Institut Kemahiran Belia Negara Jitra

Institut Kemahiran Belia Negara Jitra Halaman ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat mengenai aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh IKBN JITRA dari semasa ke semasa.

Institut Kemahiran Belia Negara Jitra menyediakan Latihan Kemahiran kepada semua lepasan SPM. Pelajar yang tamat latihan akan memperolehi SIJIL SKM.

Alumni Hari Ini, Inspirasi Generasi Masa Depan. 🌟Kenali Muhamad Husaini bin Abdul Haris, bakat hebat alumni IKBN Jitra y...
18/08/2026

Alumni Hari Ini, Inspirasi Generasi Masa Depan. 🌟

Kenali Muhamad Husaini bin Abdul Haris, bakat hebat alumni IKBN Jitra yang berjaya mengemudi perniagaan fesyen sendiri, Husaini Haris Bespoke.

Daripada seorang pelajar bidang Jahitan Pakaian Wanita (Ambilan Julai 2013), kini beliau tampil sebagai pereka fesyen tersohor dan pemilik butik. ILKBS sentiasa komited melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan berjiwa usahawan!

πŸ’‘ Bermula di sini, mampu melangkah jauh ke mana sahaja.

18/08/2026

AURA ILKBS | Kisah Kejayaan Alumni IKBN Jitra ✨

Daripada minat dan kemahiran, lahir sebuah impian yang kini menjadi realiti. πŸ’«

Kenali En. Muhamad Husaini bin Abdul Haris, alumni IKBN Jitra dalam bidang Jahitan Pakaian Wanita, Ambilan Julai 2013.

Kini, beliau mengorak langkah sebagai Pereka Fesyen serta Pemilik Butik Husaini Haris Bespoke, πŸ‘”βœ‚οΈ

Perjalanan beliau membuktikan bahawa ilmu, kemahiran dan keberanian untuk mencuba mampu menjadi titik tolak kepada sebuah kejayaan.

Dari IKBN Jitra, mencorak impian, mengukir kejayaan.🌟

Ikuti kisah inspirasi alumni dalam AURA ILKBS kerana setiap alumni mempunyai cerita, dan setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama.

HusainiHarisBespoke PerekaFesyen JahitanPakaianWanita TVET KemahiranMembinaMasaDepan

18/08/2026
16/08/2026

🎬 SKIL SEKEJAP | IKBN Jitra

πŸ”§ Cara Mudah Menukar Minyak Hitam Motosikal 🏍️

Perkongsian ringkas dan mudah untuk membantu anda memahami asas penjagaan motosikal. Jom tambah ilmu dan kemahiran bersama! πŸ’ͺ✨

πŸ‘¨β€πŸ”§ Kredit Pelajar:

1. Muhammad Khaleef Darwisy bin Mohd Noor Aziz
2. Muhammad Ilham bin Abdul Kadir Jailani

SELAMAT BERJUANG!Selamat maju jaya kepada pasukan Fesyen & Pakaian IKBN Jitra yang menyertai International Innovation an...
13/08/2026

SELAMAT BERJUANG!

Selamat maju jaya kepada pasukan Fesyen & Pakaian IKBN Jitra yang menyertai International Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompex) 2026 dengan inovasi:

✨ FASHIONEX – Fashion Integrated Smart Hub & Information Nexus

πŸ‘₯ Peserta:

1. Herna Azura Binti Abdul Rashid
2. Siti Rohayu Binti Samsul
3. Salmi Hidayu Binti Mahad
4. Nur Nasytah Binti Md Zalan Zahruddin
5. Muhamad Ali Haikal Bin Che Mohd Noor

πŸ“… 11 – 13 Ogos 2026
πŸ“ POLIMAS

Semoga penyertaan ini menjadi platform untuk mengetengahkan kreativiti dan inovasi yang dihasilkan serta membawa kejayaan kepada pasukan.

Selamat maju jaya dan semoga memperoleh kejayaan! πŸ’ͺ✨

TVETMalaysia

Penyertaan Projek Greenburner with Recycle Oil  dari Jabatan Teknologi Mekanikal. Penyertaan oleh 3 orang pelajar & diir...
12/08/2026

Penyertaan Projek Greenburner with Recycle Oil dari Jabatan Teknologi Mekanikal. Penyertaan oleh 3 orang pelajar & diiringi oleh 3 orang pegawai - Cik Suriya , En Sabarudin & En Shahrul Fahmi.

ALL THE BEST TEAM!

MEMPERKUKUH KOLABORASI TVET–INDUSTRI BERSAMA BOEING COMPOSITE MALAYSIA12 Ogos 2026 | Bukit Kayu HitamBahagian Pemesinan,...
12/08/2026

MEMPERKUKUH KOLABORASI TVET–INDUSTRI BERSAMA BOEING COMPOSITE MALAYSIA

12 Ogos 2026 | Bukit Kayu Hitam

Bahagian Pemesinan, Jabatan Teknologi Mekanikal IKBN Jitra telah mengadakan lawatan kerja ke Boeing Composite Malaysia (BCM) sebagai langkah memperkukuh kolaborasi strategik dalam pembangunan modul kursus modular yang memenuhi keperluan industri dan menyokong peningkatan kemahiran tenaga kerja Boeing Composite Malaysia.

Delegasi IKBN Jitra diketuai oleh En. Shahrul Fahmi Effandi bin Shoabani, Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal, bersama empat orang Penolong Pegawai Latihan Vokasional Bahagian Pemesinan. Pihak BCM diwakili oleh En. Afrul Nizam Osman (Senior Manager, EHS) dan En. Muhamad Harithah Suhaimi (PIC Training BCM).

Sebagai simbol penghargaan, IKBN Jitra turut menyampaikan plak penghargaan kepada Boeing Composite Malaysia atas sumbangan Dana Pendidikan pada tahun 2025. Plak tersebut direka bentuk dan dicetak menggunakan 3D Printer Bambu Lab H2D, yang diperoleh hasil sumbangan Dana Pendidikan daripada The Boeing Company.

Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan IKBN Jitra dalam memperkasakan pendidikan TVET melalui jaringan kerjasama erat bersama industri, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi kehendak pasaran.

Terima kasih The Boeing Company & Boeing Composite Malaysia atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

πŸ“‹ MESYUARAT PENUTUP AUDIT DALAMAN EKSA IKBN JITRA BIL. 1 TAHUN 2026πŸ“… 12 Ogos 2026 (Rabu)⏰ 9.00 pagiπŸ“ Bilik Mesyuarat Uta...
12/08/2026

πŸ“‹ MESYUARAT PENUTUP AUDIT DALAMAN EKSA IKBN JITRA BIL. 1 TAHUN 2026

πŸ“… 12 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 pagi
πŸ“ Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Jitra

IKBN Jitra telah mengadakan Mesyuarat Penutup Audit Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil. 1 Tahun 2026 sebagai platform perkongsian dapatan audit serta penambahbaikan berterusan dalam memastikan persekitaran kerja yang kondusif, kemas dan berkualiti.

Bersama-sama memperkukuh budaya kerja yang sistematik, bersih dan kondusif demi kecemerlangan IKBN Jitra. πŸ’ͺ✨

EKSA β€’ Kemas β€’ Kondusif β€’ Berkualiti 🌿

12/8/2026 - Bengkel Pengisian Maklumat Sistem e-Kampus Sesi 2/2026 πŸ’»πŸ“šSesi pengisian dan pengemaskinian maklumat e-Kampus...
12/08/2026

12/8/2026 - Bengkel Pengisian Maklumat Sistem e-Kampus Sesi 2/2026 πŸ’»πŸ“š

Sesi pengisian dan pengemaskinian maklumat e-Kampus melibatkan modul Pengurusan Semester, Penyediaan Jadual serta Pendaftaran Subjek.

AI4U@ILKBS 2026 πŸ€–βœ¨PROGRAM AI4U@ILKBS: LATIHAN AI (GOOGLE.ORG & IBM) TAHUN 2026Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jit...
12/08/2026

AI4U@ILKBS 2026 πŸ€–βœ¨

PROGRAM AI4U@ILKBS: LATIHAN AI (GOOGLE.ORG & IBM) TAHUN 2026

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra turut menyokong pelaksanaan Program AI4U@ILKBS: Latihan AI (Google.org & IBM) Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) dengan kerjasama rakan pelaksana, Biji-biji & Mereka.

Program ini memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya pelajar Semester 3 peringkat Sijil dan Diploma mengenai penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) dalam teknologi dan dunia pekerjaan.

Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesediaan pelajar dalam mendepani perkembangan teknologi digital dan keperluan industri masa kini. πŸš€πŸ’‘

AI-ready youth, future-ready skills! πŸ€–πŸ”₯

DigitalSkills FutureReady

Address

IKBN Jitra
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049174676

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Kemahiran Belia Negara Jitra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share