Akademi Kembara Bijak Jitra 017 778 4681

Akademi Kembara Bijak Jitra 017 778 4681

Share

Menawarkan khidmat transit untuk anak 7-12 tahun. Program yang direka khas untuk anak 7-12 tahun, Ci

Photos from Akademi Kembara Bijak Jitra 017 778 4681's post 09/03/2023

Alhamdulillah sambutan hebat oleh anak-anak Jitra.

Bersama Ustaz Kartun yang baru sahaja p**ang dari KL sempena bengkel surah As-Syams juga.

Semoga kemahiran dan ilmu yang diperolehi membantu anak-anak menghafal dan faham al-Quran.

Insya-Allah kita akan jemput lagi Ustaz Kartun untuk surah yang lain p**a.

27/02/2023

*PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA USTAZ KARTUN*

9 Mac ini di Akademi Kembara Bijak Jitra!

Sesuai untuk 7-15 tahun.

CAHAYA MATAHARI

Surah as-Syams mengajak manusia melihat kehebatan Allah, bagaimana mudahnya Allah SWT menciptakan alam, kejadian siang dan malam dan segala isi bumi.

Seterusnya Allah menjelaskan tentang hakikat jiwa penciptaan manusia, peranan manusia terhadap dirinya serta tanggungjawab berkaitan kesudahan hidupnya. Kemudian di akhir surah ini menceritakan tentang kehancuran kaum Tsamud yang derhaka kepada Allah.

Program ini mendorong dan melatih anak-anak menghafal dan memahami setiap ayat surah as-Syams menggunakan kartun & komik.

πŸ“… 9 Mac 2023 Khamis
⌚8.30 pagi - 12.30 tgh
🏠 25 Taman Idaman, Tg Pauh
πŸ’°RM55 seorang

Daftar di http://wassap.my/60177784681/lukishafal

Photos from Akademi Kembara Bijak Jitra 017 778 4681's post 12/12/2021

Lama tak 'update', cuti sekolah kami buat pelbagai aktiviti. Walau nampak macam ringkas dan ala-ala tadika, bagus untuk menghilangkan ketagihan gajet πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Photos from Akademi Kembara Bijak Jitra 017 778 4681's post 28/10/2021

Tahniah kepada Tuan Muda Muiz dan Tuan Muda Ammar atas kejayaan ganjaran perbuatan baik bulan Oktober dan November πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

10/10/2021

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar hari ini?

Didoakan semua dalam keadaan sihat.

Hari ini kita tampal gambar kartun 3d di rekod bacaan mengaji. Mudah nak cari kan?

Photos from Akademi Kembara Bijak Jitra 017 778 4681's post 30/09/2021

Assalamualaikum semua!

Kami telah berpindah ke no. 25 Taman Idaman, bersebelahan Tadika ABS Kembara Bijak Jitra Kedah 017 778 4681

Masih ada kekosongan untuk transit 7-12 tahun sesi Oktober 2021.

βœ… Bantuan PdPR
βœ… Kelas mengaji
βœ… Kelas membaca BM, BI, Jawi
βœ… Dilengkapi kemudahan Unifi

Wassap http://www.wassap.my/60177784681/akboktober

Photos from Akademi Kembara Bijak Jitra 017 778 4681's post 28/05/2021

ISTIWA' ADZAM 28 MEI 2021 5.16 PETANG WAKTU MALAYSIA

Kedudukan matahari berada pada titik zenith iaitu atas Kaabah di Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi ketika waktu berkenaan.

Kaedah Istiwa’ A’dzam dianggap antara cara alamiah paling berkesan untuk penentuan arah kiblat dan sering digunakan umat Islam sejak lebih 1,400 tahun lalu sebelum kompas dicipta.

Hujung bayang ke objek merupakan arah kiblat.

Boleh buat bersama anak-anak.

Standby. Insya-Allah ada rezeki melihatnya.

Stay safe. Allah jaga kita.

Photos from Akademi Kembara Bijak Jitra 017 778 4681's post 25/05/2021

Bendi oh bendi.

Alhamdulillah hari ini kami dapat memetik bendi yang ditanam oleh adik-adik Tadika ABS Kembara Bijak Jitra Kedah 017 778 4681

Kemudian kami sambung PdPR, hari ni ada pembelajaran Fekah dan Bahasa Inggeris πŸ’ͺ

18/05/2021

Hari ini di bawah subjek Fekah mereka belajar tentang azan dan iqamah.

Apabila diminta azan, baru nampak ada yang masih keliru antara azan dan iqamah.

Terus Cikgu Ana kata nak buat pertandingan azan.

Tolong undi yang mana Muazzin Cilik yang diminati ❀️

A : Muazzin Muiz (Baju putih)
B : Muazzin Zharif (Baju hitam)
C : Muazzin Ali (Baju kuning)

28/04/2021

PDPR?

Sebulan lepas raya nampaknya sambung pdpr.

Buntu bagaimana nak bantu anak? Tambahan p**a ibu ayah perlu bekerja.

Kami buka 15 tempat sahaja untuk anak 7-12 tahun. Pagi kami bantu untuk PdPR, petang kita mengaji Iqra' / Al-Quran.

Premis kami dilengkapi dengan kemudahan UNIFI. Hanya bawa peranti jika perlu atau boleh cetak lembaran kerja di sini.

Wassap Cikgu Ana untuk tempah tempat sekarang. http://www.wassap.my/60177784681/pdprMeiJun

28/03/2021

Excuse me, I'm sorry! It's okay πŸ‘Œ

New game in the house, hunter πŸ”«, Snake 🐍 and πŸ¦…

Photos from Akademi Kembara Bijak Jitra 017 778 4681's post 02/03/2021

Assalamualaikum πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Lama tidak bersiaran. Sesi pagi hanya ada beberapa pelajar. Minggu depan semua dah ke sekolah, alhamdulillah.

Kali ini kita cuba baca 1 ayat, terjemahan 1 ayat. Moga pendekatan begini dapat memberikan permulaan yang baik agar anak-anak belajar mesej yang hendak disampaikan oleh Yang Maha Esa.

Dalam sehari atau seminggu, latih peruntukkan 1 masa untuk bacaan secara tartil, 1 masa untuk hafazan dan 1 masa untuk baca tafsiran Al-Quran sebagaimana yang telah ditafsirkan oleh para ulamak (bukan tafsir sendiri ikut kefahaman kita).

Moga anak-anak kita bukan sekadar warisan dalam beragama. Amin.

Transit untuk sesi petang anak 7-12 tahun masih dibuka untuk sesi Mac/April 2021. Wassap Cikgu Ana http://www.wassap.my/60177784681/akbmac

Want your school to be the top-listed School/college in Jitra?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No. 2 Taman Idaman, Tg. Pauh
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 17:00