SMA Maahad Akademi Islam Kedah

SMA Maahad Akademi Islam Kedah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMA Maahad Akademi Islam Kedah, School, KM 25, KAMPUNG KUBANG SEPAT, AYER HITAM, JITRA, Jitra.

LAMAN RASMI SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAAHAD AKADEMI ISLAM KEDAH
SMA MAAHAD AKADEMI ISLAM KEDAH IALAH SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA RAKYAT (MENENGAH) YANG MEMBERI PENEKANAN KEPADA TIGA ASPEK UTAMA IAITU AKADEMIK,VOKASIONAL DAN PRA-TAHFIZ

Photos from SMA Maahad Akademi Islam Kedah's post 15/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SMA MAAHAD AKADEMI ISLAM KEDAH TAHUN 1447H.

ALHAMDULILLAH PARA PELAJAR DAPAT MELAKSANAKAN TADARUS SEPANJANG BULAN RAMADHAN DAN TELAH KHATAM AL-QURAN PADA 25 RAMADHAN 1447H.

Photos from SMA Maahad Akademi Islam Kedah's post 12/03/2026

PROGRAM IHYA RAMADHAN

Ceramah: NUZUL AL-QURAN

Photos from SMA Maahad Akademi Islam Kedah's post 12/03/2026

WORLD QURAN HOUR

Al-Quran merupakan panduan hidup bagi setiap Muslim. Melalui pembacaan dan penghayatan al-Quran sejak kecil, ia dapat membentuk peribadi yang berakhlak mulia serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sempena Minggu al-Quran ini, marilah kita bersama-sama memupuk kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan generasi muda agar mereka membesar dengan menjadikan al-Quran sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga al-Quran sentiasa menjadi cahaya dan petunjuk dalam hidup kita. 📖🤍

11/03/2026

Assalāmu'alaikum waraḥmatullāhi wabarakātuh,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa ALIM, Kedah akan membuka Pengambilan Pelajar bagi Program TVET Pengurusan Masjid (Tahap 3) untuk sesi April 2026. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama pihak Tuan/Puan untuk membuat hebahan tawaran program ini kepada calon-calon yang berkelayakan di institut Tuan/Puan.

a. Maklumat Program adalah seperti berikut:

Nama Program: Penyeliaan Operasi Masjid
Kod Kursus: O841-002-3:2022
Tempoh Pengajian: 12 Bulan
Persijilan: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

b. Syarat Kemasukan:

1. Warganegara Malaysia Lelaki (16 tahun ke atas)
2. Mampu membaca, menulis& mengira dengan baik.
3. Sihat tubuh badan & fizikal bagi menyokong aktiviti pembelajaran serta latihan amali
4. Lulus temuduga

c. Kemudahan Disediakan:

1. Bilik kuliah
2. Makmal komputer
3. Asrama
4. Insentif RM 500 sebulan (sepanjang tahap 1)

Tarikh Tutup Permohonan: 26 Mac 2026

3. Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan berikut https://www.alim.edu.my/skm

4. Kerjasama dan sokongan pihak Tuan/Puan dalam menyebarluaskan maklumat ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

5. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pn Hazwani di talian (0111 562 0205) atau Us Syafiq (019 4343 253).

15/02/2026

ASSALAMUALAIKUM.
AHLAN YA RAMADHAN 2026.

PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH BERBESARHATI INGIN MEMBUKA PELUANG KEPADA DATO'/TUAN/PUAN YANG BUDIMAN.

PELUANG TAJAAN BERBUKA, SAHUR DAN MOREH SERTA SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN SMA MAAHAD AKADEMI ISLAM KEDAH

* Aktiviti Pelajar sepanjang Ramadhan:
1. Solat Taraweh & Tazkirah
2. Tadarus al-Quran
3. Majlis Bacaan Yasin & Tahlil
4. Solat Dhuha & Tazkirah
5. Qiamullail
6. Nuzul al-Quran
7. Majlis Qatam al-Quran
8. Sumbangan Duit Raya Kepada Semua Pelajar & Kakitangan.

RESIT RASMI AKAN DIKELUARKAN.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun rasmi sekolah:-
✅Bank Islam Malaysia Berhad
✅02039010068277
✅SMA MAAHAD AKADEMI ISLAM KEDAH

* Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya: “Siapa yang memberI makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Sumbangan dari pihak tuan/puan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Ramadhan Kareem.
Wassalam.

Photos from SMA Maahad Akademi Islam Kedah's post 15/01/2026

Khamis – Kecergasan Pelajar

Aktiviti kecergasan dijalankan untuk menilai dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar. Pelajar akan menjalani beberapa aktiviti fizikal ringan bagi mengetahui daya kecergasan, stamina serta membentuk gaya hidup sihat dan aktif.

Photos from SMA Maahad Akademi Islam Kedah's post 15/01/2026

Rabu – Penghayatan Solat

Aktiviti hari Rabu memberi fokus kepada kefahaman tentang solat. Pelajar didedahkan dengan pengertian, kepentingan serta rukun solat. Seterusnya, aktiviti amali solat dijalankan bagi memastikan pelajar dapat mempraktikkan solat dengan betul dan sempurna.

Photos from SMA Maahad Akademi Islam Kedah's post 15/01/2026

Selasa – Pengenalan SPBT & Aktiviti Berkumpulan

Pelajar didedahkan dengan maklumat berkaitan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), termasuk tanggungjawab dan cara penjagaan buku teks dengan baik. Pelajar kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti membuat poster secara kreatif, bertujuan memupuk semangat kerjasama dan komunikasi dalam kumpulan.

Photos from SMA Maahad Akademi Islam Kedah's post 15/01/2026

Isnin – Ice Breaking & Kenali Rakan

Aktiviti ice breaking dijalankan bagi mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pelajar. Seterusnya, pelajar akan menjalankan aktiviti melukis gambar rakan pasangan masing-masing sebagai simbol permulaan persahabatan. Aktiviti “Semakin Dekat, Semakin Rapat” turut dijalankan bagi mengeratkan hubungan dan membina keyakinan diri pelajar.

15/01/2026

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DI SMA MAAHAD AKADEMI ISLAM SMA Maahad Akademi Islam Kedah

Selamat datang ke Sekolah Menengah Agama Maahad Akademi Islam Kedah.

Semoga pendaftaran ini menjadi langkah awal
dalam menuntut ilmu berteraskan
Al-Quran dan As-Sunnah serta melahirkan pelajar yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Mari bersama-sama kita jayakan perjalanan ilmu di SMA MAAHAD AKADEMI ISLAM KEDAH..

Menuntut ilmu adalah ibadah,
mengamalkannya adalah amanah..

07/12/2025

🧲PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2026 KINI DIBUKA

🏫JOM SERTAI KAMI MENEROKA DUNIA BESAMA-SAMA

🎓SERLAHKAN POTENSI ANAK TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMUA

APA YANG ANAK-ANAK ANDA AKAN DAPAT DISINI
📚SILIBUS Kementerian Pendidikan Malaysia
- Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk SPM
- Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) untuk SMA Dan SPM

🛠️Kerjasama program TVET bersama Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) JTM, Kampus Jitra Dan Giatmara Jerlun
- Elektrik
- Aircond
- Kek Dan Pastri
- Jahitan
- Kimpalan
- Motosikal
- Dan lain-lain

🥇Aktif memasuki pertandingan inovasi sehingga peringkat antarabangsa - Gold Medal International 2025

🏆Aktif memasuki pertandingan memanah traditional sehingga peringkat antarabangsa - tempat ke-5 kejohanan antarabangsa

🧕Terlibat dalam pertandingan Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah

⚽Penyertaan pelajar dalam Majlis Sukan Sekolah Agama Kedah

Sekolah bukan sekadar menuntut ilmu tetapi tempat untuk meneroka dan merasai pengalaman. JOM DAFTAR SEKARANG. TEMPAT TERHAD

✒️borang pendaftaran online

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdFpPxVREv6fY41qAJKzurEFaO9bku9owOiMEdZ5MDk81v_hA/viewform?pli=1

☎️Hubungi
04-7940395 (Pejabat)
016-5031987 (Admin)

https://wa.me/60165031987

Want your school to be the top-listed School/college in Jitra?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


KM 25, KAMPUNG KUBANG SEPAT, AYER HITAM, JITRA
Jitra
06150

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Sunday 08:00 - 14:00