23/08/2022
NASKHAH TIADA TANDINGAN
Al-Quran adalah manual kehidupan dan kitab petunjuk jalan yg sebenar. Ia menjadi panduan dlm pelbagai persoalan kehidupan.
Amalan membaca Al-Quran perlu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat. Dalam, melahirkan generasi yg terulung dan hebat.
Melalui amalan membaca Al-Quran, perlulah memahami maknanya. Menjadi pemangkin bagi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
Penghayatan terhadap yang terkandung dalam al-Quran juga dapat menyuntik motivasi diri agar lebih maju dan berjaya dalam kehidupan.
ALLAH SWT berfirman: “Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka mata hati manusia dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).” (Surah al-Jathiyah, ayat 20)
Allah SWT menjanjikan pahala bagi mereka yg mengamalkan bacaan Al-Quran. Setiap huruf yg dibaca itu diberikan 10 pahala.
Begitu banyak fadhilat membaca Al-Quran. Namun, masih terdapat dlm kalangan kita yg kurang penghayatan tentang kepentingannya.
Hal ini demikian , untuk memupuk budaya mencintai dan mendekati al-Quran. Ia perlulah dipergiatkan bermula dari rumah lagi.
Justeru itu, hidupkan hati dengan Al-Quran. Didik dan semai dengan alunan kalimah sucinya. Supaya hati sentiasa ingat padanya.
Oleh itu, marilah sama2 kita perbaiki diri dgn mempelajari Al-Quran dgn sebaiknya. Moga apa yang kita baca dan amal meresap dalam jiwa.
Ikhlas,
Tim Mengaji Online
Link Page Kami,
https://web.facebook.com/Kelas-Mengaji-102311649202009