20/08/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kumpulan MEKAR WE4U, IPG Kampus Darulaman atas kejayaan menerima Anugerah Laporan Terbaik bagi Kategori Anugerah Khas Penambahbaikan dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Tahun 2026 anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) bagi subtema Inovasi Kepimpinan MADANI Memacu Rancangan Pendidikan Malaysia (2026–2035).
Dalam pertandingan yang menghimpunkan 120 penyertaan ini, Kumpulan MEKAR WE4U telah berjaya menempatkan diri sebagai salah satu kumpulan yang layak ke peringkat akhir, sekali gus membuktikan kualiti dan potensi inovasi yang dihasilkan. Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, kerjasama dan kesungguhan seluruh pasukan dalam membangunkan inovasi berimpak mampu membawa nama IPG Kampus Darulaman ke pentas yang lebih tinggi di masa akan datang.