PPKI SK Seberang Jerteh

PPKI SK Seberang Jerteh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PPKI SK Seberang Jerteh, School, SK Seberang Jerteh, Besut, Jerteh.

03/09/2022
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !Semoga anak-anak PPKI SK Seberang Jerteh terus bersemangat untuk belajar bagi sesi akademik ...
21/03/2022

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !

Semoga anak-anak PPKI SK Seberang Jerteh terus bersemangat untuk belajar bagi sesi akademik 2022/2023.

PENERIMA ANUGERAH DAN PENGHARGAANTahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Kokurikulum, Pengajaran dan Pembelajaran di ...
25/02/2022

PENERIMA ANUGERAH DAN PENGHARGAAN

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Kokurikulum, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) PPKI Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh.

Setiap kanak-kanak di Malaysia mempunyai hak untuk belajar dan berjaya selaras dengan konsep "Pendidikan Untuk Semua" yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semoga permata PPKI SKSJ terus cemerlang.

WARGA PENDIDIK RAI KECEMERLANGAN ANAK-ANAK PPKIPermata istimewa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangs...
25/02/2022

WARGA PENDIDIK RAI KECEMERLANGAN ANAK-ANAK PPKI

Permata istimewa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh diraikan atas kejayaan dan prestasi yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

Antara anugerah yang disampaikan ialah :
• Murid Terbaik PdPR
• Ibu bapa Terbaik PdPR
• Murid Terbaik PBD
• Anugerah Kokurikulum

Turut diraikan murid-murid yang akan menamatkan alam sekolah rendah.

Terima kasih kepada barisan pentadbir, warga pendidik dan semua ibu bapa atas kecaknaan dan sokongan yang menjadi pemangkin kecemerlangan anak-anak PPKI.

MAJLIS APRESIASI PPKI SK SEBERANG JERTEH
24/02/2022

MAJLIS APRESIASI PPKI SK SEBERANG JERTEH

SUASANA TENANG DAN CERIA PADA HARI PERTAMA PERSEKOLAHANPengoperasian pembukaan sekolah bagi kelas Pendidikan Khas Integr...
03/10/2021

SUASANA TENANG DAN CERIA PADA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Pengoperasian pembukaan sekolah bagi kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan pematuhan SOP secara maksima.

Saringan suhu badan dan pemakaian pelitup muka dipatuhi dengan baik. Aspek pengudaraan yang baik di dalam bilik darjah juga dipatuhi. Keadaan di dalam bilik darjah juga teratur dengan penjarakan fizikal.

Kami barisan guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) sentiasa berusaha sehabis baik untuk memastikan sesi persekolahan secara bersemuka ini berjalan dengan lancar serta selamat.

Sama-sama kita berusaha dan berdoa semoga urusan persekolahan anak-anak kita berlangsung dengan baik.

02/10/2021
PERSIAPAN PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAHTerima kasih kepada guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang membantu...
02/10/2021

PERSIAPAN PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH

Terima kasih kepada guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang membantu dalam membuat persiapan untuk menyambut kedatangan anak-anak permata PPKI SK Seberang Jerteh.

Persekitaran pembelajaran yang kondusif dikekalkan dengan pematuhan SOP secara maksima.

KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2021Pencapaian murid Program Pendidikan Khas In...
15/09/2021

KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2021

Pencapaian murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh buat pertama kali dalam Pertandingan Tarian Rampaian Kategori Sekolah Rendah.

Bakat digilap, potensi terserlah.
Tahniah diucapkan.

From being special to excellent.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANGGuru dan Pembantu Pengurusan Murid PPKI Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh yang menerima ...
05/09/2021

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Guru dan Pembantu Pengurusan Murid PPKI Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020.

1. Cikgu Alwanie binti Salleh
2. Puan Che Fazila binti Che Awang

Sederap Sehaluan Menuju Kecemerlangan

VIRTUAL RUN PENDIDIKAN KHAS TERENGGANU 2021Tahniah diucapkan kepada adik Nurul Dania Balqis binti Stimat dari PPKI Sekol...
16/08/2021

VIRTUAL RUN PENDIDIKAN KHAS TERENGGANU 2021

Tahniah diucapkan kepada adik Nurul Dania Balqis binti Stimat dari PPKI Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh atas pencapaian Tempat ke-6 dalam kejohanan ini.

Kejohanan ini berlangsung pada 12 Ogos 2021 secara maya menggunakan aplikasi Strava.

Pandemik COVID-19 bukan penghalang untuk mencipta kejayaan. Kejayaan anda kebanggaan kami.

Address

SK Seberang Jerteh, Besut
Jerteh
22000

Telephone

+6096975229

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKI SK Seberang Jerteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PPKI SK Seberang Jerteh:

Shortcuts

Share

Category