Sekolah Rendah Islam Darul Furqan Besut Terengganu

Sekolah Rendah Islam Darul Furqan Besut Terengganu Sekolah Rendah Islam Darul Furqan Besut
SRIDAF
Pusat Pengajian Al Furqan
Madrasah Darul Furqan Besut

26/05/2026

✨ Aktiviti Pengukuhan Bahasa Arab SRIDAF 2026 ✨

Pada 21 Mei 2026 (Khamis), Kelab Persatuan Bahasa Arab telah mengadakan Aktiviti Pengukuhan Bahasa Arab dengan permainan teka warna Bahasa Arab.

Program ini bertujuan meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Arab melalui aktiviti pembelajaran yang menarik dan interaktif.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.



✨ Sambutan Hari Guru SRIDAF 2026 ✨Pada 20 Mei 2026 (Rabu) telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat SRIDAF 2026 den...
26/05/2026

✨ Sambutan Hari Guru SRIDAF 2026 ✨

Pada 20 Mei 2026 (Rabu) telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat SRIDAF 2026 dengan meriah.

Sambutan ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para guru atas jasa dan pengorbanan dalam mendidik murid-murid.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.



✨ Program Simulasi Haji Peringkat SRIDAF 2026 ✨Pada 18 Mei 2026 telah berlangsung Program Simulasi Haji Peringkat Sekola...
22/05/2026

✨ Program Simulasi Haji Peringkat SRIDAF 2026 ✨

Pada 18 Mei 2026 telah berlangsung Program Simulasi Haji Peringkat Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) dengan jayanya.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang tatacara ibadah haji secara praktikal agar mereka lebih memahami rukun dan amalan haji dengan lebih jelas.

Sepanjang program berlangsung, murid-murid menunjukkan kerjasama, disiplin dan penglibatan yang baik dalam setiap aktiviti simulasi seperti tawaf, saie dan melontar jamrah.

Diharapkan program ini dapat memberi pengalaman bermakna serta memupuk penghayatan terhadap ibadah dalam kalangan murid.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.



20/05/2026
💫💫💫PART 2✨ Kejohanan Sukan Peringkat SRIDAF 2026 ✨Pada 5 hingga 7 Mei 2026 sedang berlangsung Kejohanan Sukan Peringkat ...
13/05/2026

💫💫💫
PART 2

✨ Kejohanan Sukan Peringkat SRIDAF 2026 ✨

Pada 5 hingga 7 Mei 2026 sedang berlangsung Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF).

Program dimulakan dengan sesi latihan sukan pada 3 dan 4 Mei 2026, diikuti dengan kejohanan rasmi bermula 5 hingga 7 Mei 2026.

Sepanjang tempoh ini, murid-murid menunjukkan komitmen tinggi, disiplin serta semangat berpasukan yang membanggakan dalam setiap acara yang disertai.

Selain memupuk gaya hidup sihat, kejohanan ini turut menjadi platform untuk mencungkil bakat, mengasah kemahiran serta membina keyakinan diri dalam kalangan murid. Nilai kerjasama, kepimpinan dan semangat kesukanan juga dapat diterapkan secara menyeluruh.

Diharapkan program seperti ini dapat terus melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek, selaras dengan aspirasi pendidikan sekolah.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak khususnya ibu bapa dalam menjayakan program ini.




✨ Kejohanan Sukan Peringkat SRIDAF 2026 ✨Pada 5 hingga 7 Mei 2026 sedang berlangsung Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah R...
13/05/2026

✨ Kejohanan Sukan Peringkat SRIDAF 2026 ✨

Pada 5 hingga 7 Mei 2026 sedang berlangsung Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF).

Program dimulakan dengan sesi latihan sukan pada 3 dan 4 Mei 2026, diikuti dengan kejohanan rasmi bermula 5 hingga 7 Mei 2026.

Sepanjang tempoh ini, murid-murid menunjukkan komitmen tinggi, disiplin serta semangat berpasukan yang membanggakan dalam setiap acara yang disertai.

Selain memupuk gaya hidup sihat, kejohanan ini turut menjadi platform untuk mencungkil bakat, mengasah kemahiran serta membina keyakinan diri dalam kalangan murid. Nilai kerjasama, kepimpinan dan semangat kesukanan juga dapat diterapkan secara menyeluruh.

Diharapkan program seperti ini dapat terus melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek, selaras dengan aspirasi pendidikan sekolah.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak khususnya ibu bapa dalam menjayakan program ini.




💫BENGKEL DINIAH UPSRI 2026💫Bermula hari Isnin hingga Rabu, (11-13 Mei 2026), telah berlangsung Bengkel Teknik Menjawab S...
11/05/2026

💫BENGKEL DINIAH UPSRI 2026💫

Bermula hari Isnin hingga Rabu, (11-13 Mei 2026), telah berlangsung Bengkel Teknik Menjawab Soalan bagi Subjek Diniah yang melibatkan murid-murid Tahun 5 sahaja.

Program ini bertujuan untuk:
📌 Memberi pendedahan tentang format soalan peperiksaan.
📌 Membimbing murid mengenal pasti kata kunci dalam soalan.
📌 Melatih murid menjawab soalan dengan tepat dan sistematik.
📌 Meningkatkan keyakinan serta prestasi murid dalam peperiksaan.

Alhamdulillah, murid-murid memberikan kerjasama yang sangat baik dan menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang bengkel dijalankan.

✨ Bengkel Akademik UPSRI 2026 ✨Pada 27 hingga 29 April 2026 (Isnin hingga Rabu) sedang berlangsung Seminar Teknik Menjaw...
11/05/2026

✨ Bengkel Akademik UPSRI 2026 ✨

Pada 27 hingga 29 April 2026 (Isnin hingga Rabu) sedang berlangsung Seminar Teknik Menjawab Soalan Akademik sempena Bengkel Akademik UPSRI 2026.

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang teknik dan strategi menjawab soalan dengan lebih berkesan, di samping meningkatkan keyakinan serta persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan.

Sepanjang bengkel ini, murid-murid didedahkan dengan pelbagai pendekatan menjawab soalan, pengurusan masa yang baik serta tips penting untuk memperoleh markah yang cemerlang.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh murid dalam meningkatkan prestasi akademik masing-masing.




26/04/2026

🔥 Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) 2026 🔥

Alhamdulillah, pada 20 April 2026 (Isnin) telah berlangsung Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) di Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) dengan lancar dan teratur.

Latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan serta melatih mereka untuk keluar dari bangunan dengan cepat, selamat dan berdisiplin.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Balai Bomba Kota Putera atas kesudian hadir dan memberikan tunjuk ajar sepanjang latihan dijalankan.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan latihan ini. Semoga semua warga sekolah sentiasa bersedia, peka dan mengutamakan keselamatan.




Address

Kampung Batu Tumbuh
Jerteh
22200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Darul Furqan Besut Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Darul Furqan Besut Terengganu:

Shortcuts

Share