Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights

Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights, School, SK Darulaman Heights, Jitra.

🌟 KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA PERINGKAT NEGERI 2026 🌟Syabas dan tahniah diucapkan kepada Nureen Husna binti Mohd F...
24/08/2026

🌟 KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA PERINGKAT NEGERI 2026 🌟

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Nureen Husna binti Mohd Fakrulhizam atas kejayaan meraih Tempat Ke-5 dalam Storytelling Competition sempena Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Peringkat Negeri 2026. πŸ†βœ¨

πŸ“– Tajuk cerita: The Borrowed Necklace
πŸ“… Tarikh: 23 Ogos 2026 (Ahad)
πŸ“ Tempat: Kolej UNITAR, Sungai Petani
🏫 Penyertaan: Melibatkan 10 daerah

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berani mencuba, menyerlahkan bakat dan mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Teacher Alida atas bimbingan, komitmen dan sokongan yang diberikan sepanjang persiapan pertandingan. ❀️

Syabas dan tahniah diucapkan! 🌟




πŸ† SK DARULAMAN HEIGHTS JOHAN KESELURUHAN JAZRO CUP 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN πŸ†Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT....
21/08/2026

πŸ† SK DARULAMAN HEIGHTS JOHAN KESELURUHAN JAZRO CUP 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN πŸ†

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. SK Darulaman Heights telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Jazro Cup 2026 Peringkat Kebangsaan! πŸŽ‰πŸ†

Bersaing di pentas Grand Finale bersama puluhan sekolah dari 6 zon utama seluruh Malaysia yang berlangsung di Universiti Islam Selangor (UIS), sebanyak 14 kategori telah dipertandingkan.

Dengan penuh semangat dan usaha yang tidak mengenal penat lelah, SK Darulaman Heights berjaya membawa pulang 10 medal serta mencipta satu lagi sejarah manis buat warga sekolah. πŸ₯‡πŸ₯ˆπŸ₯‰

Antara pencapaian yang diraih:

πŸ₯‡ Johan – Kategori Bytedroid
πŸ₯‰ Tempat Ke-3 – Re-Bot Crafter
πŸ… Tempat Ke-4 – Blazebot
πŸ… Tempat Ke-5 – Bytedroid
πŸ₯‡ Tempat Ke-5 – Blazebot

Lebih istimewa, atas kejayaan ini, pihak sekolah turut menerima sebuah Robot Kit Edisi Khas daripada pihak Jazro. Insya-Allah, robot kit ini akan dimanfaatkan sebaiknya dalam program pembangunan dan pengembangan bakat robotik murid-murid SK Darulaman Heights. πŸ€–βœ¨

Dari daerah paling utara negeri Kedah, kami datang ke Selangor membawa satu harapan dan impian. Tidak disangka, dengan izin Allah SWT, kami pulang membawa kejayaan besar untuk SK Darulaman Heights. β€οΈπŸ’™

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru pembimbing yang telah mencurahkan masa, tenaga, ilmu dan kasih sayang dalam membimbing anak-anak sehingga mencapai kejayaan ini.

Tahniah buat semua murid yang telah berjuang dengan penuh dedikasi! Kalian telah membuktikan bahawa usaha, disiplin, semangat berpasukan dan doa mampu membawa kita ke pentas kejayaan. 🌟

SK DARULAMAN HEIGHTS – KECIL DI UTARA, BESAR DI PENTAS KEBANGSAAN! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ†







|Kejohanan Terbuka Saturday Rugby Series 1|Sabtu, 15 Ogos 2026, telah berlangsung Kejohanan Terbuka Saturday Rugby Serie...
17/08/2026

|Kejohanan Terbuka Saturday Rugby Series 1|

Sabtu, 15 Ogos 2026, telah berlangsung Kejohanan Terbuka Saturday Rugby Series 1 anjuran SK Darulaman Heights.

Kejohanan ini menyaksikan SK Darulaman Heights tampil cemerlang dengan meraih Juara Cup kategori Under-11 Ragbi Rimau serta Naib Juara Cup kategori Under-12 FIT Touch Girls.

Pencapaian ini membuktikan semangat juang, disiplin, kerjasama dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain sepanjang kejohanan. Kejayaan tersebut turut menjadi hasil daripada bimbingan serta dedikasi barisan jurulatih, Abdul Wafi Abd Halim, Ahmad Syamil Abdul Rahim, Azmi Osman dan Zurawita Zakaria.

Syabas dan tahniah buat seluruh warga SK Darulaman Heights atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan dalam arena sukan pada masa akan datang. πŸ‰πŸ†

Darulaman Heights
Berjuang
Menang

πŸ†βœ¨ KARNIVAL SEMARAK BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU βœ¨πŸ†Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang ...
13/08/2026

πŸ†βœ¨ KARNIVAL SEMARAK BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU βœ¨πŸ†

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Karnival Semarak Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kubang Pasu. πŸ‡¬πŸ‡§πŸ†

πŸ“… Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)
πŸ“ Tempat: SK Binjal
🏫 Peringkat: Daerah Kubang Pasu

πŸŽ‰ Pencapaian yang membanggakan:

πŸ₯‡ Johan – Storytelling
πŸ‘ Nureen Husna binti Mohd Fakrulhizam

πŸ₯‰ Tempat Ketiga – Poetry Recitation
πŸ‘ Nurliyana Huda binti Mohd Shahrulnizam
πŸ‘ Dhia Tasnim binti Mohammad Alfirdus

🌷 Guru Pengiring:
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Teacher Alida Azmee
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Teacher Zafirah Mahdzir
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Teacher Azuliana Darus

Tahniah kepada semua murid dan guru pengiring atas usaha, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sehingga berjaya memperoleh pencapaian yang membanggakan ini. 🌟

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, meningkatkan keyakinan diri dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada guru-guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak ini. πŸ’

Tahniah kepada semuanya! Teruskan mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah. πŸ†βœ¨

β€œCelebrate Language, Inspire Minds, Unite Through English.” πŸ’™





πŸ† TAHNIAH & SELAMAT BERJUANG! πŸ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Wafiy bin Ibrahim, murid SK Darulaman H...
10/08/2026

πŸ† TAHNIAH & SELAMAT BERJUANG! πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Wafiy bin Ibrahim, murid SK Darulaman Heights, atas kejayaan dan pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Olahraga MSSK 2026. πŸ’ͺπŸ”₯

Lebih membanggakan, beliau layak mewakili Negeri Kedah ke Kejohanan MSSM. πŸ…πŸ’›πŸ’™

Teruskan melangkah dengan penuh disiplin, fokus dan dedikasi. Semoga segala usaha dan latihan membuahkan kejayaan serta mengharumkan nama SK Darulaman Heights, daerah dan Negeri Kedah di pentas MSSM.

🌟 Selamat berjuang, Wafiy!
πŸƒβ€β™‚οΈ Fokus. Usaha. Yakin. Menang!
πŸ’› Demi sekolah, demi kebanggaan.

πŸ“šβœ¨ BENGKEL GOOGLE CERTIFIED EDUCATOR LEVEL 2 βœ¨πŸ“šAhad, 9 Ogos 2026 | 1.30 – 3.30 petangπŸ“ Bilik Seminar, SK Darulaman Heigh...
09/08/2026

πŸ“šβœ¨ BENGKEL GOOGLE CERTIFIED EDUCATOR LEVEL 2 βœ¨πŸ“š

Ahad, 9 Ogos 2026 | 1.30 – 3.30 petang
πŸ“ Bilik Seminar, SK Darulaman Heights

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Google Certified Educator Level 2 yang disampaikan oleh wakil Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah kepada guru-guru SK Darulaman Heights.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada wakil SSTP JPN Kedah atas kesudian berkongsi ilmu, bimbingan dan pengalaman dalam memperkasakan kemahiran digital guru.

Terima kasih juga kepada semua guru SK Darulaman Heights atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan sepanjang bengkel berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan kualiti pendidikan murid. πŸ‘©β€πŸ«πŸ’»πŸ‘¨β€πŸ«

🌟 Ilmu dikongsi, kemahiran diperkasa, pendidikan terus cemerlang!

Terima kasih SSTP JPN Kedah!
Terima kasih guru-guru SK Darulaman Heights! ❀️









πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎPada 9 Ogos 2026 (Ahad), telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Kemerde...
09/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pada 9 Ogos 2026 (Ahad), telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Generasi Madani 2026 di SK Darulaman Heights dengan penuh semangat dan rasa cinta akan tanah air. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Majlis ini menjadi pembuka tirai kepada sambutan Bulan Kemerdekaan yang bertujuan menyemai semangat patriotisme, kecintaan kepada negara serta penghargaan terhadap jasa para pejuang kemerdekaan dalam kalangan murid.

Ingatlah, kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah amanah untuk kita pertahankan dan teruskan perjuangannya. Belajarlah bersungguh-sungguh kerana kalianlah pewaris masa depan negara. Jadilah generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mempunyai jiwa merdeka, semangat patriotik dan jati diri yang kukuh.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ
Jiwa Merdeka, Generasi Madani! β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Alhamdulillah, Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Bilangan 1 dengan tajuk β€œBengkel Penataran PLC dan Pedagogi dala...
08/08/2026

Alhamdulillah, Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Bilangan 1 dengan tajuk β€œBengkel Penataran PLC dan Pedagogi dalam PdP” telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua guru SK Darulaman Heights atas komitmen, kesungguhan dan kehadiran yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Semangat guru-guru untuk terus menimba ilmu, berkongsi amalan terbaik dan mempertingkatkan profesionalisme amatlah membanggakan. πŸ‘πŸ»πŸŒ·

πŸ’ Jutaan terima kasih dan penghargaan khusus kepada Guru Besar SK Manggol Bongor, Encik Mahazir bin Ramlee, yang turut sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu, pengalaman serta idea yang sangat bermanfaat bersama guru-guru SK Darulaman Heights. Perkongsian yang diberikan pastinya menjadi nilai tambah dalam usaha memperkasa amalan PLC dan pedagogi demi meningkatkan kualiti PdP serta kemenjadian murid.

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan dalam amalan seharian. Bersama kita berilmu, berkongsi, berkolaborasi dan terus berinovasi demi kecemerlangan pendidikan.

Terima kasih semua atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Tahniah! 🌟

08/08/2026

Address

SK Darulaman Heights
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049172818

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights:

Shortcuts

Share

Category