Cahaya Hati

Cahaya Hati Panel solat I-Tadrees yang membantu dalam pembelajaran solat yang sempurna dengan mudah.

credit:BroNaiki_
25/10/2021

credit:BroNaiki_

MATI KERANA KENYANGDalam kehidupan semua nak sihatDalam kehidupan semua nak kaya Dalam kehidupan semua nak bahagiaDalam ...
20/10/2021

MATI KERANA KENYANG

Dalam kehidupan semua nak sihat

Dalam kehidupan semua nak kaya

Dalam kehidupan semua nak bahagia

Dalam hidup ini, semua orang menginginkan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Nak hidup sihat dan nak berjaya dalam hidup.

Untuk mendapatkan sesuatu kejayaan itu, mestilah setimpal dengan usaha yg dilakukan. Kejayaaan tak akan datang bergolek kepada kita.

Ramai orang nak memiliki tubuh badan yg sihat tapi tidak mampu menjaga pemakanan. Tidak dapat menahan nafsu dan membiarkan tubuh mendapat siksa.

Pemilihan makanan seimbang dalam diet seharian bukanlah perkara yg mudah. Seringkali kita makan tanpa tahu kesannya pada tubuh kita,

Semua makanan yg viral ingin dicuba. Tak mengira usia, tua mahupun yg muda. Sudah menjadi lumrah kehidupan di Malaysia.

Harini sy ingin kongsikan beberapa makanan yg berkhasiat yg mengandungi nutrien seimbang. Seperti karbohidrat,protein,lemak, vitamin dan lain-lain.

Brokoli. Sangat bagus khasiatnya untuk kesihatan kita. Berfungsi untuk meneutralkan proses pembekuan darah dan membantu proses penghadaman.

Chia Seed. Mengandungi jumlah magnesium,mangan, kalsium dan pelbagai nutrien. Diambil oleh para "dieters" untuk menyekat selera makan.

Bawang Putih. Kajian menunjukkan bawang putih boleh menurunkan kadar kolestrol. Juga berfungsi untuk membendung masalah arteri tersumbat.

Jom sama-sama kita amalkan pemakanan yg sihat untuk masa tua bersama keluarga dan anak-anak. Mula harini jika sayangkan masa depan.

TAK GUNA BERDOA 1000 KALIKenapa ada sesetengah manusia itu solat sampai menangis? Apa yg menyebabkan ada yg solat hingga...
19/10/2021

TAK GUNA BERDOA 1000 KALI

Kenapa ada sesetengah manusia itu solat sampai menangis?

Apa yg menyebabkan ada yg solat hingga menitiskan air mata?

Ya, sebab mereka faham dan menghayati akan maksudnya. Sehingga terkesan di hati. Di situlah lahirnya khusyuk dalam solat.

Setiap solat itu, di penuhi dengan doa. Sebab itulah solat itu memberikan kesan yg besar kepada kita. Bahkan digelarkan tiang agama kita.

Tidak lain dan tidak bukan. Kerana saat kita solat itulah, kita memohon beribu kebaikan. Dan saat itulah jua kita paling dekat dngan Allah SWT.

Sebab itulah, amat rugi jika kita solat, namun tak fahami apa yg dibaca. Yg mana sebenarnya adalah doa untuk diri sendiri.

Contohnya, doa ketika duduk antara dua sujud. Agak-agaknya berapa ramai antara kita yg betul-betul faham?

Maksudnya:
Tuhanku ampuni aku, Sayangi aku, Tutuplah aib- aibku, Angkatlah darjatku, Berilah aku rezeki, Berilah aku petunjuk, Sihatkan aku, Maafkan aku.

Percaya atau tidak, kita membaca doa ini paling kurang 17 kali sehari. Begitu banyak yg kita mohon, hanya dalam 1 doa.

Perasan tak yg doa ini merangkumi seluruh keperluan hidup kita?

Kita nak keampunan dan kasih sayang dari Allah. Kita nak Allah tutup aib kita dan mengangkat darjat kita. Kita nak Allah murahkan rezeki kita dan diberikan kesihatan.

Rugi kan kalau kita tak faham? 17 kali baca setiap hari, namun tak dapat menghayatinya.

Berbeza keadaannya bila kita faham. Kita akan meminta dengan penuh PENGHARAPAN. Dan sudah pasti doa tersebut lebih bernilai.

Jadi jom kita 'upgrade-kan' kualiti solat kita. Dengan memahami apa yg kita sebutkan. Supaya kita dapat kesan yg besar dari solat yg kita kerjakan.

Aaminnn..
19/10/2021

Aaminnn..

18/10/2021

Assalamualaikum..
selamat datang kepada semua sahabat ke page baru cahaya hati❤️

Address

Kampung Raja
Jerteh
22200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cahaya Hati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Cahaya Hati:

Shortcuts

Share