Politeknik Besut Terengganu

Politeknik Besut Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Politeknik Besut Terengganu, Campus Building, Politeknik Besut Terengganu, Jalan Bukit Keluang, Jerteh.
(1)

24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ๐ŸŒ™

12 Rabiulawal 1448H
โ€œUmmah Rabbani Negara Harmoniโ€

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ๏ทบ

Salam penuh kecintaan dan penghormatan dalam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang membawa rahmat dan petunjuk kepada seluruh umat manusia.






๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ๐ŸŒ™12 Rabiulawal 1448Hโ€œUmmah Rabbani Negara Harmoniโ€ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ๐ŸŒ™

12 Rabiulawal 1448H
โ€œUmmah Rabbani Negara Harmoniโ€

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ๏ทบ

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, Pengarah dan seluruh warga Politeknik Besut Terengganu merakamkan salam penuh kecintaan dan penghormatan dalam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang membawa rahmat dan petunjuk kepada seluruh umat manusia.

โœจ MENELUSURI SIRAH RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW dilahirkan di Kota Makkah pada Tahun Gajah. Sejak kecil, Baginda telah melalui pelbagai ujian kehidupan apabila kehilangan ayahanda sebelum dilahirkan dan bondanya ketika masih kecil. Baginda kemudiannya dibesarkan di bawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib, sebelum dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Pada usia 40 tahun, Baginda menerima wahyu pertama melalui Malaikat Jibril AS di Gua Hiraโ€™, menandakan bermulanya perjuangan dakwah menyampaikan risalah Islam. Walaupun berhadapan tentangan, penghinaan dan pelbagai ujian, Rasulullah SAW terus berdakwah dengan penuh kesabaran, kebijaksanaan dan kasih sayang.

Peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah menjadi titik penting dalam perkembangan Islam. Di Madinah, Baginda bukan sahaja memimpin umat dalam soal agama, malah membina sebuah masyarakat yang berteraskan keadilan, persaudaraan, toleransi dan keharmonian.

Sirah Rasulullah SAW mengajar kita bahawa kekuatan sesebuah ummah bukan hanya terletak pada ilmu dan kemajuan, tetapi turut dibina melalui akhlak, amanah, kasih sayang, kesabaran serta kesatuan hati.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi ruang untuk kita kembali menghayati sirah Baginda, memperbanyakkan selawat dan menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan, pekerjaan serta hubungan sesama manusia.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ๏ทบ

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M
โ€œUmmah Rabbani Negara Harmoniโ€

Tulus ikhlas daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga
Politeknik Besut Terengganu






๐Ÿ•Œ SEDANG BERLANGSUNG | CERAMAH MAULIDUR RASUL 1447H / 2026M ๐Ÿ•ŒSedang berlangsung Ceramah Maulidur Rasul bersempena Sambut...
24/08/2026

๐Ÿ•Œ SEDANG BERLANGSUNG | CERAMAH MAULIDUR RASUL 1447H / 2026M ๐Ÿ•Œ

Sedang berlangsung Ceramah Maulidur Rasul bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H / 2026M di Politeknik Besut Terengganu.

Ceramah membawa para hadirin menyelami kisah-kisah kehidupan dan perjalanan Rasulullah SAW, bermula daripada kehidupan Baginda, perjuangan menyebarkan syiar Islam, cabaran serta pengorbanan yang ditempuhi, sehinggalah kepada keindahan akhlak dan kepimpinan Baginda yang menjadi teladan terbaik buat seluruh umat.

Perkongsian ini diharapkan dapat memberi penghayatan yang lebih mendalam terhadap sirah Rasulullah SAW, sekali gus menyemai rasa cinta dan rindu kepada Baginda serta mendorong warga PoliBesut untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

โ€œMeneladani Akhlak Rasulullah SAW, Membina Ummah Madaniโ€

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ๏ทบ

๐Ÿ•Œ SEDANG BERLANGSUNG | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H / 2026M ๐Ÿ•Œ24 OGOS 2026 | ISNINSedang berlangsung Sambutan Maulidur R...
24/08/2026

๐Ÿ•Œ SEDANG BERLANGSUNG | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H / 2026M ๐Ÿ•Œ

24 OGOS 2026 | ISNIN

Sedang berlangsung Sambutan Maulidur Rasul 1447H / 2026M anjuran Rakan Pusat Islam, Politeknik Besut Terengganu.

Program dimulakan dengan pendaftaran para pelajar, diikuti perarakan Maulidur Rasul mengelilingi kawasan Politeknik Besut Terengganu sebagai tanda kecintaan dan penghormatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sambutan turut diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dalam usaha menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW serta menerapkannya dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan ini dapat menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memperkukuh ukhuwah serta membentuk warga yang berakhlak mulia dan berteraskan nilai-nilai Islam.

โ€œMeneladani Akhlak Rasulullah SAW, Membina Ummah Madaniโ€

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ๏ทบ





๐Ÿ๐Ÿ”ฅ SUKBEST VOLLEYBALL 2026 | LETโ€™S SPIKE! ๐Ÿ”ฅ๐ŸDebaran SUKBEST 2026 diteruskan dengan aksi VOLLEYBALL LELAKI & PEREMPUAN! ๐Ÿ’ฅ...
23/08/2026

๐Ÿ๐Ÿ”ฅ SUKBEST VOLLEYBALL 2026 | LETโ€™S SPIKE! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ

Debaran SUKBEST 2026 diteruskan dengan aksi VOLLEYBALL LELAKI & PEREMPUAN! ๐Ÿ’ฅ

Jom warga Politeknik Besut Terengganu turun beramai-ramai ke gelanggang untuk menyaksikan aksi sengit dan memberikan sokongan padu kepada semua pasukan yang bertanding! ๐Ÿ™Œ๐Ÿป๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ PERLAWANAN LELAKI
๐Ÿ“… Ahad | 23 Ogos 2026
โฐ 5.00 Petang

โšก Pasukan Bertanding:
โ€ข Early Bird
โ€ข Ular Lidi
โ€ข Naga Air
โ€ข Net Warriors

๐Ÿ PERLAWANAN PEREMPUAN
๐Ÿ“… Isnin | 24 Ogos 2026
โฐ 5.00 Petang

โšก Pasukan Bertanding:
โ€ข Passenger Incess
โ€ข Diva Spiker
โ€ข Six & Chill
โ€ข DDC The Club

๐Ÿ“ Lokasi: Court Volleyball, Politeknik Besut Terengganu

๐Ÿ“ฃ JANGAN TENGOK DARI JAU!
Turun ke court, bawa semangat dan gegarkan gelanggang dengan sorakan anda! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Jumpa di court! ๐Ÿโšก







๐Ÿ“ข KARNIVAL LINDUNG KERJAYA MYFUTUREJOBS NEGERI TERENGGANU 2026Peluang kerjaya untuk anda! ๐Ÿ’ผโœจPERKESO Negeri Terengganu ak...
23/08/2026

๐Ÿ“ข KARNIVAL LINDUNG KERJAYA MYFUTUREJOBS NEGERI TERENGGANU 2026

Peluang kerjaya untuk anda! ๐Ÿ’ผโœจ

PERKESO Negeri Terengganu akan menganjurkan Karnival Lindung Kerjaya MYFutureJobs Negeri Terengganu 2026 yang menawarkan peluang temu duga terbuka bersama pelbagai majikan.

๐Ÿ“… Tarikh: 29 & 30 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Aras 2, KTCC Mall, Kuala Terengganu

Karnival ini menghimpunkan kira-kira 50 majikan dengan tawaran lebih 3,000 kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang.

Antara majikan yang terlibat termasuk:
โœ… Bank Pertanian Malaysia Berhad
โœ… Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.
โœ… Perhentian Marriott Resort & Spa
โœ… Top Glove Corporation Berhad
โœ… Pacific Grocer & Department Store Sdn. Bhd.
โœ… Panasonic Appliances Air-Conditioning (M) Sdn. Bhd.
dan banyak lagi.

๐ŸŽฏ Pelajar tahun akhir, graduan dan alumni Politeknik Besut Terengganu yang sedang mencari peluang pekerjaan amat digalakkan untuk hadir dan merebut peluang ini.

๐Ÿ“Œ Bawa bersama resume terkini dan dokumen berkaitan untuk memudahkan urusan temu duga.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu terus dengan bakal majikan dan meneroka peluang kerjaya anda!

Jom hadir ke Karnival Lindung Kerjaya MYFutureJobs Negeri Terengganu 2026!









๐Ÿธ SEDANG BERLANGSUNG | SUKBEST โ€™26 ๐ŸธAksi Badminton Mixed Doubles kini sedang berlangsung sempena Karnival Sukan Politekn...
22/08/2026

๐Ÿธ SEDANG BERLANGSUNG | SUKBEST โ€™26 ๐Ÿธ

Aksi Badminton Mixed Doubles kini sedang berlangsung sempena Karnival Sukan Politeknik Besut Terengganu (SUKBEST โ€™26)! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“ Pusat Sukan, Politeknik Besut Terengganu

Para pemain sedang berentap mempamerkan kemahiran, ketangkasan dan semangat kesukanan dalam merebut kemenangan bagi acara Mixed Doubles. ๐Ÿ’ช๐Ÿธ

Ayuh warga Politeknik Besut Terengganu, sama-sama kita meriahkan SUKBEST โ€™26 dan berikan sokongan kepada para pemain yang bertanding!

Semoga berjaya & selamat berjuang! ๐Ÿ†








๐Ÿ†โœจ POLITEKNIK BESUT TERENGGANU FINALIS INTERNATIONAL DESIGN AWARD (IDeA) FASHION 202619โ€“20 OGOS 2026 | POLITEKNIK IBRAHI...
20/08/2026

๐Ÿ†โœจ POLITEKNIK BESUT TERENGGANU FINALIS INTERNATIONAL DESIGN AWARD (IDeA) FASHION 2026

19โ€“20 OGOS 2026 | POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, JOHOR

Telah berlangsung International Design Award (IDeA) Fashion 2026 bertemakan โ€œThreads of Johor: Threads of Tomorrowโ€ di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor.

Politeknik Besut Terengganu (PoliBesut) dengan bangganya berjaya melangkah sebagai finalis akhir pertandingan menerusi koleksi fesyen batik bertajuk โ€œNIRMALA HERITAGEโ€. โœจ

Koleksi ini dipertandingkan oleh dua orang pelajar Diploma Rekabentuk Fesyen Batik (DBF), Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual, iaitu:

๐Ÿ‘— Ainul Barirah Syamimi binti Saidi
๐Ÿ‘— Fatin Afiqah binti Mohd Rusli

di bawah bimbingan:

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ En. Muhamad Aeree bin Abu Bakar
Pensyarah, Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual
Politeknik Besut Terengganu

Kejayaan melangkah ke peringkat final ini menjadi satu pencapaian membanggakan buat PoliBesut, khususnya dalam mengetengahkan kreativiti, inovasi dan identiti warisan melalui rekaan fesyen batik kontemporari di pentas pertandingan reka bentuk.

Semoga pengalaman dan pencapaian ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus berani berkarya, meneroka idea baharu serta mengangkat seni, fesyen dan warisan batik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Tahniah kepada para pelajar dan pensyarah penyelia atas pencapaian membanggakan ini! ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ†





๐Ÿช–๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TEMUDUGA AKHIR DAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH PERAJURIT MUDA PLAS TUDM POLITEKNIK BESUT SIRI 1/202620 OGOS 2026 | KHAMISPo...
20/08/2026

๐Ÿช–๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TEMUDUGA AKHIR DAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH PERAJURIT MUDA PLAS TUDM POLITEKNIK BESUT SIRI 1/2026

20 OGOS 2026 | KHAMIS

Politeknik Besut Terengganu telah menjadi lokasi berlangsungnya Temuduga Akhir dan Majlis Angkat Sumpah Perajurit Muda Pasukan Latihan Anggota Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PLAS TUDM) Politeknik Besut Siri 1/2026.

Program bermula seawal 0800H dengan sesi temuduga akhir bagi menilai kesiapsiagaan serta komitmen para calon sebelum melangkah ke fasa seterusnya sebagai Perajurit Muda PLAS TUDM.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Mejar Ezril Redzuan bin Zainuddin TUDM, Pegawai Staf 2 Latihan, Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara.

Pelaksanaan program ini merupakan satu langkah penting dalam membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki disiplin, jati diri, semangat berpasukan, kepimpinan serta kecintaan kepada negara.

Semoga setiap calon yang terpilih dapat menggalas amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta menjunjung tinggi nilai disiplin, integriti dan semangat patriotisme sebagai anggota PLAS TUDM.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon Perajurit Muda PLAS TUDM Politeknik Besut Siri 1/2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœˆ๏ธ








Address

Politeknik Besut Terengganu, Jalan Bukit Keluang
Jerteh
22200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Besut Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share