Tadika Dzul Iman Jitra

Tadika Dzul Iman Jitra

Share

Dimiliki oleh Tadika Cahaya Bijak Soleh (AS0416892A) kod pendaftaran JPN (K5A4109)

17/04/2026

It’s Jumuah 😍.
Jangan lupa baca surah Al-Kahfi.

Antara surah yang dihafal anak-anak Dzul Iman adalah 10 ayat awal surah Al-Kahfi.

Moga Allah lindungi kita semua dari fitnah dajjal.

21/03/2026

Eid Mubarak everyone 🤗

تقبل الله منا ومنكم

20/03/2026

Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar…

Biar takbir ini
menjadi saksi hati yang kembali bersih,
dan jiwa yang kembali kepada fitrah 🤍

Takbir istimewa dari anak-anak Dzul Iman Jitra buat ibu ayah semua 🥰.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

تقبل الله منا ومنكم

18/03/2026

Ramai ingat ia sekadar perkara kecil.
Tapi dari sinilah bermulanya akhlak seorang anak.

Cara bersalam bukan sekadar sentuhan,
Ia adalah tanda hormat, kasih & didikan.

Mendidik adab adalah perkara asas dalam pendidikan.

👉🏻 Setuju? Save & share untuk ibu ayah yang lain 🤗

09/03/2026

Anak petah bercakap.
Semua orang puji.

“Pandainya bercakap…”
“Confident betul anak ni…”

Tapi…
Petah bercakap tak sama dengan bersedia ke Tahun 1.

Cuba tanya diri kita perlahan-lahan…

• Boleh tak dia fokus 5–10 minit tanpa bangun-bangun?
• Bila cikgu beri arahan, dia faham dan ikut?
• Boleh tunggu giliran tanpa menangis atau mengganggu?
• Bila kecewa, dia mampu kawal reaksi?

Kalau jawapannya masih “belum stabil”…

Itu bukan salah anak.
Itu tanda dia masih perlukan bimbingan dan latihan.

Ramai ibu ayah sangka,
“Asalkan anak pandai bercakap, dia mesti ok di sekolah nanti.”

Hakikatnya…

Tahun 1 bukan tempat untuk belajar kawal emosi dari kosong.

Tahun 1 perlukan anak yang sudah ada asas kestabilan diri.

Jangan tunggu Tahun 1 untuk berharap
“nanti dia akan okay sendiri”.

Kesediaan ke sekolah tak berlaku secara automatik bila umur cukup 7 tahun.

Ia perlu dibina. Dilatih. Dibentuk.

Sekarang adalah masa terbaik untuk kuatkan asas itu.

Supaya mereka melangkah ke Tahun 1
dengan tenang dan yakin — bukan terkejut.


06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H.

"Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia"
(Al-Baqarah :185)

Bacalah Al-Quran dengan hati dan fahamilah dengan jiwa. Semoga setiap ayat yang kita baca mendapat rahmat & kasih sayang Allah.

Allahummarhamna bil Quran.

04/02/2026

KP 2026.
Kurikulum baru untuk semua anak-anak di prasekolah.

KP 2026 membenarkan anak-anak menjadi kanak-kanak.
Tanpa drilling kepada akademik.
Ini juga yang telah diperjuangkan di Dzul Iman sepanjang 30 tahun kewujudan Dzul Iman.

Moga yang terbaik untuk anak-anak kita.

29/01/2026

Daily attire at Dzul Iman Jitra 🤩

Di Dzul Iman kita ada 2 jenis uniform.
Formal attire yang dipakai setiap hari ahad dan khamis.
Dan satu lagi sport attire yang dipakai setiap isnin hingga rabu.

Photos from Dzul Iman Smart Khalifah's post 28/01/2026

Alhamdulillah alladzi bini'matihi tatimmussolihat

21/01/2026

Inilah cara anak-anak setiap kali mahu naik atau turun tangga 🥰.

Di Dzul Iman, Asmaul Husna yang diajar ketika perhimpunan pagi diaplikasikan dalam amalan seharian khalifah.

Nama-nama Allah yang diajar dihidupkan dengan menyebut sentiasa. Kita tidak mahu anak sekadar tahu, tapi menjiwai setiap bait-bait nama Allah yang disebut.

Ya Allah ya Salam, Salimna.
Begini zikir anak-anak.
Allah yang Maha Menyelamatkan yang mampu menjaga anak-anak.

Moga anak-anak sentiasa dalam jagaan Allah sentiasa.

15/01/2026

Mengoyak kertas. Salah satu tujuan aktiviti ini adalah untuk menguatkan motor halus anak-anak.

Kenapa motor halus ini penting? Ia membantu anak-anak tingkatkan koordinasi tangan-mata dan membantu anak ketika menulis menggunakan pensel dengan baik.

Jadi ibu ayah, jangan marah kalau anak koyak kertas tau ☺️. Kita bantu anak dengan menjelaskan kertas yang mana yang boleh dikoyakkan dan yang mana tidak boleh dikoyakkan 🤗.

Photos from Tadika Dzul Iman Jitra's post 11/01/2026

Alhamdulillah.
Bahagia menerima update dari ibu-ibu alumni Dzul Iman.

Hari ini anak-anak telah memulakan langkah menjadi pelajar tahun 1.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk anak-anak. Selamat maju jaya khalifah semua.

Terima kasih ibu-ibu yang sudi berkongsi gambar anak-anak ❤️ May Allah bless you.

We love you khalifah.
We make du'a for you ❤️.

Want your school to be the top-listed School/college in Jitra?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


216 Taman Suria 2 Suria Commercial Center Jalan Hospital Baru
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 18:00