Saljoo ice cream

Saljoo ice cream We are an ice cream-manufacturing company produce & sells local (bumiputra) and halal Hard Ice Cream

[Latihan Kesedaran Halal- Team Saljoo ice cream ]Alhamdulillah Allah mudahkan pagi ni selesaikan apa yang dirancang.Lati...
27/08/2026

[Latihan Kesedaran Halal- Team Saljoo ice cream ]

Alhamdulillah Allah mudahkan pagi ni selesaikan apa yang dirancang.

Latihan Kesedaran Halal adalah salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh pemegang sijil halal atau syarat pembaharuan pensijilan Halal. Staf syarikat perlu jalani latihan kesedaran halal sekurang-kurangnya 3 tahun sekali, bagi yang baru adalah 3 bulan selepas mendapat tawaran daripada syarikat.

Latihan Kesedaran halal ini bertujuan membantu pekerja memahami tanggungjawab menjaga kebersihan, mengelakkan pencemaran, dan memelihara integriti halal.

Latihan ini hanya boleh dilakukan oleh badan/organisasi yang diiktiraf JAKIM atau individu yang mempunyai sijil Eksekutif Halal namun terhad kepada dalaman sahaja. Untuk latihan hari ini Maya refresh balik pengetahuan asas tentang konsep Halalan Toyyiban, jenis najis dan cara membasuhnya serta perbezaan antara sertu dan samak. Selesai latihan, team Saljoo diberikan ujian kefahaman bagi mengenalpasti tahap kefaham setiap team.

Jika sebelum ni Saljoo akan hantar staf menghadiri latihan kesedaran halal di luar. Alhamdulillah sekarang penyelia Halal Saljoo iaitu Maya sendiri juga merupakan pemegang sijil Eksekutif Halal ada kebenaran untuk melaksanakannya di peringkat dalaman syarikat. Saljoo akan memastikan team kami sentiasa memahami, memenuhi dan mengaplikasi tuntutan halalan toyyiban serta polisi Halal syarikat dengan sebaiknya.

Aiskrim Saljoo..dijamin Halal!

26/08/2026

Sabaq sat naaaa.

Aiskrim hampa nak siap dah tau

Ingat aiskrim, ingat Saljoo

#

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026 🤍Dalam kesibukan kita mengejar dunia, jangan pernah kita lupa insan yang paling kita...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026 🤍

Dalam kesibukan kita mengejar dunia, jangan pernah kita lupa insan yang paling kita cintai — Nabi Muhammad SAW.

Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang kelahiran Baginda, tetapi menjadi ruang untuk kita kembali menghayati akhlak, kasih sayang dan sunnah Rasulullah SAW.

🤍 Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga cinta kita kepada Rasulullah SAW bukan hanya di bibir, tetapi diterjemahkan melalui iman, ilmu dan amal dalam kehidupan seharian.

“Menghidupkan Sunnah, Meneladani Akhlak Mulia.”

🌹 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H
Daripada kami, Saljoo.

23/08/2026

Korang dah cuba ke belum aiskrik popsikel konfeksi strawberi dari Saljoo?

Jom la cuba

*Visual ilustrasi produk adalah untuk tujuan pemasaran sahaja

21/08/2026

Cuaca panas macam ni… tekak pun mula terasa nak sesuatu yang sejuk-sejuk. ☀️🥵

Cuba bayangkan gigitan pertama Popsicle Nanas MD2 Saljoo 🍍🍦

Rasa nanas yang menyegarkan, sejuk bila masuk tekak… memang nikmat!

Kadang-kadang, benda simple macam sebatang aiskrim pun dah cukup untuk buat kita rasa lega dan ceria. 😍

Panas-panas, sejukkan tekak dengan Popsicle Nanas MD2. 🍍❄️

Saljoo — sejukkan hari, maniskan senyuman. ❤️

20/08/2026

Mengigil gigil haaa abam saljoo pegang ice box.

Apa ea yang ada dalam ice box tuh?

Cuba korang komen sikit

18/08/2026

Kadang-kadang, yang Atuk dan Nenek rindu bukan sekadar rasa manis…

Tapi rasa zaman dulu.
Rasa bila anak cucu duduk bersama, gelak dan bercerita sambil menikmati aiskrim. ❤️

Bila teringat Napo Swirl, teringin p**a nak rasa sekali lagi…
Lembut, sejuk dan manisnya buat hati kembali tersenyum. 🍦

Kalau Atuk & Nenek dah teringin, jangan tunggu lama.
Belikan untuk mereka. Biar Napo Swirl jadi kecil-kecil kenangan yang menggembirakan hati. 🥰

Napo Swirl Saljoo — kadang-kadang, satu aiskrim pun cukup untuk buat hati Atuk & Nenek bahagia. ❤️

16/08/2026

Kadang-kadang, benda yang paling kecil itulah yang paling lama anak-anak ingat. 🥹❤️

Senyuman bila dapat aiskrim.
Mata yang bersinar bila nampak popsicle.

Dan wajah comot selepas gigitan pertama. 😍

Popsicle Nanas MD2 Saljoo — rasa nanas yang menyegarkan, dibuat untuk menemani momen kecil yang penuh bahagia. 🍍🍦

Sebab bagi kita, ia cuma sebatang popsicle.

Tapi bagi anak-anak… ia mungkin jadi salah satu kenangan manis zaman kecil mereka. ❤️

Ayah Teringin Napo Swirl ❤️Kadang-kadang, yang ayah minta bukanlah sesuatu yang mahal…Cukup sekadar semangkuk aiskrim un...
16/08/2026

Ayah Teringin Napo Swirl ❤️

Kadang-kadang, yang ayah minta bukanlah sesuatu yang mahal…

Cukup sekadar semangkuk aiskrim untuk mengubat rasa teringin. 🍨

Hari ini, kita belanja ayah Napo Swirl dari Saljoo.

Melihat ayah tersenyum sambil menikmati setiap suapan, terasa macam kecil saja harganya… tapi besar maknanya. 🥹❤️

Sebab selagi ayah masih ada, jangan tunggu esok untuk tunaikan perkara kecil yang boleh buat hati dia bahagia.

Napo Swirl — mungkin cuma aiskrim bagi kita,
tapi mungkin sebuah kenangan manis buat ayah. 🤍

15/08/2026

Tekstur aiskrim Napo Swirl yg terbaru ini lembut betul

Memang berbaloi sungguh

*visual produk adalah bertujuan untuk pemasaran sahaja

Address

No. 9, TAMAN IKS KEDA Napoh, Kilometer 17. 6, Lebuhraya Utara/Selatan, Napoh
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 13:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+60189290884

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saljoo ice cream posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Saljoo ice cream:

Shortcuts

Share