10/08/2026
MAJLIS PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 2026
🗓️9 OGOS 2026(AHAD)
⏰7.45 PG-8.45 PG
📍DEWAN AL-KHAWARIZMI
✅Penyelaras:
Cg Wan Ahmayazam binti Wan Mustaffa
ALHAMDULILLAH
"MALAYSIA MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"
Saban tahun, Sambutan Bulan Kebangsaan menjadi salah satu daripada momen yang dinanti-nantikan oleh warga sekolah terutamanya anak-anak yang baik lagi cerdik ini.
Bukan sekadar melaungkan kalimah Merdeka!
Bukan hanya laungan lagu patriotik bergema!
Bukan juga jalur gemilang dikibar semata!
Tetapi ini perjuangan kita bersama!
Kemerdekaan dan perjuangan tanah air yang diwarisi ini,
Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan memeliharanya setiap inci,
Tuan Guru Besar sepenuh hati berharap agar segala aktiviti yang dilaksanakan dalam Sambutan Bulan Kebangsaan ini bukan sekadar pengisian semata,
Tetapi semarak rasa cintakan negara dapat disemai dan dipupuk seawal usia hingga bila-bila,
Selagi hayat dikandung badan.
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
"MALAYSIA MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"
" Cemerlang Dalam Genggaman"
📸Cg Sarini, Ustzh Kamilah & Wan Nur Sara Eryna ( Kru SKBK Channel)