04/09/2025
Wakaf Sahabat Rasulullah SAW: Kebun Saidina Umar al-Khattab
Amalan berwakaf amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya, ini dapat dilihat melalui hadis daripada Ibni Umar r.a. dia berkata: Umar RA telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi SAW untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud:
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?”
Maka sabda Rasulullah SAW kepadanya yang bermaksud:
“Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.”
Maka Umar pun sedekahkan manfaatnya dengan syarat tanah (maukuf) itu tidak boleh dijualbeli, tidak dihibahkan (beri) dan tidak diwariskan (dipusakai). Tanah itu diwakafkan ke atas fakir miskin, kaum kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil dan tetamu. Dan tidak ada halangan bagi orang yang menguruskan (yang diberi kuasa menjaganya yakni Nazir) untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang wajar dan mengambil upahnya tanpa menganggap bahawa tanah itu miliknya sendiri.
Sudahkah anda berwakaf hari ini? Ayuh berwakaf, bermula serendah RM30 pun boleh! Layari
https://ftrexclusive.shop/order/form/WakafBukuFTR2/hafizfakri untuk berwakaf sekarang.