30/06/2020
🔥Kaedah Kuantitatif🔥
Kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan penyelidikan. ‘Kaedah penyelidikan merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif penyelidikan’(Ahmad Mahdzan Ayob 1995:44). Secara umum kaedah utama penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.
Penyelidik boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya. Dihubungkan dengan teori-teori sosiologi, teori yang berbentuk makro selalunya akan menggunakan pendekatan kuantitatif sementara yang berbentuk mikro kebiasaannya menggunakan pendekatan kualitatif.
Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif . Pendekatan kuantitatif mengutamakan ‘kuantiti’. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya.
Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar. Pendekatan kualitatif p**a berasaskan ‘kualiti’.
Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya p**a meliputi bilangan responden yang kecil.