02/08/2024
Copy Paste dari Muhammad Ooi
Allah tidak ampunkan dosa syirik. Dosa lain-lain akan diampunkan. Ayat berikut beri isyarat kepada kita betapa pentingnya pastikan hati dan amalan kita tidak dijangkiti penyakit syirik kepada Allah.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar." Surah An-Nisa 48.
----
Sekolah menengah dulu, pernah seorang muslim datang ke rumah saya dan dapatkan 'rawatan' & jampi daripada ayah saya.
Menangis-nangis saya di sebalik ruang tamu rumah, melihat keadaan itu. Saya tak berani bercakap apa-apa, mencelah ketika itu.
Ayah saya bukanlah bomoh, tapi ayah sangat komited dengan urusan agamanya ketika itu. Tak pernah ayah buka khidmat sebagai bomoh. Cumanya, orang itu yang datang minta ayah buat upcara keagamaan ketika itu.
----
Alhamdulillah, saya sempat ajarkan ayat mengucap syahadah. Ayah ketika itu sudah tidak lagi buat aktiviti keagamaan seperti dahulu. Saya sentiasa doakan agar Allah ampunkan dosa ayah dan mendapat redhaNya.
----
Hati saya sangat luka, sedih, marah, bercampur-campur apabila melihat saudara muslim 'bermain-main' di tebing yang bahaya, bila-bila boleh jatuh syirik dan sangat sukar bangkit kembali.
Melalui pengalaman dan pemerhatian, saya nak bagi tahu tuan-tuan, seorang muslim yang terlibat dengan aktiviti dan kepercayaan syirik seperti gunakan khidmat bomoh, kepercayaan khurafat dan seumpamanya...dia lagi sukar nak keluar dari belenggu itu, berbanding seorang yang asalnya non muslim.
Seorang muslim itu, terutamanya yang sudah berusia dan nampak Islamik..dia ada ego yang tinggi dan sombong. Dia rasakan dirinya benar (sedangkan dia terlibat hal-hal syirik), dia enggan terima nasihat dan teguran. Maka dia sukar nak kembali ke pangkal jalan.
Manakala, seorang non muslim dan masuk Islam...dia lebih mudah tinggalkan saki baki syirik itu. Dia tolak semuanya sekali dan terima akidah Islam. Dia rasa dirinya banyak tak tahu dan sanggup terima nasihat untuk hijrah ke akidah Islam.
Semoga kita mati dalam akidah yang benar, tidak syirik kepada Allah.
Rugi amal berpuluh tahun, pegi haji umrah, sedekah, solat, tetapi berisiko dosa syirik tidak diampunkan kerana enggan tinggalkan syirik kepada Allah.