Sijil Protokol Dan Etiket Sosial
Assalamulaikum
Sijil Protokol dan Etiket Sosial boleh mula di ambil di Kaunter HEP Jabatan Hal Ehwal Pelajar mulai hari ini.
Terima kasih.
(08 Jan 2020)
PPA UUM COB
Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Perniagaan Bangunan Utama Kolej Perniagaan
06010 UUM Sintok
Kedah
Tel: 04-9286610
Faks: 04-9286606
28/12/2019
MAKLUMAN PEMBUBARAN PEJABAT PEMBANGUNAN PELAJAR DAN ALUMNI KOLEJ PERNIAGAAN.
Warga Ppa Uum Cob merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf, pelajar dan alumni serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu dan menjayakan agenda universiti sepanjang kami beroperasi.
Kami juga mengambil kesempatan ini memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang berurusan.
Semoga UUMCOB terus cemerlang dan maju jaya pada masa-masa akan datang.
#2008-2019
08/10/2019
PPA COB ONLINE: Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni UUM COB (PPA UUM COB) telah mengadakan taklimat mobiliti berkredit dalam dan luar negara untuk sesi A191. Taklimat yang berlangsung selama 2 jam tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar & Alumni, Dr. Mohamad Rosni Bin Amir Hussin.
Pada sesi taklimat tersebut para pelajar telah diberikan penerangan mengenai proses permohonan program mobiliti serta kelebihan yang disediakan oleh pihak universiti terhadap para pelajar yang berminat.
Pada masa yang sama, satu sesi perkongsian pengalaman oleh pelajar yang pernah mengikuti program mobiliti ke luar negara telah disampaikan oleh pelajar yang telah mengikuti porgram mobiliti pada semester A182 antaranya Nur Azmina Binti Mohd Sufian, pelajar program Pengurusan Sumber Manusia yang mengikuti pertukaran pelajar ke SIAS International University China dan Mohd Syakirin Bin Md Soleh, pelajar program Pengurusan Teknologi yang mengikuti pertukaran pelajar ke Istanbul Sahabatin Zaim University Turki.
Dr. Mohamad Rosni berharapkan agar sesi perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan meningkatkan keyakinan serta memberikan inspirasi untuk mereka bagi menyertai program mobiliti di masa akan datang.
Turut hadir Wakil Majlis Perwakilan Peljar UUMCOB serta Ahli Global Buddies Club.
07/10/2019
PPA COB ONLINE: Perjumpaan Dekan PPA UUM COB bersama pelajar baharu bagi Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (IBS), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) semester kedua sesi A191
Perjumpaan ini bertujuan bagi memberikan maklumat berkaitan fungsi dan peranan PPA UUM COB sebagai organisasi yang menguruskan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Perniagaan.
Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni,UUM COB Dr. Herman Shah Bin Anuar antara lain turut berpesan kepada pelajar supaya berusaha mencapai prestasi yang cemerlang bermula dari semester pertama dan terus berusaha mengekalkan kecemerlangan sehingga ke semester akhir.
“pelajar bukan sahaja perlu bijak dalam pelajaran tetapi perlu memantapkan sahsiah dan insaniah yang mana boleh di terapkan melalui penglibatan dalam aktiviti kelab/persatuan” ujarnya.
Setiap penjawat juga telah menerangkan fungsi dan peranan masing-masing seperti praktikum, urusan mobiliti, aktiviti pelajar termasuk mempromosikan Beta Gamma Sigma.
Di akhir taklimat, Dr. Herman sempat berpesan supaya setiap mahasiswa tanamkan dalam diri dengan semangat patriotik dan rasa sayangkan universiti dan negara.
Turut hadir Penasihat dan Presiden Kelab dan Persatuan dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar.
Habis
15/09/2019
Selamat Menyambut Hari Malaysia
16 September 2019
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jitra
06010
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |