06/08/2026
Jabatan Bahasa Arab mengucapkan Ucapan Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ust Azhari bin Hamzah atas pelantikan sebagai Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGKDA berkuat kuasa 2 Ogos 2026.
Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan. Didoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta mempermudah segala urusan dalam memimpin dan menyumbang ke arah kecemerlangan jabatan dan institusi.
Penyerahan surat lantikan ini telah disempurnakan oleh Dr. Mior Hamdan bin Hj Ghazali, A.C.M dan disaksikan oleh Ketua Jabatan JKA Dr Mohammad Azizi bin Md Mukhtar dan Timb. Pengarah, Dr Ernie binti Adnan
**Tahniah sekali lagi dan selamat menjalankan amanah.**