Perkampungan Ubudiyyah Pondok Pasir Akar

Perkampungan Ubudiyyah Pondok Pasir Akar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkampungan Ubudiyyah Pondok Pasir Akar, School, Lot 797, Jerteh.

CINTA YANG BENAR IALAH MENGIKUTI SUNNAH NABI MUHAMMAD“ مَنْ أَحَبَّ سُنَّتِي فَقَدْ أَحَبَّنِي، وَمَنْ أَحَبَّنِي كَانَ ...
23/04/2026

CINTA YANG BENAR IALAH MENGIKUTI SUNNAH NABI MUHAMMAD

“ مَنْ أَحَبَّ سُنَّتِي فَقَدْ أَحَبَّنِي، وَمَنْ أَحَبَّنِي كَانَ مَعِي فِي الْجَنَّةِ “

Barangsiapa mencintai sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku. Dan barangsiapa mencintaiku, dia akan bersamaku di syurga

(Riwayat al-Tirmizi)

Jom hidupkan sunnah Nabi dalam kehidupan harian.
Tak perlu tunggu sempurna, mula dengan yang kecil, insyaAllah besar nilainya di sisi Allah 🤍

Alhamdulillah, meriah sungguh sambutan Hari Raya kali ini 😊✨Bermula dengan Bacaan Maulid yang menenangkan jiwa, diikuti ...
15/04/2026

Alhamdulillah, meriah sungguh sambutan Hari Raya kali ini 😊✨

Bermula dengan Bacaan Maulid yang menenangkan jiwa, diikuti tausiah santai tapi penuh makna daripada Tuan Mudir. Selepas itu, kita sama-sama menikmati jamuan makan sambil mengeratkan ukhuwah 🤝🍽

Tambah berseri dengan kehadiran YB Hulu Besut yang turut bersama memeriahkan majlis 🙌

Semoga kebersamaan ini terus menguatkan silaturrahim dan membawa keberkatan buat kita semua ❤️

Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin 🌙

15/04/2026
14/04/2026
16 / 3 / 2026 - Isnin Alhamdulillah, telah selesai berlangsung Program Khatam Al-Quran yang disertai oleh para pelajar d...
16/03/2026

16 / 3 / 2026 - Isnin

Alhamdulillah, telah selesai berlangsung Program Khatam Al-Quran yang disertai oleh para pelajar dengan penuh penghayatan dan keberkatan.

Majlis turut diserikan dengan Penyampaian Anugerah kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan kecemerlangan serta kesungguhan dalam pembelajaran sepanjang sesi ini.

Tidak ketinggalan juga agihan duit raya kepada para pelajar sebagai tanda penghargaan dan kegembiraan sempena bulan Syawal yang bakal menjelang.

Utk makluman , para pelajar akan pulang cuti raya pada harini selama 3 minggu . Semoge pelajar-pelajar boleh memanfaatkan cuti yang diberikan

Semoga segala usaha dan program yang dijalankan ini menjadi asbab untuk melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran serta berakhlak mulia.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua Asatizah , Warga emas serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga Allah memberkati segala usaha kita. 🤲✨

Bismillah , Assalamualaikum Sahabat semua. , Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, pihak pondok membuka peluang ...
05/02/2026

Bismillah ,
Assalamualaikum Sahabat semua. ,

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, pihak pondok membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama menyumbang melalui Infaq Ramadhan bagi tajaan iftar dan sahur.

Sumbangan ini bertujuan membantu penyediaan makanan berbuka puasa dan sahur sepanjang bulan Ramadhan serta memberi manfaat kepada warga Pondok Pasir Akar .

✨ “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa.” (HR. Tirmizi)

Marilah kita sama-sama merebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan yang penuh keberkatan ini.

Sebarang sumbangan amat dialu-alukan dan semoge Allah membalas dengan ganjaran yang terbaik .

08/12/2025

Jom daftar segera...

Kemasukan adalah terhad...

Assalamualaikum..."JOM BERMALAM DI PONDOK" kembali lagi..InsyaAllah.. Pihak Pondok Pasir Akar akan mengadakan program JO...
07/12/2025

Assalamualaikum...

"JOM BERMALAM DI PONDOK" kembali lagi..

InsyaAllah..

Pihak Pondok Pasir Akar akan mengadakan program JOM BERMALAM DI PONDOK sempena cuti sekolah yang akan datang seperti mana yang pernah dilakukan pada tahun-tahun yang lepas.

Jom isikan masa cuti anak-anak dengan ilmu agama, perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat..

Utk keterangan lanjut sila hubungi..
Ust Jad :- 011-19818149
Ust Eil. :- 014-5230727

24/11/2025

CARA MENJADI MAKMUM MASBUQ DALAM SHALAT JENAZAH

Pagi ini saya ngaji dgn anak² satri ttg ma'mum masbuq dalam shalat jenazah. Bgini kesimpulannya, smg bermanfaat:

Apabila anda datang terlambat saat imam shalat jenazah sdh takbir ke 2 atau ke 3. Maka jgn menunggu imam selesai shalat. Langsung saja bermakmum, dan setelah takbir dilanjutkan membaca al fatihah.

Artinya si makmum membaca bacaan sesuai urutannya sendiri. Kemudian jika imam takbir selanjutnya sblum makmum masbuq selesai membca al fatihah, maka gugurlah bacaan al fatihahya (tdk perlu meneruskan bacaan fatihahnya).

Hal ini disamakan saat imam rukuk dalam shalat biasa, maka makmum masbuq lgsung ruku dan tidak perlu membaca al fatihah.

Kemudian stlah imam salam, maka makmum masbuq menyempurnakan shalat jenazahya sendiri.

Sumber: Kitab Kifayatul Akhyar 1/168.

AlhamdulillahHari ini warga Pondok Perkampungan ’Ubudiyyah telah menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Bomba Dan Pen...
03/11/2025

Alhamdulillah

Hari ini warga Pondok Perkampungan ’Ubudiyyah telah menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Balai Jerteh bagi mengadakan Ceramah & Demonstrasi pemadaman kebakaran.

Program ini sangat bermanfaat dalam memberi pendedahan kepada para pelajar dan warga pondok tentang langkah-langkah keselamatan serta cara menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran.

Semoga ilmu yang diperoleh hari ini memberi manfaat dan dapat dipraktikkan jika diperlukan.

Address

Lot 797
Jerteh
22000

Telephone

+60132686667

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkampungan Ubudiyyah Pondok Pasir Akar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category