Prauniversiti SMK Bukit Payong, Besut

Prauniversiti SMK Bukit Payong, Besut Page Rasmi PPU SMKBP.

16/04/2026

Tahniah semua pelajar Semester 1 yang memperoleh keputusan cemerlang. Moga legasi kecemerlangan dapat diteruskan dengan izin Allah, bantuan para guru serta usaha yang tidak mengenal jemu dari anda semua.

Bersama Menjulang Kecemerlangan.
Together Towards Excellence💪💐





Alhamdulillah, tahniah Pasukan STPM dan seluruh warga SMK Bukit Payong atas kejayaan cemerlang dlm keputusan Peperiksaan...
16/04/2026

Alhamdulillah, tahniah Pasukan STPM dan seluruh warga SMK Bukit Payong atas kejayaan cemerlang dlm keputusan Peperiksaan STPM Semester 1 2026 yang telah diumumkn pada jam 10.00pg hari ini.

Alhamdulillah pasukan Prauniversiti SMK Bukit Payong, Besut telah berjaya menghasilkan:
- Seorang pelajar 4 flat (solid 5A):
Mas AnisFarhana binti Khairul Azwan
- Seorang pelajar Straight A's (dengan PNG 3.92):
Nurul Husna binti Hong Eng Yee
- 51.28% (20 daripada semua 39 calon STPM SMKBP 2026) mendapat PNG 3.00 dan ke atas.

Alhamdulillah, Syabas dan Tahniah semua👏💐✨





MAJLIS PERSARAAN CIKGU RAJULAINI BIN AB RAHMAN Pasukan Prauniversiti SMK Bukit Payong, Besut khususnya dan seluruh warga...
12/03/2026

MAJLIS PERSARAAN CIKGU RAJULAINI BIN AB RAHMAN

Pasukan Prauniversiti SMK Bukit Payong, Besut khususnya dan seluruh warga SMK Bukit Payong amnya kehilangan sebutir permata yang amat berharga dalam bidang Seni Visual dan juga Badan Disiplin Sekolah dengan bersaranya Cikgu Rajulaini bin Ab Rahman daripada bidang pendidikan secara rasminya pada hari ini.

Terima kasih atas segala jasa bakti dan pengorbanan Cikgu sepanjang Cikgu berbakti selama 22 tahun di SMK Bukit Payong, bermula dari tahun 2004. Selamat menikmati alam persaraan dan moga Cikgu terus berbahagia disamping keluarga yang tercinta😊





Peperiksaan STPM 2025 Ulangan 2 bagi kertas Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) U2. Terima kasih barisan pendidik Pra...
24/02/2026

Peperiksaan STPM 2025 Ulangan 2 bagi kertas Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) U2. Terima kasih barisan pendidik Prauniversiti SMK Bukit Payong, Besut sentiasa hadir memberi sokongan moral kepada semua calon PraU Semkip. Moga kejayaan cemerlang mengiringi anak-anak PraU nanti InshaAllah, aamiin🤲




Alhamdulillah, menemui titik noktah untuk subjek Ekonomi dengan berakhirnya kertas Ulangan 2 Ekonomi bagi pelajar STPM 2...
24/02/2026

Alhamdulillah, menemui titik noktah untuk subjek Ekonomi dengan berakhirnya kertas Ulangan 2 Ekonomi bagi pelajar STPM 2025. Moga segala kenangan pahit manis yang dikongsi bersama sepanjang 3 semester di Pusat PraUniversiti SMK Bukit Payong menjadi memori indah dan pengajaran buat kita semua dalam menghadapi hari mendatang memandangkan beberapa orang pelajar menduduki kertas Ekonomi sebagai kertas terakhir yang diambil mereka. Moga terus cemerlang di luar sana InshaAllah, aamiin🤲





Menghampiri titik noktah sebagai Pelajar STPM 2025; Pelajar-pelajar Semester 3 2025 menduduki kertas Peperiksaan Ulangan...
23/02/2026

Menghampiri titik noktah sebagai Pelajar STPM 2025; Pelajar-pelajar Semester 3 2025 menduduki kertas Peperiksaan Ulangan 2 Bahasa Melayu U2 pada hari ini bermula jam 8.00 hingga 9.30pagi. Moga beroleh keputusan yang cemerlang untuk semua calon Prauniversiti SMK Bukit Payong, Besut InshaAllah, aamiin🤲




23/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak daripadi kami Pasukan Prauniversiti SMK Bukit Payong, Besut. Moga segala ibadah kita diterima Allah InshaAllah, aamiin🤲




Program Khidmat Masyarakat Pelajar STPM Semester 2 Tahun 2026Sempena menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak, pelajar Prauni...
23/02/2026

Program Khidmat Masyarakat Pelajar STPM Semester 2 Tahun 2026

Sempena menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak, pelajar Prauniversiti SMK Bukit Payong, Besut telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat yang telah diadakan di Masjid Kampung Bukit Payong Besut.

Tarikh: 16 Februari 2026
Hari: Isnin
Masa: 8.30 - 11.30 pagi

Moga beroleh keberkatan dan memberi keselesaan kepada seluruh jemaah Masjid Bukit Payong untuk menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadhan yang mulia.




16/10/2025




PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PELAJAR STPM 2025/2026Alhamdulillah, Program Khidmat Masyarakat Pelajar STPM 2025/2026 hari n...
16/10/2025

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PELAJAR STPM 2025/2026

Alhamdulillah, Program Khidmat Masyarakat Pelajar STPM 2025/2026 hari ni yang telah diadakan di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu telah berlangsung dgn jayanya yang turut dihadiri oleh Tuan Pengetua, Cikgu Hamrizan bin Ab Hamid. Terima kasih atas kerjasama daripada semua🥰.
Syabas dan Tahniah atas kejayaan program pada hari ini💐✨✨





Syabas dan Tahniah kepada Pasukan MUET Prauniversiti SMK Bukit Payong, Besut khasnya dan seluruh warga SMK Bukit Payong ...
15/10/2025

Syabas dan Tahniah kepada Pasukan MUET Prauniversiti SMK Bukit Payong, Besut khasnya dan seluruh warga SMK Bukit Payong atas Keputusan Cemerlang yang telah dicapai dalam Peperiksaan MUET Sesi 2 tahun 2025 yang telah diumumkan secara rasminya pada hari ni.

Alhamdulillah, kita berjaya Memecahkan Rekod Baru🥳 di mana Semua Pelajar kita telah berjaya mencapai minimum Band 3 dan ke atas, tiada pelajar yang mencapai Band 2.5 seperti tahun sebelumnya yang merupakan Pencapaian Terbaik MUET Keseluruhan bagi Sekolah kita semenjak silibus baru MUET diperkenalkan pada 2021.

Moga legasi kecemerlangan Pasukan STPM kita dapat diteruskan dibawah kepimpinan Tuan Pengetua, Cikgu Hamrizan Ab Hamid, PK Pentadbiran Cikgu Mohd Zaini Mustafa dan PK Tingkatan 6 Sir Saifuddin Muhammad.
💪💐💐
✨✨✨✨✨✨✨






Address

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong
Jertih
22010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Prauniversiti SMK Bukit Payong, Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category