22/08/2025
TIADA KOMPROMI TERHADAP SALAH LAKU BULI.
IA PERLU DILAPORKAN SUPAYA SIASATAN DAN TINDAKAN DAPAT DIAMBIL.
Salah laku buli perlu dilaporkan. Ia boleh dilaporkan menerusi platform sistem Aduan Buli Kementerian Pendidikan (KPM).
Bagi membolehkan siasatan dilaksanakan, butiran kejadian seperti tarikh, masa, lokasi serta perincian salah laku termasuk siapa pelaku dan mangsa yang terlibat dalam kes tersebut perlu dinyatakan di dalam aduan. Tanpa maklumat penting tersebut, siasatan dan tindakan sukar untuk diambil.
Pengadu turut mempunyai pilihan untuk membuat laporan aduan secara anonim.
Aduan juga boleh dilaporkan menerusi saluran berikut:
1. 03-8884 9325 (panggilan telefon)
2. 014-800 9325 (panggilan telefon dan Whatsapp)
KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik langkah-langkah menangani salah laku buli bagi memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
27/01/2025
22/12/2024