ADTEC JTM Kampus Jitra

ADTEC JTM Kampus Jitra 1990 - 2025 Institut Latihan Perindustrian Jitra

melatih pelajar-pelajar lepasan sekolah dan pekerja industri dalam pelbagai bidang mekanikal dan elektrikal

KAKITANGAN UUM SERLAH MINAT, SAMBUT POSITIF KURSUS PENYELENGGARAAN KENDERAANUUM, 24 Ogos 2026 – Kursus Asas Penyelenggar...
24/08/2026

KAKITANGAN UUM SERLAH MINAT, SAMBUT POSITIF KURSUS PENYELENGGARAAN KENDERAAN

UUM, 24 Ogos 2026 – Kursus Asas Penyelenggaraan Kenderaan yang diadakan khusus kepada kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) mendapat sambutan positif peserta yang menunjukkan minat tinggi untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan penjagaan kenderaan.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek pemeriksaan, penjagaan dan penyelenggaraan asas kenderaan bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan serta jangka hayat kenderaan.

Antara pengisian yang diketengahkan termasuk kaedah menukar tayar dan spark plug, pemeriksaan serta pertukaran minyak hitam, pemeriksaan tekanan dan bunga tayar, selain memahami nombor dan huruf yang terdapat pada tayar.

Peserta turut didedahkan kepada cara membuka tayar ganti, menukar wiper dan penapis aircond serta kaedah yang betul melakukan jumper bateri kenderaan.

Selain itu, kursus turut merangkumi pengenalan simbol-simbol amaran pada meter kenderaan, asas engine tuning serta pengetahuan berkaitan jangka hayat tayar dan bateri.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan kakitangan UUM dalam melakukan pemeriksaan asas kenderaan serta mengenal pasti sebarang masalah awal sebelum meneruskan perjalanan.

Usaha memberikan pendedahan kemahiran automotif seperti ini bukan sahaja memberi manfaat dalam aspek penjagaan kenderaan, malah dapat menyumbang kepada peningkatan kesedaran keselamatan di jalan raya.

β€œKenderaan Diselenggara, Perjalanan Lebih Selamat.” πŸš—πŸ”§






Kursus Pensijilan Juruteknik Bertauliah CSTP Tingkat Kompetensi PesertaJITRA, 21 Ogos 2026 – Seramai 16 peserta menyerta...
23/08/2026

Kursus Pensijilan Juruteknik Bertauliah CSTP Tingkat Kompetensi Peserta

JITRA, 21 Ogos 2026 – Seramai 16 peserta menyertai Kursus Pensijilan Juruteknik Bertauliah (CSTP) yang berlangsung selama dua hari, 21 hingga 22 Ogos 2026, di Bengkel Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (PPU), ADTEC JTM Kampus Jitra.

Peserta terdiri daripada 12 orang pelajar dan empat peserta individu daripada pelbagai agensi. Kursus ini dikendalikan oleh Pn. Rosnani dan Pn. Marzianti, dengan penekanan kepada peningkatan pengetahuan serta kompetensi peserta dalam bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara.

Penganjuran kursus ini turut mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Jitra dalam menyediakan latihan kemahiran yang relevan serta memberi peluang kepada peserta memperkukuh kemahiran teknikal bagi memenuhi keperluan industri.

ADTEC JTM KAMPUS JITRA RANGKUL KEJUARAAN TVET CUP 2026 – TUG OF WARIPOH, 23 Ogos 2026 – ADTEC JTM Kampus Jitra mencipta ...
23/08/2026

ADTEC JTM KAMPUS JITRA RANGKUL KEJUARAAN TVET CUP 2026 – TUG OF WAR

IPOH, 23 Ogos 2026 – ADTEC JTM Kampus Jitra mencipta kejayaan membanggakan apabila muncul juara Kejohanan TVET CUP 2026 – Tug of War selepas menewaskan ADTEC JTM Kampus Ipoh A dalam aksi final yang berlangsung di ADTEC JTM Kampus Ipoh.

Kejayaan ini memperlihatkan semangat juang, disiplin dan kerjasama tinggi dalam kalangan anggota pasukan. Acara tarik tali bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, malah menuntut koordinasi, komunikasi, strategi dan ketahanan mental bagi memastikan setiap anggota memainkan peranan dengan baik.

Penglibatan dalam sukan berpasukan turut menjadi medium pembentukan kompetensi insaniah yang melengkapi pembelajaran teori dan amali. Nilai kerja berpasukan, kepimpinan, komunikasi dan disiplin merupakan elemen penting dalam pembentukan graduan TVET yang kompeten serta bersedia menghadapi alam pekerjaan.

Kejohanan ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara institusi TVET melalui persaingan sihat dan semangat kesukanan.

Tahniah kepada pasukan ADTEC JTM Kampus Jitra atas kejayaan meraih kejuaraan ini. Semoga pencapaian tersebut menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar dalam bidang sukan dan kemahiran.

Sukan menyatukan, kemahiran memperkasa, TVET membina masa depan. πŸ†πŸ’ͺ

MAJLIS GRADUASI PROGRAM LATIHAN TEKNIKAL HINO (HTIP) SESI PERTAMA DAN MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PROGRAM HTIP SESI KEDUA TAH...
20/08/2026

MAJLIS GRADUASI PROGRAM LATIHAN TEKNIKAL HINO (HTIP) SESI PERTAMA DAN MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PROGRAM HTIP SESI KEDUA TAHUN 2026
19 Ogos 2026 | Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn. Bhd., Petaling Jaya

Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. telah menganjurkan Majlis Graduasi Program Latihan Teknikal HINO (HTIP) Sesi Pertama serta Majlis Pembukaan Rasmi Program HTIP Sesi Kedua Tahun 2026 yang berlangsung di Hino Total Support Center, Petaling Jaya.

Majlis ini turut meraikan kejayaan seramai empat (4) orang peserta HTIP Kump**an Pertama yang telah menamatkan program latihan, di samping menyambut penyertaan seramai sebelas (11) orang peserta bagi HTIP Kump**an Kedua.

Program HTIP merupakan salah satu inisiatif kolaborasi strategik antara pihak industri dan institusi TVET dalam memperkukuh pembangunan kompetensi tenaga kerja bidang automotif serta menyediakan tenaga mahir yang menepati keperluan industri.
ADTEC JTM Kampus Jitra turut diwakili oleh Tuan Haji Hafiz, Pensyarah Bahagian Teknologi Kenderaan Perdagangan (TKPB) dan En. Roslizam bin Yahaya, Pegawai Bahagian Corporate & Employment Support Service (CESS).

Kehadiran wakil ADTEC JTM Kampus Jitra ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama pihak industri, khususnya dalam bidang latihan teknikal, pembangunan bakat dan peningkatan kebolehpasaran graduan TVET.

Tahniah diucapkan kepada para graduan HTIP Kump**an Pertama atas kejayaan menamatkan latihan dan selamat datang kepada peserta HTIP Kump**an Kedua. Semoga kerjasama strategik antara ADTEC JTM Kampus Jitra dan Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. terus diperkasakan dalam melahirkan tenaga mahir yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.

MASYARAKAT ORANG ASLI MENEROKA DUNIA TVET DI ADTEC JTM KAMPUS JITRAJITRA, 19 Ogos 2026 – Seramai 29 peserta daripada mas...
20/08/2026

MASYARAKAT ORANG ASLI MENEROKA DUNIA TVET DI ADTEC JTM KAMPUS JITRA

JITRA, 19 Ogos 2026 – Seramai 29 peserta daripada masyarakat Orang Asli dari Baling, Kedah berpeluang meneroka dunia kemahiran dan TVET menerusi Program Lawatan dan Pendedahan Kemahiran di ADTEC JTM Kampus Jitra.

Program ini memberi ruang kepada peserta mengenali asas kemahiran melalui tiga sesi pendedahan, iaitu Microsoft Word, Keselamatan dan Asas Kimpalan serta Asas Penyelenggaraan Mesin Rumput.

Pada sebelah petang, peserta turut dibawa melawat bengkel-bengkel latihan bagi melihat sendiri kemudahan, bidang kemahiran serta kursus yang ditawarkan di ADTEC JTM Kampus Jitra, selain mendapat gambaran awal mengenai peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang TVET.

Program ini diharap dapat menjadi titik awal dalam memperkenalkan pendidikan kemahiran kepada masyarakat Orang Asli, sekali gus membuka ruang kepada peserta untuk melihat TVET sebagai salah satu pilihan pendidikan dan laluan kerjaya pada masa hadapan.

SEMARAK MERDEKA WARGA ADTEC JTM KAMPUS JITRA TERBUKTI MELALUI DERMA DARAH19 Ogos 2026 – Semangat kemerdekaan terus disem...
19/08/2026

SEMARAK MERDEKA WARGA ADTEC JTM KAMPUS JITRA TERBUKTI MELALUI DERMA DARAH

19 Ogos 2026 – Semangat kemerdekaan terus disemarakkan oleh warga ADTEC JTM Kampus Jitra melalui Program Derma Darah dengan kerjasama Tabung Darah, Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kampus. Daripada saringan awal yang dijalankan, seramai 273 orang telah mendaftar untuk menderma darah, dan 192 orang berjaya menyumbangkan darah.

Inilah antara cara kita menghayati kemerdekaan β€” bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi turut menunjukkan keprihatinan dan kesediaan membantu mereka yang memerlukan.

Terima kasih kepada seluruh warga ADTEC JTM Kampus Jitra atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan usaha murni ini.
Setitis darah, sejuta harapan.

Pelajar ADTEC JTM Kampus Jitra Raih Pingat Emas SUKMA 2026SELANGOR, 19 Ogos 2026 – Pelajar ADTEC JTM Kampus Jitra, Muham...
19/08/2026

Pelajar ADTEC JTM Kampus Jitra Raih Pingat Emas SUKMA 2026

SELANGOR, 19 Ogos 2026 – Pelajar ADTEC JTM Kampus Jitra, Muhammad Fayyadh Zaid Ali Zaker Ali, berjaya meraih pingat emas dalam acara Pencak Silat kategori Putera Kelas J (90–95 kg) pada temasya SUKMA XXII Selangor 2026.

Mewakili kontinjen Kedah, Muhammad Fayyadh berjaya menamatkan saingan sebagai juara dalam kategori tersebut.

Kejayaan ini menjadi satu pencapaian yang membanggakan buat pelajar dan warga ADTEC JTM Kampus Jitra.

Tahniah dan syabas Muhammad Fayyadh!

Gambar: tvsarawak.my

ADTEC JTM Kampus Jitra Catat Kemenangan Dalam Aksi PersahabatanJITRA, 19 Ogos 2026 β€” Skuad bola sepak ADTEC JTM Kampus J...
19/08/2026

ADTEC JTM Kampus Jitra Catat Kemenangan Dalam Aksi Persahabatan

JITRA, 19 Ogos 2026 β€” Skuad bola sepak ADTEC JTM Kampus Jitra mencatat kemenangan ke atas Kolej Pertanian Malaysia Kampus Induk dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung baru-baru ini.

Perlawanan berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan dengan kedua-dua pasukan mempamerkan komitmen dan disiplin sepanjang aksi.

Kemenangan tersebut menjadi perkembangan positif buat pasukan ADTEC JTM Kampus Jitra dalam persiapan serta usaha meningkatkan prestasi dan kerjasama antara pemain.

Syabas diucapkan kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas prestasi yang ditampilkan. Diharapkan momentum ini dapat diteruskan dalam aksi-aksi akan datang.

Pernahkah kita terfikir, bagaimana jika suatu hari nanti kita atau insan yang kita sayangi p**a memerlukan darah?Sempena...
18/08/2026

Pernahkah kita terfikir, bagaimana jika suatu hari nanti kita atau insan yang kita sayangi p**a memerlukan darah?

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, marilah kita hayati erti pengorbanan dengan cara yang mampu kita lakukan.

Jika kita tidak mampu menjadi wira yang menitiskan darah demi mempertahankan tanah air, jadikanlah titisan darah kita sebagai sumbangan untuk menyelamatkan nyawa insan lain.

Jangan tunggu sehingga kita sendiri memerlukan darah. Jangan tunggu sehingga terlambat.

SETITIS DARAH, SEJUTA HARAPAN-JOM MENDERMA!

SETITIS DARAH, SEJUTA HARAPANKempen Menderma Darah kembali lagi!Bertempat di ADTEC JTM Kampus Jitra, pihak Tabung Darah,...
18/08/2026

SETITIS DARAH, SEJUTA HARAPAN

Kempen Menderma Darah kembali lagi!

Bertempat di ADTEC JTM Kampus Jitra, pihak Tabung Darah, Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akan mengadakan Program Derma Darah bagi membantu menampung keperluan bekalan darah untuk pesakit yang memerlukan.

Program yang diadakan secara dwitahunan ini menyasarkan penyertaan warga ADTEC JTM Kampus Jitra. Walau bagaimanapun, orang awam yang berhasrat untuk menderma darah juga amat dialu-alukan untuk hadir dan bersama-sama menyumbang kepada usaha menyelamatkan nyawa.

πŸ“… Rabu, 19 Ogos 2026
⏰ 9.30 pagi – 4.30 petang
πŸ“ ADTEC JTM Kampus Jitra

Setiap titisan darah yang disumbangkan mampu memberi harapan dan menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Jom derma darah. Jadilah insan yang memberi harapan.





Address

Bandar Darulaman
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049161926

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Jitra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to ADTEC JTM Kampus Jitra:

Shortcuts

Share