23/08/2020
MALAYSIA PRIHATIN
Slogan hari Kebangsaan Malaysia 🇲🇾
Ruangan ini memaparkan segala kejadian yang telah berlaku di polimas dan segala update mengenai makl
23/08/2020
MALAYSIA PRIHATIN
Slogan hari Kebangsaan Malaysia 🇲🇾
14/08/2020
MALAYSIA PRIHATIN
Malaysia Prihatin telah dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang membawa maksud cukup mendalam pada jiwa rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19.
'Malaysia' membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.
'Prihatin' p**a mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
Ini adalah kali kelima logo berbentuk hati digunakan selepas tahun 1994, 1997, 2015 dan 2016.
Mohon kepada semua Graduan.
10/08/2020
Sekalung Tahniah & Syabas diucapkan buat semua graduan POLIMAS yang telah berjaya mengharungi dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu, seterusnya menggenggam segulung Diploma pada tahun 2020 ini!
Tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar berikutan bukan sahaja rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia dilanda pandemik wabak Covid-19. Seiring hasrat Kerajaan dalam menangani penularan wabak ini, Majlis Konvokesyen bagi tahun 2020 telah ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Sehubungan itu, para graduan yang berhasrat untuk mendapatkan Diploma masing-masing, anda boleh membuat tuntutan tersebut mulai 01 September 2020 melalui tatacara seperti berikut:
(1) SERAHAN KAUNTER - BAYARAN SEBANYAK RM30.00 PERLU DIBAYAR DI KAUNTER BANK ISLAM DAN HADIR DENGAN RESIT BAYARAN DI KAUNTER UNIT PEPERIKSAAN POLIMAS UNTUK MENGAMBIL DIPLOMA (**Kos adalah termasuk Diploma dan Folder)
(2) SERAHAN POS - BAYARAN SEBANYAK RM40.00 PERLU DIBAYAR DI KAUNTER BANK ISLAM (**Kos adalah termasuk Diploma, Folder dan Kos Pos)
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI BAYARAN, SISTEM E-KONVO DAN SENARAI GRADUAN DI : http://www.polimas.edu.my/konvo/
Memo !!
08/08/2020
Memo kepada semua warga Polimas.
PEMAKLUMAN PENTING
Pelaksanaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sesi JUN 2020 bagi POLIMAS, Jitra
Hebahan Kepada Pelajar Lelaki Kamsis.
01/08/2019
Tahniah kepada mereka yang berjaya menerima tempat untuk melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan).
Kepada pemohon yang tidak berjaya, anda dialu-alukan untuk memohon ke program kami. Isikan pilihan rayuan anda untuk program RY55 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan). Peluang cerah untuk Pilihan 1 atau 2.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh Whatsapp nombor yang tertera atau PM tepi page kami.
01/03/2019
TNB Better. Brighter. GET TO KNOW US BETTER.
01/03/2019
JOM SHARE..
BERITA BAIK!!
Kepada pelajar tahun akhir!!!!!
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan) daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ingin mengalu-alukan pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma, DKM/DLKM/DVM untuk memohon bagi melanjutkan pengajian ke program kami untuk Sesi Kemasukan September 2019 yang akan datang.
09/08/2018
Hebahan Pembukaan Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah di UniMAP, Perlis (Kemasukan September 2018 melalui sistem UPU)
Asalamualaikum Tuan/Puan,
Program Ijazah Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan) daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ingin mengalu-alukan pelajar daripada institusi Tuan/Puan untuk memohon bagi melanjutkan pengajian ke program kami untuk Sesi Kemasukan September 2018 yang akan datang.
Dipohon jasa baik pihak Tuan untuk membuat hebahan ini kepada pelajar di bawah program diploma Tuan terutamanya pelajar Tahun Akhir. Untuk maklumat lanjut, boleh like dan share link di bawah:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1293681787433334&id=1084911344977047
Diharap ini adalah langkah permulaan untuk kita jalinkan kerjasama pada masa akan datang. Bantuan dan kerjasama pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Dr Mohd Uzair Mohd Rosli,
Pengerusi Rancangan,
Program Ijazah Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan),
Unimap, Perlis
JOM SHARE..
Semoga perkongsian anda membawa manfaat kepada kawan-kawan, anak-anak dan saudara anda yang ingin sambung belajar….
Jika masih belum mempunyai MUET, boleh terus hubungi nama yang tertera pada poster di bawah.
BERITA BAIK!!
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan) daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ingin mengalu-alukan pelajar lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi dan Asasi untuk memohon bagi melanjutkan pengajian ke program kami untuk Sesi Kemasukan September 2018 yang akan datang.