, tetapi juga tanggungjawab individu. Setiap individu memainkan peranan dalam menggalakkan pemakanan dan penghasilan yang bertanggungjawab dengan membuat pilihan yang bijak dalam kehidupan seharian.
Mari kita bersama-sama mengambil tindakan dan melibatkan diri dalam usaha mencapai SDG 12. Dengan melakukan ini, kita dapat memberikan sumbangan yang berharga untuk kelestarian alam sekitar dan kemakmuran generasi akan datang.
10/05/2023
SDG 11: Komuniti dan Bandar yang Lestari
Sasaran pertama SDG 11 ini adalah untuk memastikan akses kepada tempat yang lebih selamat dan perumahan yang mampu milik menjelang 2030. Petunjuk untuk mengukur kemajuan ke arah sasaran ini adalah bahagian penduduk bandar yang tinggal di kawasan kumuh atau petempatan tidak rasmi. Antara tahun 2000 dan 2014, jumlahnya menurun dari 39 peratus menjadi 30 peratus.
Walau bagaimanapun, jumlah mutlak orang yang tinggal di kawasan kumuh meningkat daripada 792 juta pada tahun 2000 menjadi sekitar 880 juta pada tahun 2014. Pergerakan dari luar bandar ke kawasan bandar semakin pesat apabila penduduk bertambah dan lebih banyak alternatif perumahan yang lebih baik.
08/05/2023
SDG 11 – Bandar Dan Masyarakat Yang Mampan
Pentingkah pembangunan bandar ini kepada masyarakat? Ya kerana dengan pembangunan bandar dapat meningkatkan ekonomi masyarakat dan pembangunan ekonomi sesebuah bandar. Bandar juga kunci kepada masa depan yang mampan, yang merupakan satu tempat menarik untuk hidup dan mampu mencapai skala ekonomi dalam semua sistem bandar.
Pembangunan bandar yang mampan juga perlulah mengambil kira keadilan sosial kawasan bandar, keperluan sumber manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dan semua ini membantu mempromosikan penyelesaian kepada isu-isu persekitaran yang sama seperti gas rumah hijau, isu iklim bandar, pencemaran air dan sisa, penggunaan tenaga, dan kesihatan dan kesejahteraan pengguna.
05/05/2023
SDG 10: Mengurangkan ketidaksamaan
Matlamatnya SDG 10 adalah untuk mengurangkan ketidaksamaan atau perbezaan antara negara dan di dalam negara.
Ketidaksamaan boleh dihapuskan dengan meningkatkan pendapatan orang miskin dan menyingkirkan undang-undang serta amalan yang mendiskriminasi jenis orang tertentu.
02/05/2023
SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamaan
SDG 10 bertujuan untuk mengurangkan ketidaksamaan antara individu dan kumpulan yang berbeza. Mempromosikan inklusiviti dan memastikan bahawa semua orang mempunyai akses yang sama kepada peluang serta sumber dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan akses kepada perkhidmatan asas. Ini adalah matlamat yang sangat penting bagi pembangunan mampan di Malaysia dan seluruh dunia.
Jadi, mari kita bersama-sama mengambil tindakan untuk membantu mengurangkan ketidaksamaan dan mempromosikan inklusiviti di seluruh Malaysia. Mari kita bekerja bersama untuk membina dunia yang lebih adil dan saksama untuk semua orang.
19/04/2023
SDG 9: Inovasi industri dan infrastruktur
Memperkukuhkan institusi kewangan domestik dan meningkatkan sokongan bantuan perdagangan untuk negara membangun, dianggap penting dalam pembangunan ekonomi.
SDG 9 memfokuskan pembangunan infrastruktur yang berdaya tahan, mempromosikan perindustrian yang inklusif serta memupuk inovasi.
Untuk menghadapi cabaran masa depan, industri dan infrastruktur kita mesti dinaik taraf. Kita juga perlu mempromosikan teknologi mampan yang inovatif dan memastikan kemudahan akses maklumat kepada semua serta pasaran kewangan.
Ini akan membawa kemakmuran, mewujudkan pekerjaan dan memastikan kita membina masyarakat yang stabil dan makmur di seluruh dunia.