18/02/2026
Salam Ramadan 1447H 🌙
Semoga bulan penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keampunan dan rahmat buat kita semua.
Moga setiap amal dan doa kita diterima Allah SWT.
Ramadan Kareem 🤲✨
PSGSM Negeri Kedah Halaman Rasmi Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Negeri Kedah (PSGSM-Kedah)
18/02/2026
Salam Ramadan 1447H 🌙
Semoga bulan penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keampunan dan rahmat buat kita semua.
Moga setiap amal dan doa kita diterima Allah SWT.
Ramadan Kareem 🤲✨
25/10/2025
13/09/2025
13/09/2025 - Alhamdulillah, Selesai Bengkel Pemantapan Pembantu Jurulatih Siri-3 PSGSM Negeri Kedah Di Sek.Men.Keb.Seri Mahawangsa Jitra Kedah.
Kredit: Sham Gayong
05/09/2025
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H.
Marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua mendapat syafaat baginda Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak.🤲
Ikhlas daripada AJK Pentadbiran Pusat Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia (PSGSM)
31/08/2025
*Perutusan Rasmi Waris Amanah Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau sempena Hari Merdeka 31 Ogos 2025*
*HARI KEBANGSAAN 1957 DAN ULANGTAHUN HARI KEBANGSAAN PADA 31 OGOS*
Undang-undang di Negeri Melayu Bersekutu digubal oleh HRH The Sultan in Council, yang memerlukan perkenan DYMM Sultan sebagai pemerintah yang memiliki kuasa kedaulatan.
Dokumen ini menunjukkan pemerintah Negeri Melayu masih berdaulat sekaligus menafikan kedaulatan Negeri Melayu telah berpindah kepada British.
Kedaulatan yang masih kekal pada Raja-Raja Melayu dari sisi undang-undang antarabangsa menunjukkan Negeri Melayu Bersekutu tidak dijajah.
Istilah kemerdekaan yang diterjemahkan daripada perkataan "independence" sering disalah tafsirkan.
*Delegasi Persekutuan Tanah Melayu ke Persidangan London, 18 Januari- 6 Februari 1956.*
Laporan Persidangan ini telah dimanip**asi sebagai Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu 1956 walhal yang wujud ialah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bertarikh 5 Ogos 1957 yang menandakan pemersekutuan sembilan buah Negeri Melayu berdaulat sebagai sebuah Persekutuan yang berdaulat dan bebas daripada campur tangan British dalam Komenwel yang ketua negara Persekutuan Tanah Melayu ini ialah wakil Raja-Raja Melayu yang digelar Yang di-Pertuan Agong.
Persekutuan Tanah Melayu 1957 ini juga disertai oleh dua buah Negeri Selat iaitu koloni British Pulau Pinang dan Melaka yang dikembalikan kepada kedaulatan Raja Melayu (Pulau Pinang dengan persetujuan Sultan Kedah dengan syarat status wilayah Pulau Pinang sebagai tanah pajakan milik Kesultanan Kedah tetap diakui) sebagai sebagai sebuah Negeri dalam Persekutuan.
Pada hakikatnya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bertarikh 5 Ogos 1957 menandakan dua kedudukan yang berikut:-
1. Kesultanan Melayu dan Kerajaan British
bebas daripada Perjanjian yang pernah
kedua-dua belah pihak tandatangani.
2. Kedaulatan Kerajaan British ke atas Negeri
Selat Pulau Pinang dan Melaka ditamatkan
serta dipindahkan kepada Pemerintah
Kerajaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan
Agong, ketua utama Persekutuan yang
mewakili Raja-Raja Melayu.
31 Ogos 1957 adalah tarikh pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang bebas dan berdaulat dalam Komenwel.
31 Ogos 1957 menandakan kelahiran BANGSA MELAYU @ BANGSA TANAH MELAYU yang terdiri daripada orang Melayu dan bukan orang Melayu yang diterima sebagai warganegara Tanah Melayu yang mendukung keluhuran Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu diperluaskan pada tahun 1963 dengan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai Negeri dalam Persekutuan yang diberikan nama baharu, Malaysia.
Pada tahun 1965, Singapura berpisah dengan Malaysia.
Ringkasnya, Kemerdekaan itu membawa erti yang berikut:-
1. Negeri Melayu merdeka daripada Perjanjian
dengan British.
2. British merdeka daripada Perjanjian dengan
Negeri Melayu.
3. Negeri Selat merdeka daripada penjajahan
British.
4. British menyerahkan kedaulatan ke atas
Negeri Selat kepada pihak berkuasa
Persekutuan iaitu Kerajaan YDPA, sebagai
wakil Raja-Raja Melayu.
5. Pembentukan sebuah Persekutuan yang
merdeka dalam Komenwel yg didirikan oleh
sembilan buah Negeri Melayu yang
berdaulat.
Hari Kebangsaan p**a menandakan lahirnya Kewarganegaraan Tanah Melayu yang mentakrifkan bangsa Melayu.
Bangsa Melayu yang terdiri daripada orang Melayu dan bukan orang Melayu yang sepatutnya menjunjung jati diri Melayu, watan Semenanjung Tanah Melayu sebagai teras seperti diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan
Saya menyeru supaya Kedaulatan Watan ini terus dipertahankan, kerana ia menjadi tanda sebuah bangsa yang berdaulat dan kuat, sejak dahulu, kini dan insyaAllah selamanya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2025.
Salam Hormat,
Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Bin Wan Husain
07/06/2025
🕋𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀🕋
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446 Hijrah diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia.
Semoga ibadah korban yang akan dilaksanakan diberkati oleh Allah SWT dan semoga segala amal kebaikan kita diterima oleh Allah SWT.🤲
Ikhlas daripada:
Barisan Kepimpinan Pentadbiran Pusat
Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia
16/05/2025
Selamat Hari Guru 2025!
Terima kasih buat semua guru yang sentiasa menyinari jalan ilmu dengan penuh dedikasi, sabar dan kasih sayang.
Semoga segala jasa dan pengorbanan kalian terus diberkati dan menjadi inspirasi buat kita semua.
01/03/2025
Ramadan Kareem!
Bulan penuh keberkatan kembali lagi. Inilah masanya untuk perbanyakkan ibadah, sucikan hati, dan tingkatkan amal. Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan, kesihatan, dan rezeki yang melimpah untuk kita semua.
Selamat menjalani ibadah puasa!
Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Negeri Kedah