12/12/2021
🌳 PAMERAN TUGASAN PROJEK LESTARI ALAM SEKITAR 🌳
🖇 ELEKTIF TERBUKA LASS 3013 SEMESTER 8 🖇
Tarikh: 13/12/2021
Hari: Isnin
Masa: 10.00 pg hingga 11.00 pg
Tempat: Ruang Legar Jabatan Sains dan Matematik, Tapak Projek
Sesiapa yang berkelapangan esok, boleh lah tengok-tengok pameran kami ok!
Tengok crush ❌
Tengok pameran alam sekitar ✅
11/12/2021
📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣
JOM SERTAI PERTANDINGAN KUIZ KITAR SEMULA
08/12/2021
♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️
*Tips Amalan 3R*
🌏 Ayuh warga bumi kita amalkan 3R dalam kehidupan kita
🌏Menjaga bumi ini tanggungjawab kita bersama dan bermula dari diri kita sendiri tau!
📲 Anda juga boleh melayari flipbook yang telah kami sediakan
https://anyflip.com/ekimr/ufev/
📝Tunjukkan sokongan anda terhadap kempen 3R dengan mengisi borang maklum balas
https://forms.gle/xjR7bFKAfnaYa6ceA
07/12/2021
Ayuh sertai kami memeriahkan
07/12/2021
Semalam min tak sempat post. Hehe.
So kita dah selesai gantung banner di laluan pelajar ke Dewan Ibnu Khaldun.
Korang boleh tengok-tengok tau banner tu.
Terima kasih jugak kepada rakan-rakan dan adik-adik yang sportrim! Eh sporting. Thank you sudi dengar kempen kami. Korang memang terbaik lah! 🥳
Yang lain tu, kalau nampak kami jangan lari pulak 😂 Kami kejar sampai dapat 😏
Kejar crush ❌
Kejar student IPDA ✅
06/12/2021
TAK TAU MAKSUD KITAR SEMULA ? LEMAH! 😛
TAHUKAH ANDA ⁉️
🌸 Kitar semula ialah proses pengolahan semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.
🌸Antara bahan yang boleh dikitar semula terdiri daripada :
📌Kertas
📌Kaca
📌Plastik
📌Logam
🌸Wei! Awat amalan kitar semula ni penting ngatt?🤔
Jeng! Jeng! Jeng!
📌Persekitaran lebih sihat
📌Kurangkan pencemaran
📌Jimatkan kos
📌Jimatkan sumber
📌Selamatkan hutan
HA!! DAH TAU KAN APA ITU KITAR SEMULA! BANGGA LA TU 😌
05/12/2021
Sekitar pelancaran Kempen Alam Sekitar pada tengahari tadi. Esok kita akan mula sebarkan info 3R yang pertama. Ada sesuatu yang menarik untuk korang semua. Tunggu tau! 🤭
Jaga jodoh orang ❌
Jaga alam sekitar ✅