Permata Maiwp Hidayatul Mustaqimah

Permata Maiwp Hidayatul Mustaqimah Sebelum ini dikenali sebagai TADIKA ISLAM MAIWP. Institusi pendidikan untuk kanak-kanak 5 dan 6 tahun

16/06/2026

Terima kasih kepada Ibu Eshal kerana sudi berkongsi video penuh perbarisan sempena Karnival Sukan pagi tadi. πŸŒžπŸ’›

Alhamdulillah, kontinjen Rumah Kuning berjaya merangkul Johan Perbarisan. πŸ†βœ¨

Tahniah kepada semua murid, guru dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama serta sokongan dalam menjayakan perbarisan bertemakan Sunny Scoop. Kejayaan ini adalah hasil usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh semua pihak.

Syabas Rumah Kuning! πŸ’›β˜€οΈ

πŸŒ™βœ¨ KEMBARA KE BAITULLAH – HAJI KIDS 2.0 βœ¨πŸŒ™Alhamdulillah, Permata MAIWP Hidayatul Mustaqimah telah menghantar 4 orang wak...
17/05/2026

πŸŒ™βœ¨ KEMBARA KE BAITULLAH – HAJI KIDS 2.0 βœ¨πŸŒ™

Alhamdulillah, Permata MAIWP Hidayatul Mustaqimah telah menghantar 4 orang wakil cilik bagi menyertai program Haji Kids 2.0 yang berlangsung di IDCC Shah Alam pada 16 Mei 2026. πŸ€πŸ•‹

β€’ Nurin Humaira
β€’ Aufiya Zinnirah
β€’ Muhammad Darwisy Ammar
β€’ Muhammad Adam Qayyum

Program simulasi haji ini memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang ibadah haji melalui aktiviti interaktif, pembelajaran praktikal serta simulasi digital yang menarik dan mesra kanak-kanak. Anak-anak berpeluang merasai pengalaman seperti berada di Tanah Suci melalui aktiviti niat ihram, tawaf, saie, melontar jamrah dan wukuf di Arafah. πŸ•‹βœ¨

Objektif program ini adalah untuk:

🌟 Memupuk kecintaan anak-anak terhadap Islam dan Baitullah sejak kecil
🌟 Memberi kefahaman asas tentang rukun dan perjalanan ibadah haji
🌟 Membentuk akhlak, disiplin serta semangat bekerjasama dalam kalangan anak-anak
🌟 Menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan melalui pengalaman simulasi sebenar dan digital

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan memberi inspirasi kepada anak-anak untuk menjadi generasi soleh dan solehah yang cintakan agama. ❀️






🌟 ALHAMDULILLAH & TAHNIAH ANAK-ANAK PERMATA MAIWP HIDAYATUL MUSTAQIMAH 🌟Pada 15 Mei 2026, Tadika Permata MAIWP Hidayatul...
16/05/2026

🌟 ALHAMDULILLAH & TAHNIAH ANAK-ANAK PERMATA MAIWP HIDAYATUL MUSTAQIMAH 🌟

Pada 15 Mei 2026, Tadika Permata MAIWP Hidayatul Mustaqimah telah menyertai Program & Aktiviti sempena Ceramah Umum bersama Sdr. Syamsul Debat yang berlangsung di Tapak Lapang Taman Beringin. ❀️

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anak-anak hebat yang telah menyertai pertandingan nasyid dan mewarna sepanjang program berlangsung. 🌸

Walaupun latihan untuk pertandingan nasyid dibuat dalam tempoh yang sangat singkat, iaitu kurang daripada 2 minggu, anak-anak tetap menunjukkan semangat luar biasa, keyakinan serta usaha yang bersungguh-sungguh sepanjang sesi latihan dan pertandingan. ✨

Seramai:
🎀 10 orang murid 5 tahun
🎀 10 orang murid 6 tahun

telah mewakili tadika dalam Pertandingan Nasyid Challenge bersama peserta daripada Tadika Perpaduan dan Little Caliphs cawangan Jinjang.

Alhamdulillah, segala usaha, doa dan kerjasama semua pihak telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan πŸ†

🌟 KEPUTUSAN PERTANDINGAN 🌟

🎢 Nasyid 5 Tahun β€” πŸ₯‡ TEMPAT PERTAMA
🎢 Nasyid 6 Tahun β€” πŸ₯‡ TEMPAT PERTAMA

🎨 Mewarna 5 Tahun β€” πŸ… TEMPAT KEEMPAT & πŸ₯ˆ TEMPAT KEDUA
🎨 Mewarna 6 Tahun β€” πŸ₯‡ TEMPAT PERTAMA

Kejayaan ini bukan sahaja hasil bakat dan keberanian anak-anak, tetapi juga hasil usaha guru-guru yang bertungkus-lumus melatih serta sokongan padu daripada ibu bapa yang sentiasa memberi semangat kepada anak-anak. πŸ’–

Kami amat bangga melihat anak-anak mampu memberikan persembahan terbaik walaupun masa persediaan sangat terhad. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan pembakar semangat untuk mereka terus mencipta kejayaan pada masa akan datang. 🌈

Tahniah sekali lagi kepada semua peserta, guru-guru dan ibu bapa atas kejayaan yang sangat membanggakan ini.
Permata kecil hari ini, insya-Allah menjadi kebanggaan ummah pada masa hadapan. 🌟










Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Bahagian Pembangunan Insan - BPI MAIWP
PERMATA MAIWP BPI
Persatuan Penduduk Taman Beringin

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah, bermulanya Hari Pertama Sesi Persekolahan 2026 buat anak-anak kecil yang penuh p...
12/01/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, bermulanya Hari Pertama Sesi Persekolahan 2026 buat anak-anak kecil yang penuh potensi dan harapan.

Setiap langkah yang diatur hari ini adalah permulaan kepada perjalanan menuntut ilmu, membina adab, sahsiah dan keyakinan diri.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha guru-guru, mempermudahkan urusan anak-anak, serta menjadikan tadika ini medan yang subur untuk melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan beriman.

Selamat datang ke alam persekolahan, anak-anak Permata MAIWP Hidayatul Mustaqimah. πŸ’œπŸŒ±

✨ Sambutan Maulidur Rasul 1447H ✨Anak-anak Permata MAIWP Hidayatul Mustaqimah telah bersama-sama menyemarakkan kecintaan...
11/09/2025

✨ Sambutan Maulidur Rasul 1447H ✨

Anak-anak Permata MAIWP Hidayatul Mustaqimah telah bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui perarakan sekitar Taman Beringin dengan penuh semangat.

πŸ“– Sambutan ini bukan sekadar perarakan, tetapi juga mengingatkan kita semua akan perjuangan, akhlak mulia dan kasih sayang Rasulullah SAW yang menjadi contoh sepanjang zaman.

πŸ’‘ Sesungguhnya, mencintai Rasulullah SAW adalah tanda kecintaan kita kepada Allah SWT. Marilah kita bersama menanamkan rasa cinta ini dalam diri anak-anak sejak kecil, agar mereka membesar dengan jiwa yang tenang, berakhlak mulia dan sentiasa meneladani sunnah Baginda.

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„Ω‡ ΩˆΨ΅Ψ­Ψ¨Ω‡ ΩˆΨ³Ω„Ω… 🀍

Pautan terus permohonan ke PM Hidayatul Mustaqimah
02/09/2025

Pautan terus permohonan ke PM Hidayatul Mustaqimah

Permohonan pendaftaran tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids telah dibuka.Jemput mohon.
01/09/2025

Permohonan pendaftaran tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids telah dibuka.

Jemput mohon.

Sambutan Ambang Merdeka Permata MAIWP Hidayatul Mustaqimah berlangsung dengan penuh semangat dan kegembiraan! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨Anak-an...
30/08/2025

Sambutan Ambang Merdeka Permata MAIWP Hidayatul Mustaqimah berlangsung dengan penuh semangat dan kegembiraan! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨
Anak-anak Permata MAIWP berarak dengan penuh bangga sambil mengibarkan Jalur Gemilang, menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air tercinta. Anak-anak juga sempat merakam kenangan di Beringin Street Art yang penuh warna-warni dan ceria.

Selepas itu, diadakan penilaian Pertandingan Topi Merdeka yang kreatif serta majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. πŸŽ‰

🌟 Objektif sambutan ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme, menyemai nilai perpaduan, serta menghayati makna kemerdekaan dalam diri anak-anak sebagai generasi pewaris bangsa.

Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi satu penghayatan terhadap erti kebebasan dan kecintaan kepada tanah air. πŸ‡²πŸ‡Ύ




Address

Jalan Niah 1, Taman Beringin
Jinjang
52000

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:30
Tuesday 08:00 - 14:30
Wednesday 08:00 - 14:30
Thursday 08:00 - 14:30
Friday 08:00 - 12:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permata Maiwp Hidayatul Mustaqimah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category