27/11/2025
Inilah cikgu non.
Sejak dari aku kecil sehingga sekarang aku bersaksi beliau berkhidmat tanpa jemu kepada rakyat.
Tak pernah jemu.. siang malam pagi petang dia abadikan hidupnya untuk rakyat changlun dan kubang pasu.
Warna parti politik tidak pernah berada dalam diari dan kamus perjuangannya.
Baginya parti hanyalah wadah perjuangannya. Memang itulah parti yang dia setia.. tidak pernah berganjak walau badai melanda.
Tapi semua orang tahu, bantuan dan khidmatnya tidak pernah memilih warna.
Tatkala berlaku musibah, dia akan turun sendiri.. tanpa mengharapkan jentera parti. Dia turun sendiri menggunakan duit poketnya sendiri tanpa mengharap peruntukan sesiapa. Ya itu semua duit poketnya, bukan duit sesiapa.
Sebab itu aku selalu kata, nak pilih pemimpin di peringkat DUN pilihlah individu.. kerana bidang tugas di DUN dan Parlimen berbeza.
Beliau tewas pada PRN yang lepas. Satu kekalahan yang tidak dijangka. Aku tahu beliau sedih.
Tapi tidak pernah sesekali pun dia tinggalkan kawasan. Tidak pernah sesekali pun malu, kecewa kerana baginya khidmat kepada rakyat mengatasi segalanya.
Aku pernah jumpa beberapa calon yang tewas dan terus meninggalkan kawasan. Tidak lagi menjenguk.. tapi akan kembali muncul di saat berlaku pemilihan atau pilihanraya. Tapi malangnya insan sebegini yang sering dipilih.
Tapi bila ada musibah dan masalah insan bernama cikgu non inilah yang akan dicari. Dan tanpa rasa marah atau kecewa, insan ini akan bantu.
Ketika ini, beliau tidak punya jawatan besar tapi dia masih masih membantu, masih berkhidmat.
Ketika banjir dia lah antara orang terawal turun. Dia juga lah insan disebalik siapnya masjid changlun yang berpuluh puluh tahun dijanjikan oleh pemimpin terdahulu.
Bayangkan walau pun tidak bergelar Yang Berhormat, beliau berkhidmat dengan sangat tekun, bayangkanlah kalau beliau dipilih tempoh hari. Bayangkan apa kemajuan dan bantuan yang kita bakal perolehi.
Sebab dia seorang yang ikhlas.. sejak berpuluh puluh tahun mendidik pelajar tanpa mengira agama bangsa kaum keturunan atau penyokong siapa. Dia ajar dan dia bantu.
Pada PRN akan datang kita pastikan Cikgu Non diangkat dan diberi kemenangan.
Kerana beliau layak!.