Kelas Kemahiran Komputer KEMAS Malau

Kelas Kemahiran Komputer KEMAS Malau Menawarkan kelas kemahiran komputer jangka panjang/pendek bagi semua peringkat umur bermula dari 6thn

3 Feb 2026 : Atas permintaan peserta, kita adakan semula aktiviti membuat kuih raya sempena Ramadhan yg bakal tiba. Akti...
03/02/2026

3 Feb 2026 : Atas permintaan peserta, kita adakan semula aktiviti membuat kuih raya sempena Ramadhan yg bakal tiba. Aktiviti yg paling seronok setiap tahun, kalini dengan resepi Tart Nenas yg dikongsikan oleh Cikgu PKK KEMAS (Cikgu Nur Hamiza ).

Kenapa tak ramai? Sebab waktu yg singkat jd kita terpaksa limitkan peserta supaya masing2 dapat bawa pulang 2 balang tart nenas🥰 Nampak cantik tapi nak hasilkan bukan mudah yaa...Tahniah pada semua peserta & Cikgu Miza yg sudi berkongsi ilmu pada kami 🩷

Selamat tahun baru 2026! 🌟 Kelas Kemahiran Komputer KEMAS Malau  kickstart tahun dengan semangat! Peserta dan AJK kelas ...
31/01/2026

Selamat tahun baru 2026! 🌟 Kelas Kemahiran Komputer KEMAS Malau kickstart tahun dengan semangat! Peserta dan AJK kelas hebat abis! 💪 Baru saja conquer Bukit Telipong, hiking yang menguji tapi seronok! 🎉 Terima kasih semua yang buat hari ini spesial!

😊

2026 dah datang, awak yg tengah tunggu result SPM tu dh daftar belajar asas komputer belum? Takkan nk tunggu sambung bel...
05/01/2026

2026 dah datang, awak yg tengah tunggu result SPM tu dh daftar belajar asas komputer belum? Takkan nk tunggu sambung belajar baru nak belajar kan😅

📣📣PROMOSI UNTUK LEPASAN SPM📣📣📣
EXAM dah habis?? Lambat lagi nak result?? Jom tambah ilmu sementara menantikan keputusan SPM anda sementara promosi masih ada 👍👍👍

Jom share pada rakan2 & sedara mara lepasan SPM sempena PROMOSI...Tempat terhad, boleh terus mendaftar di link segera 😉👍🏻
https://forms.gle/CEKY8h4qhagxMq4Z8

14.06.2025 : Alhamdulillah selesai Program Promosi Kelas Kemahiran Komputer KEMAS Malau bersama pelajar ting.6 Atas SMK ...
28/06/2025

14.06.2025 : Alhamdulillah selesai Program Promosi Kelas Kemahiran Komputer KEMAS Malau bersama pelajar ting.6 Atas SMK Pulau Nyior di Kelas Kemahiran Komputer KEMAS Malau. Seramai 20 org pelajar termasuk 2 org guru pengiring mengikuti program ini dengan jayanya..

Bersempena Hari Terbuka Kemas Parlimen Kubang Pasu, antara yg terlibat adalah guru² kemahiran, kelas bina insan, tabika, taska, para waris & peserta² yg mengikuti program² promosi kemahiran jahitan dan masakan menjadikan kehadiran kesemuanya melebihi 300 orang..

Peserta ting. 6 didedahkan dengan penggunaan Ms. Excel dan shortcut keyboard yg mampu memudahkan kerja. Semoga ilmu yg diperoleh, digunakan dgn sebaiknya insyaAllah 💪

24 -26 Jun 2025 :3 hari berbengkel di KEMAS Parlimen Jerlun bagi semua Guru² Kemahiran KEMAS Kedah & diberikan kesempata...
26/06/2025

24 -26 Jun 2025 :
3 hari berbengkel di KEMAS Parlimen Jerlun bagi semua Guru² Kemahiran KEMAS Kedah & diberikan kesempatan bersama guru² Komputer KEMAS Kedah seramai 6 orang termasuk saya untuk berkongsi ilmu Content Creator(Tiktok). Alhamdulillah ilmu yg telah dikongsi oleh Coach pada kami d Kursus JU Komputer pada awal tahun lalu banyak membantu kami untuk menyebarkan lagi cara penggunaan Platform Tiktok yg betul bagi menyampaikan manfaat selain dari hanya berhibur dan bershopping.

Masih ramai sebenarnya yg belum tahu manfaat yg boleh diperolehi dari platform yang trending ini. Sedikit sebanyak boleh membantu juga dalam menjana pendapatan sampingan selain memperkenalkan kelas² kemahiran yang ada di KEMAS pada masyarakat setempat.

Terima kasih diucapkan pada pihak penganjur kerana memberikan peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu yang diperoleh selain menerima ilmu dari JU² bidang kemahiran lain juga.

"Ilmu takkan pernah habis selagi mana Kita mahu Menerima..ilmu takkan pernah Hilang selagi kita teruskan Berkongsi"~ ☺️

19.06.2025 - Alhamdulillah syukur diberikan rezeki menerima anugerah besar dari Jabatan KEMAS. Sebenarnya ramai lagi cik...
22/06/2025

19.06.2025 - Alhamdulillah syukur diberikan rezeki menerima anugerah besar dari Jabatan KEMAS. Sebenarnya ramai lagi cikgu² Komputer KEMAS serata Negeri yg lebih HEBAT berbanding saya. Tapi REZEKI Tuhan itu kita takkan pernah tahu..

Yg mana mengenali saya tahu betapa 'struggle' diri ini 😢 untuk membantu masyarakat luar bandar mampu mempelajari ilmu Komputer yg menjadi asas di zaman Teknologi sekarang. Begitu juga untuk memperkenalkan lagi bidang² kemahiran yg ada sebenarnya di dalam KEMAS yg masih ramai lagi belum tahu.

Terlalu banyak nak diceritakan tapi setiap orang mempunyai pengalaman masing²..

Terima Kasih buat Tulang belakang saya iaitu keluarga, kawan², para AJK Kelas Kemahiran Komputer KEMAS Malau, En. Jefry (PKD KEMAS Kbg Pasu), Penyelia kanan & penyelia² lain yg banyak menyokong saya selama ini. Guru² Komputer KEMAS anda semua HEBAT kerana anda juga laa yg banyak memberikan pendapat & berkongsi ilmu dgn saya. Tuan Pengarah KEMAS Kedah & En. Suhaizal (Pen. Pengarah KEMAS Kedah Bhg Pkem & Pkom), Terima kasih sy ucapkan di atas sokongan pd saya selama ini.

InsyaAllah perjuangan belum berakhir di sini, ini hanya permulaan untuk terus memberikan yg terbaik utk masyarakat luar bandar...

"Rezeki itu milik Allah. Makin kita ikhlas memberi kepada orang lain, Insyaallah Dia memudahkan rezeki kita."~

20/06/2025
30.04.2025 : "Pengalaman adalah Guru yg terbaik~"Penutup April bersama peserta dengan aktiviti menuai tanaman halia yg d...
01/05/2025

30.04.2025 : "Pengalaman adalah Guru yg terbaik~"
Penutup April bersama peserta dengan aktiviti menuai tanaman halia yg diusahakan melalui Projek Rakan Kebun Kemas Parlimen Kubang Pasu 👍

Alhamdulillah peserta dapat belajar sendiri proses menuai halia selain mempelajari ilmu komputer di Kelas Kemahiran Komputer KEMAS Malau 😊 Aktiviti ini di adakan dengan persetujuan dari peserta sendiri, kerana salah seorang di antara mereka akan menyambung pengajian dalam bidang Pertanian di IPT kelak..

Walaupun ad yg tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan masing², cikgu ucapkan Terima Kasih buat semua kerana anda adalah yg terbaik 👍🥰 semoga segala aktiviti yg anda sertai di KEMAS menjadi memori manis dlm kehidupan insyaAllah 🤲

09.04.2025 :   Selesai sudah Jamuan Hari Raya bersama Peserta Kelas Kemahiran Komputer KEMAS Malau & AJK Kelas..Atas per...
18/04/2025

09.04.2025 : Selesai sudah Jamuan Hari Raya bersama Peserta Kelas Kemahiran Komputer KEMAS Malau & AJK Kelas..Atas permintaan dari peserta, tahun ni kita menjayakan aktiviti bersama di bulan Syawal yang mulia..Masing-masing cantik berpakaian tema Hari Raya membuatkan majlis kecil terasa lebih ceria 😍

Syukur Alhamdulillah apabila memperoleh peserta dan AJK yg sentiasa memberikan kerjasama dalam menjayakan apa jua aktiviti di kelas 🤲 Walaupun berbeza agama, namun semua sepakat membawa pelbagai juadah untuk dinikmati bersama tak kira tua & muda..Terima kasih pada semua sy ucapkan 🥰

Sekitar program cuti sekolah yg diadakan dari 28 Jan hingga 12 Feb berjalan dengan lancar, Alhamdulillah 🤲 Ini merupakan...
07/03/2025

Sekitar program cuti sekolah yg diadakan dari 28 Jan hingga 12 Feb berjalan dengan lancar, Alhamdulillah 🤲 Ini merupakan di antara program yg ditunggu oleh para ibu bapa bagi mengisi masa lapang anak² dgn ilmu kemahiran..

Selain dari harga yg murah, para peserta juga dapat menimba ilmu & diberikan sijil penyertaan ♥️..Lebih menarik lagi apabila peserta yg menyertai Prog. Kemahiran Cilik dapat mempelajari ilmu masakan cilik dr Cikgu PKK KEMAS Parlimen Kbg Pasu selain ilmu komputer 🥰...

Nantikan program cuti sekolah yg seterusnya yaa 👌😉

24/02/2025

TAWAU: Penambahbaikan skim perjawatan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mendapat reaksi positif Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Address

Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Kbg. Pasu, Mukim Malau
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Sunday 08:00 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Kemahiran Komputer KEMAS Malau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share