MPU 23052 - Sains , Teknologi & Kejuteraan Islam
MPU 23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN ISLAM
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi walaupun dengan beberapa dugaan yang terpaksa ditempuh tetapi kami berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Kami berharap dengan isi yang tidak seberapa daripada kami ini dapat memantapkan atau membuatkan anda semua yang membaca akan lebih memahami berkaitan Isu Makanan Halal.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak terutamanya pensyarah kursus kami iaitu Encik Mohd Khairi Bin Shafie kerana banyak memberi tunjuk ajar dan membimbing kami dalam menyelesaikan tugasan yang diamanah kepada kami ini kerana tanpa bantuan anda semua termasuk semangat kerjasama antara kump**an kami, kemungkinan kami tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sesungguhnya segala sumbangan yang diberikan amat kami hargai walaupun sebesar zarah. Terima kasih🤲🏻✨
25/05/2021
RUJUKAN
📍 https://www.slideshare.net/mobile/hisham93amir/prinsipprinsip-halal-dan-haram
📍 http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Agama/NewDisplayForm.aspx?ID=250&ContentTypeId=0x0100F6D57A3EFF61B0428F673FEADAB5CF1E
📍 https://www.researchgate.net/publication/287336240_PERANAN_AGENSI_KERAJAAN_DALAM_MENGURUS_INDUSTRI_HALAL_DI_MALAYSIA_ISU_DAN_CABARAN_YANG_DIHADAPI
📍http://www.ukm.my/hairun/kertas%20kerja%20iCEPs/Panduan%20Penentuan%20Makanan%20Halal%20Menurut%20Pandangan%20Ulama.pdf
📍 http://makananharam2163.blogspot.com/p/contoh-senarai-makanan-halal-haram.html?m=1
📍 http://mjs.um.edu.my/index.php/JSLR/article/download/4262/2107/
📍 https://www.slideshare.net/elisahanim333/makanan-yang-halal-dan-yang-haram-menurut-islam
📍 https://www.slideshare.net/diyana_85/makanan-halal-haram
📍 https://food.detik.com/info-halal/d-4911837/hadits-mengonsumsi-makanan-yang-halal-dan-bergizi
Makanan yang halal dan yang haram menurut islam MAKANAN YANGHALAL DAN YANGHARAM MENURUT ISLAM
KESIMPULAN😎
Kesimp**annya, makanan merupakan keperluan asas manusia. Makanan yang terbaik untuk semua manusia adalah makanan yang halal. Konsep pemakanan halal dalam Islam ialah halal lagi baik (halalan toyyiban) iaitu terdiri daripada makanan yang berkhasiat dan tidak memudaratkan. Allah S.W.T telah menggariskan panduan kepada manusia mengenai gaya pemakanan yang terbaik. Di dalam Surah al-Baqarah ayat 168 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia, makanlah daripada makanan yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di atas bumi…”.
Dalam konteks masyarakat Islam, pengambilan makanan yang halal amat penting kerana ianya memberi implikasi terhadap ibadah yang dilaksanakan. Oleh itu, kita seharusnya mengambil makanan yang halal agar hidup kita lebih diberkat.
Hadits Mengonsumsi Makanan yang Halal dan Bergizi
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sentiasa mengingatkan agar umat Islam mengkonsumsi makanan yang halal dan bergizi. Sebab makanan yang dikonsumsi dapat mempengaruhi diterima atau tidaknya doa.
Makanan yang halal adalah yang didapat dan diolah sesuai dengan syariat Islam. Tentu saja selain halal, makanan juga harus bergizi, agar bermanfaat bagi tubuh dan juga kesehatan.
Dik*tip dari situs Islamic Council of Victoria, halal dalam bahasa Arab dijelaskan sebagai sesuatu yang baik, dibolehkan, dan sesuai hukum. Bagi muslim, hukum memakan makanan halal merujuk pada Al-Qur'an surat Al-Baqarah ayat 172.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Arab latin: Yā ayyuhallażīna āmanụ kulu min ṭayyibāti mā razaqnākum wasykurụ lillāhi ing kuntum iyyāhu ta'budụn
Artinya: "Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.
Selain itu, Allah SWT juga berfirman dalam Quran surat Al-Baqarah ayat 168 agar manusia tidak mengik*ti langkah setan untuk mengonsumsi makanan yang diharamkan. Sebab, Allah telah memberikan makanan yang halal dan lagi baik di bumi.
Arab: يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ كُلُوْا مِمَّا فِى الْاَرْضِ حَلٰلًا طَيِّبًا ۖوَّلَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِۗ اِنَّهٗ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ
Latin: yā ayyuhan-nāsu kulụ mimmā fil-arḍi ḥalālan ṭayyibaw wa lā tattabi'ụ khuṭuwātisy-syaiṭān, innahụ lakum 'aduwwum mubīn
Arab: Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengik*ti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu.
Abu Huraira dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Muslim, menceritakan Sabda Rasulullah SAW terkait akibat jika umat Islam mengkonsumsi makanan yang tidak halal. Salah satunya adalah doa yang tak dikabulkan.
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ: (إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَاً وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ: (يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوْا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوْا صَالِحاً) (المؤمنون: الآية 51) ، وَقَالَ: (يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُلُوْا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ) (البقرة: الآية 172)،ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِّيَ بِالحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ)
Artinya: Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan kepada kaum mukminin dengan sesuatu yang Allah perintahkan p**a kepada para rasul. Maka Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: "Wahai para rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal shalih." (Al-Mu'minun; 51). Dan Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kalian dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kalian." (al-Baqarah: 172). Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan seseorang yang melakukan perjalanan panjang dalam keadaan dirinya kusut dan kotor, dia menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berdoa: "Wahai Rabb-ku, wahai Rabb-ku," namun makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan kenyang dengan sesuatu yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya akan dikabulkan?" (HR Muslim).
Masihkah kita akan mengkonsumsi makanan tidak halal, jika akibatnya adalah doa yang tak dikabulkan?
25/05/2021
Apakah logo Halal?🧐
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
Halal Logo
Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
Diik*ti tulisan rumi “HALAL”;
Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Siapa yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal?
Pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer);
Pengedar/penjual (distributor/ trader);
Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer);
Pembungkusan semula (repacking);
Premis makanan (food premise); dan
Rumah sembelih (abattoir/slaughter house).
Bagaimana memohon Sijil Pengesahan Halal?
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada Hab Halal, JAKIM melalui permohonan secara online.
Bagi pasaran di peringkat pasaran tempatan, permohonan hendaklah dipohon terus kepada JAIN/MAIN mana yang berkenaan.
Kenapa permohonan Sijil Pengesahan Halal ditolak?
Pemohonan akan ditolak bagi perkara-perkara berik*t:
Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal;
Produk yang tidak halal;
Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan;
Ubat-ubatan atau produk yanng dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
Pewarna rambut (hair color / hair dye);
Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara;
Produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan seperti bak k*t teh dan sebagainya;
Baja dan makanan binatang;
Apa yang diperlukan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal?
Keperluan Umum Pensijilan Halal:
Setiap pengeluar produk/premis makanan/ rumah sembelih hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
Setiap syarikat yang memohon Sijil Pengesahan Halal hendaklah memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal atau sub-kontraktor yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
Setiap syarikat hendaklah memastikan prosedur halal dipatuhi dalam aspek seperti yang digariskan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Syarikat yang disenaraikan dalam kategori Multinasional dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) adalah wajib mewujudkan Jawatankuasa Audit Halal Dalaman dan melantik seorang Eksek*tif Hal Ehwal Islam (Pengajian Islam) bagi mengendalikan dan memastikan pematuhan prosedur pensijlan halal;
Disyaratkan mempunyai mnima dua orang pekerja Muslim yang tetap dan berwarganegara Malaysia di bahagian dapur/ pengendalian/ pemerosesan makanan;
Semasa penyediaan, pengendalian, pemerosesan, pembungkusan atau pemindahan produk hendaklah dalam keadaan bersih dan tidak mengandungi bahan ramuan yang tidak halal mengik*t hukum syarak;
Penggunaan peralatan atau kemudahan dalam premis hendaklah bersih dan bebas dari dicemari najis mengik*t hukum syarak atau yang memudaratksn kesihatan;
Pengangk*tan yang digunakan hendaklah untuk produk halal sahaja;
Kebersihan peralatan, pengangk*tan, kawasan pengeluaran dan persekitaran amat dititikberatkan dan syarikat hendaklah mengamalkan amalan pengilangan yang baik (Good Manufacturing Practices)
Alat penyembahan agama tidak dibenarkan sama sekali di dalam premis/ kawasan pemerosesan makanan.
Pekerja hendaklah mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kesihatan yang baik (Good Hygiene Practices).
25/05/2021
KESAN MENGAMALKAN MAKANAN HALAL❤️
MENYIHATKAN TUBUH BADAN 🏃🏻♂️
Kesihatan tubuh badan termasuklah dari aspek fizikal,mental dan rohani. Pemakanan yang baik dapat mempengaruhi pemikiran seseorang . Ianya menjadikan seseorang itu lebih cergas, sihat dan kehidupannya lebih terjamin.
TERHINDAR DARIPADA KEMUNGKARAN
Bagi umat Islam sendiri, konsep halalan toyyiban itu sendiri dapat menghindarkan diri dari perbuatan dosa. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, menyatakan bahawa salah satu doa yang tidak diterima oleh Allah adalah kerana makanan yang dimakannya ialah daripada sumber yang haram, minumannya daripada sumber yang haram dan pakaiannya juga daripada sumber yang haram.
TERHINDAR DARIPADA PENYAKIT YANG BERBAHAYA
Misalnya, Allah s.w.t telah mengharamkan daging babi kerana kajian sains membuktikan bahawa terdapat cacing pita dan virus JE (Japanes Enceplytis) dalam babi. Kedua-duanya dikatakan s**ar untuk dibunuh. Maka dari itu, mematuhi perintah Allah S.W.T dalam menjaga soal makanan dan minuman atau apa juga produk kegunaan umat Islam hanya yang halal amat penting supaya memberi kebaikan kepada individu itu sendiri terutama dari segi kesihatan.
25/05/2021
PERANAN SYARIAT ISLAM BERKAITAN ISU MAKANAN HALAL ✅
📌 Abstrak Maqasid al-shari'ah memainkan peranan yang penting dalam penetapan dan pelaksanaan hukum fiqh yang waqi'iyy dalam usaha mencapai kebaikan dan menolak kemudaratan.
📌 Salah satu cabang fiqh adalah tentang hukum halal makanan dan minuman yang menjadi asas kepada pelaksanaan halal pensijilan hari ini.
📌 Sehubungan dengan itu, kajian ini dikemukakan untuk menganalisis ijtihad Imam Syafi'I dalam hukum-hakam makanan dan minuman berpandukan kepada ukuran maqasid al-shari'ah. Ia bertujuan untuk melihat sejauh mana pemakaian maqasid al-shari'ah oleh Imam Syafi'i dan kesesuaian metodologi fiqh beliau dalam menyelesaikan isu-isu semasa khususnya dalam hal berkaitan dengan makanan halal.
📌 Kajian ini adalah berdasarkan kaedah kualitatif dengan kaedah pengump**an data adalah dari bahan-bahan yang berkaitan dengan pendapat pendapat ulama khusunya pendapat Imam Syafi'I dan berbagai dokumen yang terkait.
📌 Analisis p**a adalah berdasarkan kepada kaedah induktif dan komparatif. Hasil analisa menunjukkan bahawa wujudnya aplikasi maqasid al-shari'ah dalam ijtihad Imam Syafi 'terhadap isu pemakanan halal dan metodologinya p**a tidaklah kaku bahkan mementingkan keseimbangan antara nas, akal dan waqi'.
STATUS MAKANAN HALAL DALAM ISLAM
📌Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 3:
حرمت عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل لغير الله به والمنخنقة والموقوذة والمتردية والنطيحة وما أكل السبع إلا ما ذكيتم وما ذبح على النصب وأن تستقسموا بالأزلام ذلكم فسق اليوم ينس الذين كفروا من دينكم فلا تخشوهم واخشون اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا فمن اضطر في مخمصة غير متجانف لإثم فإن الله غفور رحيم
Yang bermaksud: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik. dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). itu janganlah kamu tak*t dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu tak*t dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
📌 Oleh karena itu, jelas bahwa perkara yang tidak diperkenankan ada dalil yang menunjukkan status pengharamannya dan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini wajib untuk menuruti segala perintah yang Allah telah nyatakan, sesungguhnya tiada apa yang diperintahkan oleh Allah adalah sesuatu yang sia-sia, dan setiap larangan ada kebaikan di sebaliknya.
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG HALAL
📌 Agensi penguatkuasa adalah terdiri daripada KPDNKK, JAKIM, JAIN, KKM, JPV, KDRM dan PBT.
📌 Mereka perlu meningkatkan persefahaman dan kerjasama dalam penguatkuasaan halal berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah masing-masing agensi.
📌 Sistem perundangan kawalan halal di setiap peringkat perlu dimantapkan dengan mengkaji peruntukan undang-undang yang sedia ada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persek*tuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan.
📌 Sebelum pindaan APD dibuat, bidang kuasa JAKIM sebagai pengilang halal sijil hanya terhad kepada pemantauan aktiviti pemegang sijil halal Malaysia sahaja. JAKIM tidak mempunyai sebarang bidang kuasa terhadap produk yang tidak didaftarkan atau pihak yang menggunakan logo palsu.
📌 Kesannya, kuasa yang ada pada JAKIM sangat terhad dan kurang berkesan kerana terpaksa bergantung kepada agensi-agensi lain. Sekiranya kes melibatkan berhubung dengan logo halal tetapi tiada halal sijil atau penggunaan halal sijil yang telah berakhir, ia memerlukan kerjasama dengan KPDNKK kerana hanya KPDNKK sahaja yang mempunyai kuasa untuk menyita, mengkompoun dan mendakwa pemilik syarikat yang melanggar undang-undang.
📌 Manakala untuk penguatkuasaan berkaitan kebersihan premis, kebersihan makanan atau produk, operasi perlu dibuat bersama dengan penguatkuasa Kementerian Kesihatan. Manakala kes berhubung dengan Akta Haiwan akan melibatkan Veterinar Jabatan Perkhidmatan. (Liziana & Mariam)
UNTUK MEMASTIKAN MAKANAN HALAL DALAM NEGARA BENAR- BENAR TERJAMIN
📌 kerajaan telah mengubal undang-undang, enakmen atau akta berkaitan halal, antaranya ialah Akta Perihal Perdagangan 2011, Akta Makanan 1983, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 dan lain-lain.( Semua ini dengan tujuan untuk mengawal dan memberikan kesedaran kepada umat Islam, masyarakat dan juga para peniaga serta pengguna supaya memilih makanan halal, tidak menyalahguna sijil dan logo halal untuk semata-mata mencari keuntungan duniawi.)
📌 Sesungguhnya beruntunglah golongan peniaga, pengusaha dan usahawan yang berusaha menyediakan makanan halal, mengusahakan barangan halal dan memasarkannya, mereka ini akan mendapat dua keuntungan dalam perniagaan. Untung kerana bertambah dalam pendapat, rezeki bertambah, ramai pembeli dan menjadi pilihan ramai. Satu lagi untung di sisi Allah SWT mereka akan diberikan ganjaran pahala berganda, keberkatan dan keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
📌 Umat Islam sebagai pengguna juga beruntung memilih, menggunakan dan memakan barangan dan makanan halal. Sebab barangan dan makanan halal selamat, baik untuk kesihatan rohani dan jasmani, mendapat pahala, keberkatan dan keredhaan di sisi Allah, malah barangan dan makanan halal juga tidak mendatangkan mudarat kepada fizikal dan rohani.
📌 Tetapi rugilah golongan peniaga, pengusaha atau usahawan yang sekadar mengira untung dalam bentuk angka-angka, hakikatnya mereka rugi sepanjang hayat kerana apa yang diusahakan sekadar angka besar, namun tiada nilai berkat, tiada nilai pahala dan keredhaan di sisi Allah SWT.
📌 Demikianlah, pentingnya barangan dan makanan halal dalam kehidupan sehari-harian umat Islam. Penting untuk kesihatan rohani jasmani. Penting untuk amal ibadat dan amal soleh. Penting untuk kehidupan kita di hari akhirat kelak.
Seterusnya amat penting umat Islam mengetahui kesan dan akibat menggunakan barangan dan makanan haram kepada diri, ahli keluarga, kehidupan, amal ibadat sama ada ketika di dunia ini serta di akhirat nanti, seperti doa tidak makbul, amalan tidak diterima di sisi Allah SWT, tiada keberkatan hidup dan bertambahtambahnya dosa, manakala di akhirat akan dibakar dalam api neraka.
25/05/2021
PRINSIP MAKANAN HALAL ✅ DAN HARAM ❎
Terdapat tiga prinsip untuk menentukan halal atau haramnya makanan mengik*t ayat 145 dalam surah al-An’am, ayat 157 dalam surah A’araf dan ayat 4 dalam surah al-Maidah seperti berik*t:
PRINSIP PERTAMA 📍:
Semua binatang yang dianggap elok oleh orang arab semasa hidup senang, dan pada zaman Rasullullah S.A.W Halal.
Berdasarkan prinsip tersebut antara binatang yang halal ialah:
1) Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apapun namanya. Hal yang demikian kerana binatang tersebut dianggap elok oleh orang arab,
2) Binatang ternakan iaitu unta , lembu , biri-biri , kambing , seladang , kijang , arnab dan lain-lain yang dianggap elok oleh orang arab yang kemudiannya diakui halal oleh syarak.
PRINSIP KEDUA 📍:
Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram.
Binatang tersebut seperti anjing , babi , serigala beruang , kucing , gajah , singa , harimau bintang dan seumpamanya. Manakala burung yang haram dimakan ialah yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan seperti burung helang dan burung rajawali.
PRINSIP KETIGA 📍:
Semua jenis binatang yang sunat dibunuh adalah haram dimakan.
Binatang tersebut seperti ular , kala jengking , gagak , tikus dan semua binatang yang memudharatkan.
25/05/2021
ETIKA PEMILIHAN MAKANAN HALAL
📌 GARIS PANDUAN DALAM SOAL-MAKANAN MAKANAN MENURUT ISLAM
a) Mengambil makanan yang memberikan kesihatan iaitu dengan memilih makanan yang halal "ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT dalam surah
📖 Al-Baqarah (2): 172.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya".
b) Menjauhi makanan yang diragui sepertimana yang disampaikan oleh Abu Abdullah bin Nu'man b.Basyir ra: Katanya beliau telah mendengar bahawa Rasulullah SAW bersabda :"dan barang siapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram"
c) Memilih makanan yang baik dan segar. Pengertian makanan yang baik di sini adalah asal zatnya, susunan komposisinya, baik cara memasak dan menyajikannya serta halal cara mendapatkannya."
d) Menjauhi makanan yang mengandung bahan kimia, makanan yang diawetkan dan mengandung tinggi dehur Dalam kontek yang saat ini termasuk dalam kategori ini adalah makanan terproses, makanan dalam timah, botol, berbungkus, makanan segera dan ringan
e) Memilih makanan yang bergizi tinggi iaitu makanan pembina badan dan pemberi tenaga makanan serta makanan untuk menghindari penyakit dan mengambil makanan yang seimbang
📌 Dua faktor utama yang selalu digandingkan oleh al-Quran dalam perbincangan tentang makan makan adalah halal dan baik (tayyib)
- Terdapat empat ayat yang menggabungkan dua sifat tersebut iaitu dalam surah
📖 Al-Baqarah (2) ayat 168,
يٰۤاَ يُّهَا النَّا سُ كُلُوْا مِمَّا فِى الْاَ رْضِ حَلٰلًا طَيِّبًا ۖ وَّلَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ ۗ اِنَّهٗ لَـكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ
"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengik*ti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 168)
📖 Al-Ma 'idah (5) ayat 88,
وَكُلُوْا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّٰهُ حَلٰلًا طَيِّبًا ۖ وَّ اتَّقُوا اللّٰهَ الَّذِيْۤ اَنْـتُمْ بِهٖ مُؤْمِنُوْنَ
"Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya."
(QS. Al-Ma'idah 5: Ayat 88)
📖 Al-Anfal (ayat 69, dan
فَكُلُوْا مِمَّا غَنِمْتُمْ حَلٰلاً طَيِّبًا ۖ وَّا تَّقُوا اللّٰهَ ۗ اِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
"Maka, makanlah dari sebagian rampasan perang yang telah kamu peroleh itu, sebagai makanan yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(QS. Al-Anfal 8: Ayat 69)
📖 An-Nahl (16) ayat 114.
فَكُلُوْا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّٰهُ حَلٰلًا طَيِّبًا ۖ وَّا شْكُرُوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ اِنْ كُنْـتُمْ اِيَّاهُ تَعْبُدُوْنَ
"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya."
(QS. An-Nahl 16: Ayat 114)
- Kesemua ayat-ayat ini menyatakan bahawa makanan tidak hanya berfungsi untuk menjaga kesihatan dan kesinambungan hidup, tetapi juga berpengaruh dalam membentuk kepribadian dan karakter seseorang.
- Ibrahim bin Umar yang mengambil pendapat al-Hirrali (w.629H / 1232) mengatakan bahawa orang yang s**a memakan makanan yang kotor biasanya bertabiat kasar, keras dan s**ar menerima kebenaran.
"Kemudian Islam telah memperkenalkan prinsip makan dan minum secara sederhana kerana Allah SWT tidak menyukai orang yang melampaui batas, firman Allah SWT: "Makan dan minumlah kamu dari rezeki Allah, dan janganlah kamu merebakkan kejahatan buruk di muka bumi"
📖 Surah al-Baqarah (2): 60
وَاِ ذِا سْتَسْقٰى مُوْسٰى لِقَوْمِهٖ فَقُلْنَا اضْرِبْ بِّعَصَا كَ الْحَجَرَ ۗ فَا نْفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۗ قَدْ عَلِمَ کُلُّ اُنَا سٍ مَّشْرَبَهُمْ ۗ کُلُوْا وَا شْرَبُوْا مِنْ رِّزْقِ اللّٰهِ وَلَا تَعْثَوْا فِيْ الْاَ رْضِ مُفْسِدِيْنَ
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, Pukullah batu itu dengan tongkatmu! Maka memancarlah darinya dua belas mata air. Setiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah dari rezeki (yang diberikan) Allah dan janganlah kamu melakukan kejahatan di bumi dengan berbuat kerusakan."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 60)
25/05/2021
SOALAN: BAGAIMANAKAH DAPAT KITA BERALIH DARIPADA BERSIKAP WAS-WAS TENTANG SESUATU PERKARA KEPADA MERASA YAKIN TENTANG KEHALALANNYA?
JAWAPAN: Sekali lagi saya tekankan kepentingan ilmu. Dengan kefahaman yang jelas dan luas, kita akan lebih yakin dan tidak mudah tewas dengan perasaan waswas.
Sikap berhati-hati atau warak itu adalah baik, namun yang menjadi masalah apabila kita waswas dengan sesuatu yang telah jelas kehalalannya.
Sebagai contoh, kita meragui makanan yang dimasak bangsa lain walaupun kita tahu dengan jelas bahawa setiap isi kandungan masakan tersebut adalah halal dan baik dimakan. Inilah yang dinamakan waswas, meragui sesuatu walaupun hal tersebut telah jelas bagi kita.
Di dalam Fiqh terdapat sebuah kaedah yang bermaksud "Yakin tidak boleh dihilangkan dengan syak".
Kaedah ini bermaksud apabila sesuatu perkara itu jelas, kita tidak boleh menggunakan prasangka atau kemungkinan-kemungkinan untuk menolak atau menidakkan kejelasan tersebut.
Sebagai contoh lagi, makanan yang dibawa oleh khidmat penghantaran makanan (seperti GrabFood misalnya), makanannya jelas halal, kita tidak boleh menolak kehalalan makanan itu hanya kerana "mungkin" pembawa makan telah menukar makanan itu ke dalam bungkusan yang berbekas khinzir umpamanya.
Kecuali jika benar kita mempunyai bukti yang jelas, barulah kita mengelakkannya.
Terdapat trend hari ini di mana kita terlalu taksub dengan soal halal-haram sehingga semua perkara perlu halal.
Halal itu adalah sebuah keperluan bagi umat Islam. Namun harus dibezakan antara halal menurut syarak dan logo halal.
Logo halal adalah usaha Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Umat Islam p**a harus dapat membezakan bagi diri mereka sendiri apa yang halal dan apa yang tidak, tanpa hanya bersandarkan kepada logo semata-mata.
Umat Islam harus memahami bahawa setiap yang halal itu walaupun tidak ada logo, akan tetap halal hingga ke hari kiamat dan tidak dapat diharamkan.
Di sinilah sekali lagi kepentingan ilmu dan kemampuan untuk berfikir dan membuat penilaian sendiri. Ini amat membantu terlebih lagi apabila seseorang itu bermusafir ke luar negara, ke tempat-tempat yang tidak mempunyai infrastruktur halal.
Juga saya rasa perlu diingatkan bahawa Islam ini bukanlah hanya persoalan halal dan haram. Kita perlu memahami bahawa Islam itu juga adalah rahmat bagi sekalian alam. Islam itu adalah akhlak.
Tatkala kita menggunakan media sosial untuk demand syarikat ini dan itu menjadi halal, bagaimanakah persepsi masyarakat luar terhadap akhlak umat Islam?
Apakah kita kekurangan makanan di negara ini sehingga kita perlu memohon agar setiap makanan itu dihalalkan bagi kemudahan kita? Kalau begitu, mungkin kita telah agak tersasar dari tujuan halal yang diinginkan agama.
25/05/2021
Pengertian Makanan Halal dan Haram
Sebelum mengetahui jenis makanan halal dan haram, ada baiknya bagi kita untuk mengetahui definisi secara lebih dalam mengenai istilah tersebut. Baik makanan halal dan haram tersebut tak lain berasal dari Bahasa Arab yakni halal yang merujuk pada kata diperbolehkan, sementara itu haram sendiri yakni berarti tidak dibenarkan atau dilarang.Istilah halal tersebut merujuk pada bahan makanan yang diperbolehkan untuk dilakukan, dipergunakan, atau diusahakan serta terbebas dari berbagai hal yang membahayakan ataupun dilarang. Kebalikannya, istilah haram tersebut dipergunakan bagi bahan makanan yang dilarang untuk dilakukan atau dipergunakan baik lantaran kandungan zat di dalamnya hingga cara mendapatkannya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Jitra