Sekolah Menengah Islam Darul Furqan - SMIDAF

Sekolah Menengah Islam Darul Furqan - SMIDAF MELAHIRKAN GENERASI CENDEKIAWAN YANG KREATIF DAN INOVATIF

30/03/2026
Lensa SMIDAF8 Februari 2026 - Pelantikan Badan Pengawas SekolahTahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pengawas seko...
10/02/2026

Lensa SMIDAF

8 Februari 2026 - Pelantikan Badan Pengawas Sekolah

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pengawas sekolah sesi 2026 yang baharu dilantik. Pelantikan ini adalah satu amanah dan kepercayaan. Semoga dapat menjalankan amanah dengan penuh komitmen, disiplin dan menjadi contoh terbaik kepada rakan-rakan yang lain.

Pemimpin hari ini, peneraju masa hadapan.

Selamat menjalankan tugas!

Lensa SMIDAF26 Januari 2026 | Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah (MSSDB)Alhamdulillah, telah berlangsung Kejohanan...
27/01/2026

Lensa SMIDAF

26 Januari 2026 | Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah (MSSDB)

Alhamdulillah, telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah (MSSDB) yang bertempat di SK Pemaisuri Nur Zahirah. SMIDAF berpeluang menghantar seramai 15 orang wakil untuk menyertai kejohanan ini.

Untuk makluman, tahun ini merupakan tahun kedua SMIDAF menghantar murid-murid bagi menyertai aktiviti sukan anjuran PPD Besut.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang terlibat atas semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberi bimbingan dan sokongan kepada anak-anak.

Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman berharga serta membuka lebih banyak peluang kepada SMIDAF untuk terus aktif dan cemerlang dalam bidang sukan pada masa akan datang.

Lensa SMIDAF25 Januari 2026 | Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2026Alhamdulillah, Majlis Watikah Pelantikan Pe...
27/01/2026

Lensa SMIDAF

25 Januari 2026 | Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2026
Alhamdulillah, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan lancar.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang terpilih sebagai Pengawas Sekolah.

Semoga pelantikan ini menjadi langkah awal dalam membentuk jati diri, kepimpinan serta rasa tanggungjawab dalam diri anak anak.

Semoga para pengawas dapat menjadi contoh teladan dan inspirasi kepada rakan rakan seperjuangan dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

Lensa SMIDAF 22 Jan 2026 | Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) serta perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga p...
23/01/2026

Lensa SMIDAF

22 Jan 2026 | Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) serta perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga pelajar bagi tahun 2026

Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi kali ini

BAP merupakan bantuan tunai secara one off yang diberikan oleh Kerajaan pada awal tahun bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa/penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan murid.

Diharapkan agar bantuan ini dapat memberi kemudahan kepada ibu bapa penjaga serta menjadi penyuntik semangat kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah

Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa/penjaga yang sudi menghadiri bagi memeriahkan majlis ini.

Terima kasih.

Lensa SMIDAF 15 Januari 2026 | Kejohanan Merentas Desa Peringkat SekolahKejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya d...
15/01/2026

Lensa SMIDAF

15 Januari 2026 | Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat, disiplin dan kesukanan. Program ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal para pelajar, malah membentuk kekuatan mental, semangat juang serta kerjasama berpasukan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar, guru-guru, jawatankuasa pelaksana serta pihak yang terlibat atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan kejohanan ini.”

Untuk pengetahuan juga, kesemua 18 orang pelajar ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam (kategori menengah bawah dan menengah atas) pada kejohanan merentas desa MSSD Besut nanti.

17/12/2025

‼️KEM CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI ‼️

Cuti sekolah bakal tiba!!
Tiada aktiviti untuk anak-anak anda sepanjang cuti?
Inginkan pemantapan ilmu agama dan sahsiah diri untuk anak-anak anda?
Ingin mereka mantapkan lagi ibadah mereka?
Belajar sunnah dengan lebih mendalam?
pstttt.... Anak - anak pun dapat belajar MEMANAH tau! 😍😍
Jom hantar mereka sertai Kem Cuti Sekolah Mumtaz Junior 4.0

📆Tarikh :21 Dis 2025 - 23 Dis 2025 (3 hari 2 malam)
📍Lokasi : Sek Men Islam Darul Furqan (Dewan Haji Salleh) Alor Lintah, Besut Terengganu
📌 Syarat Penyertaan : Terbuka kepada anak - anak berumur 9 - 15 tahun

💰Yuran pendaftaran : RM 180 sahaja! (deposit RM50)

❕❗PERCUMA Baju Tshirt Eksklusif Kem bagi yang mendaftar sebelum 13 Disember 2025!!❗❕

🎯Aktiviti Menarik
✅ Memanah & Explorace
✅ Pemantapan Akidah
✅ Mengenal Rasulullah
✅ Sunnah dalam Kehidupan
✅ Teori dan Amali Solat
✅ Teori dan Amali Wudhu'
dan pelbagai lagi aktiviti menarik!

➡️ Imbas Kod QR untuk pendaftaran

📞 Pertanyaan Lanjut :
011-19778948 - Cikgu Aisyah
011-58741692 - Ustazah Zarifah


23 Nov - 03 Dis 2025 | UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) & PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2025Selamat Maju Jaya buat semua murid...
23/11/2025

23 Nov - 03 Dis 2025 | UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) & PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2025

Selamat Maju Jaya buat semua murid SM Islam Darul Furqan.

Semoga dipermudah segala urusan untuk menjawab dan memperoleh keputusan yang cemerlang

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan."

‼️ KEM CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI ‼️Cuti sekolah bakal tiba!! Tiada aktiviti untuk anak-anak anda sepanjang cuti? Inginka...
19/11/2025

‼️ KEM CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI ‼️

Cuti sekolah bakal tiba!!
Tiada aktiviti untuk anak-anak anda sepanjang cuti?
Inginkan pemantapan ilmu agama dan sahsiah diri untuk anak-anak anda?
Ingin mereka mantapkan lagi ibadah mereka?
Belajar sunnah dengan lebih mendalam?
pstttt.... Anak - anak pun dapat belajar MEMANAH tau! 😍😍
Jom hantar mereka sertai Kem Cuti Sekolah Mumtaz Junior 4.0

📆Tarikh :21 Dis 2025 - 23 Dis 2025 (3 hari 2 malam)
📍Lokasi : Sek Men Islam Darul Furqan (Dewan Haji Salleh) Alor Lintah, Besut Terengganu
📌 Syarat Penyertaan : Terbuka kepada anak - anak berumur 9 - 15 tahun

💰Yuran pendaftaran : RM 180 sahaja! (deposit RM50)

❕❗PERCUMA Baju Tshirt Eksklusif Kem bagi yang mendaftar sebelum 13 Disember 2025!!❗❕

🎯Aktiviti Menarik
✅ Memanah & Explorace
✅ Pemantapan Akidah
✅ Mengenal Rasulullah
✅ Sunnah dalam Kehidupan
✅ Teori dan Amali Solat
✅ Teori dan Amali Wudhu'
dan pelbagai lagi aktiviti menarik!

➡️ Imbas Kod QR untuk pendaftaran

📞 Pertanyaan Lanjut :
011-19778948 - Cikgu Aisyah
011-58741692 - Ustazah Zarifah


PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) SMIDAF 2025Insya Allah Batch pertama SMIDAF akan menduduki Peperiksaan Sijil Mene...
10/11/2025

PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) SMIDAF 2025

Insya Allah Batch pertama SMIDAF akan menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) pada 10 - 19 November 2025.

"Ya Allah, permudahkan urusan dan lancarkanlah penulisan anak-anak kami dalam menghadapi peperiksaan yang mendatang."

Semoga semua calon SMU 2025 diberi ketenangan hati & fikiran serta kemudahan & kelancaran dalam menjawab setiap soalan yang diberikan.
Semoga mereka dikurniakan kejayaan dunia & akhirat



LENSA SMIDAF 09 November 2025 | MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK CALON SMU SMIDAF 2025Semoga semua calon SMU 20...
09/11/2025

LENSA SMIDAF

09 November 2025 | MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK CALON SMU SMIDAF 2025

Semoga semua calon SMU 2025 diberi ketenangan hati & fikiran serta kemudahan & kelancaran dalam menjawab setiap soalan yang diberikan.
Semoga mereka dikurniakan kejayaan dunia & akhirat 🤲🤲

Doa dan usaha seiring menuju kejayaan.
"Ya Allah, permudahkan urusan anak-anak kami dalam menghadapi peperiksaan yang mendatang. 🤲📚”



PERMOHONAN KEMASUKAN SMIDAF SESI 2026Permohonan secara online bermula pada 14/10/2025 - 30/11/2025. Borang pendaftaran b...
26/10/2025

PERMOHONAN KEMASUKAN SMIDAF SESI 2026

Permohonan secara online bermula pada 14/10/2025 - 30/11/2025. Borang pendaftaran boleh diimbas di poster tersebut.

Asrama lelaki dan perempuan disediakan terhad kepada 20 orang.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan nombor di bawah :

💐 https://wa.me/60139839190 (Ustazah Haziqah)

💐
https://wa.me/60182240316 (Cikgu Ikhwan)

Sekian,terima kasih.

Address

Jerteh

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:30
Tuesday 08:00 - 15:30
Wednesday 08:00 - 15:30
Thursday 08:00 - 14:30
Sunday 08:00 - 15:30

Telephone

+601153923436

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Islam Darul Furqan - SMIDAF posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Islam Darul Furqan - SMIDAF:

Shortcuts

Share

Category