18/08/2022
𝟭𝟬 𝗠𝗮𝗯𝗮𝗱𝗶 (dasar-dasar) 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗧𝗮𝘂𝗵𝗶𝗱
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيد المرسلين وإمام المتقين نبينا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين. اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه، وبعد
1. Nama ;
-Ilmu Tauhid / Ilmu Kalam/
-Ilmu Usuluddin / Ilmu Aqidah.
2. Takrif Ilmu ;
Ilmu yang membicarakan tentang kepercayaan-kepercayaan agama yang berasaskan daripada dalil yang tepat (Al-Quran dan Al-Hadis dan Hukum 'Aqal).
3. Hukum mempelajari ;
Fardhu Ain atas tiap-tiap Mukallaf, lelaki dan perempuan.
4. Tajuk Perbahasan ;
- Uluhiyyat - Sifat2 ketuhanan.
- Nubuwwat - Sifat2 kenabian.
- Mumkinat - Jirim & 'Aradh.
- Sam'iyyat - Perkara2 ghaib & alam akhirat.
5. Sumber Ilmu Ini ;
- Al-Quran, hadith & hukum 'aqal/ dalil 'aqal.
6. Nama hukuman yang dijatuhkan dalam masalah-masalah Ilmu Tauhid ;
- Wajib 'Aqal
- Mustahil 'Aqal
- Harus 'Aqal
(Jika di dalam Ilmu Fiqh, nama hukuman yang dijatuhkan seperti Wajib, Haram, Sunnat, Makruh, Harus.)
7. Kelebihan atau keutamaan ;
Ilmu yang paling mulia daripada segala ilmu kerana ia berhubung tentang masalah ketuhanan dan kenabian.
8. Nisbah atau Bandingan dengan Ilmu yang lain ;
Punca segala Ilmu.
9. Penyusun ;
- Al-Imam Abul Hasan Al-Asya'ariy
- Al-Imam Abu Mansur Al-Maturidiy
10. Buah atau Hasil (Natijah / Ghayah / Kesudah-sudahan) ;
- Dengan Ilmu ini boleh mengenal Allah dan Rasulnya dengan Dalil yang tepat (Mengenal mana Aqidah yang betul dan mana yang salah!)
- Dapat kebahagian yang kekal (Masuk Syurga).
_____________________________
Kenyataan yang kami kongsikan di sini adalah bersumberkan Kitab Risalatut Tauhid (1372 H / 1952 M), bagi Haji Abdul Ghani bin Yahya dan Haji ^Umar bin Yusuf, cetakan Maktabah Wa Matba^ah Muhammad An-Nahdi Wa Auladuhu, Bangkok (Thailand), m/s 5, baris 1 dari atas.
𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧:
Selain daripada kitab ini, di mana lagi saya boleh rujuk tentang Mabadi Ilmu Tauhid ini ?
𝐉𝐚𝐰𝐚𝐛:
1. Perkara 10 Mabadi Tauhid ini ada tersebut di dalam Kitab Tuhfatul Murid Hasyiah ^Ala Matni Jauharatit Tauhid (1234 H / 1819 M), bagi Al-^Alim Al-^Allamah Asy-Syaikh Ibrahim Ibnu Muhammad Al-Bayjuriy, cetakan Al-Haramain (Indonesia), m/s 8, baris 6 dari bawah.
Atau, terjemahan dengan tulisan rumi Kitab Terjemahan Tuhfatul Murid Syarah Jauharah Tauhid, bagi Syeikh Ibrahim AlLaqqani, cetakan 3.7.2011 M, Penerbit Darul Busyra, Selangor (Malaysia), m/s 21, baris 1 dari atas.
Atau, terjemahan dengan tulisan rumi Kitab Permata Ilmu Tauhid, bagi Syeikh Ibrahim Al Laqqoni, cetakan 2011 M, Penerbit Pustaka Jiwa Sdn. Bhd., Selangor (Malaysia), m/s 17, baris 6 dari bawah.
2. Tersebut lagi di dalam Kitab Ad-Durrus Tsamin (1232 H / 1816 M), bagi Al-^Alim Al-^Allamah Asy-Syaikh Daud Ibnu ^Abdullah Ibni Idris Al-Fathaniy, cetakan Al-Haramain (Indonesia), m/s 3, baris 11 dari atas.
Dan ruminya boleh dilihat pada Kitab Al-Durru Al-Thamin (Permata yang Indah), karangan Al-‘Alim Al-‘Allamah wa Al-Arif Al-Rabbani Al-Syeikh Daud bin Al-Syeikh Abdullah Al-Fathani, cetakan Pertama (2011 M), Penerbit Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd., Selangor (Malaysia), m/s 5, baris 1 dari atas.
3. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab ^Aqidatun Najin Fi ^Ilmi Usuliddin (1308 H / 1891 M), bagi Al-^Alim Al-^Allamah Asy-Syaikh Zainul ^Abidin bin Muhammad Al-Fathani, cetakan Almuarif Sdn. Bhd. (Pulau Pinang, Malaysia), m/s 5, baris 6 dari atas.
Atau, dengan tulisan rumi Kitab Aqidatun Najin, bagi Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al Fathani (Terkenal dengan nama Tuan Minal), cetakan Kedua (2012 M), Penerbit Al-Hidayah Publications, Selangor (Malaysia), m/s 10, baris 8 dari bawah.
𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮
Ini sebahagian Kitab2 Tauhid yang ada menerangkan tentang 10 Mabadi Ilmu Tauhid ini. Mudah2an ada manfaat buat sahabat2 semua. 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗮𝗷𝘂 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗧𝗮𝘂𝗵𝗶𝗱 𝗶𝗻𝗶, 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗞𝗶𝘁𝗮𝗯𝟮 𝗥𝘂𝗺𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀.