Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Dor

Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Dor Pilihan pertama untuk pendidikan awal kanak-kanak 5 dan 6 Tahun. TTD - "Penjana Ummah Syumuliyyah"

03/04/2026

"Selamat Hari Raya Aidilfitri" daripada anak-anak Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Dor

"Seindah Syawal Seikhlas Kemaafan"





03/04/2026

Program Penghayatan Ramadan
(Minggu ke 4)
“ Projek Biskut Si Cilik : Little Baker Raya ”
Tempat : Kelas 5 tahun & 6 tahun
Tarikh : 16/3/2026
Hari : Isnin

Program ini bertujuan adalah:
🍪 Meningkatkan kemahiran motor halus melalui aktiviti menghias biskut.
🍪 Mengembangkan kemahiran sosial dengan bekerjasama dan berkongsi bahan semasa aktiviti dijalankan.
🍪 Membina keyakinan diri apabila murid berjaya menyiapkan dan berkongsi hasil biskut mereka.
🍪 Mendengar arahan daripada guru.

Alhamdulillah, aktiviti yang dirancang ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua guru dan kakitangan juga anak-anak pelajar.

Yayasan Islam Terengganu HQ



Program Penghayatan Ramadan(Minggu ke 3)🕌Pertandingan Takbir Raya🕌Tempat : Anjung Sumayyah Tadika Yayasan Islam Terengga...
15/03/2026

Program Penghayatan Ramadan
(Minggu ke 3)
🕌Pertandingan Takbir Raya🕌

Tempat : Anjung Sumayyah Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Dor
Tarikh : 12/3/2026
Hari : Khamis

Program ini bertujuan
🔹Memupuk penghayatan dalam diri terhadap Hari Raya Aidil Fitri
🔹Menggalakkan kerjasama dan semangat berpasukan
🔹Membina keyakinan diri murid-murid

Pertandingan ini dihakimi oleh Puan Guru Besar, Che Rosmani binti Che Soh, Cikgu Nurul Akma binti Mohd Nasir dan Cikgu Norli binti Nawawi. Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan An-Nur dari kelas Siti Aminah, manakala tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Saujana dari kelas Siti Sarah dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Hero Malaya dari kelas Siti Aisyah.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan guru-guru yang telah membimbing dan melatih anak-anak semua. Semoga pengalaman ini menjadi pengalaman berharga buat semua anak-anak.
Yayasan Islam Terengganu HQ



Program Penghayatan Ramadan"Quran Time"Tempat : Anjung Sumayyah Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok DorTarikh :...
14/03/2026

Program Penghayatan Ramadan
"Quran Time"

Tempat : Anjung Sumayyah Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Dor
Tarikh : 11.3.2026
Hari : Rabu
Masa : 8.00 - 9.30 pagi

Aktiviti Minggu ke 3

"Quran Time" adalah aktiviti di mana murid membaca Al-Quran mengikut bacaan guru dan dua orang rakan. Surah-surah yang di baca adalah daripada surah hafazan anak-anak 5 tahun iaitu surah An-Nas hingga surah Ad-Dhuha. Bacaan ayat-ayat suci AL-Quran ini dipimpin oleh Cikgu Wan Salmi Suhana bersama adik Nur Haura Delisha binti Darusalam dan adik Nur Ainul Liyana binti Mohamad Azrin.

Aktiviti ini bertujuan menghidupkan amalan membaca Al-Quran dalam kalangan kanak-kanak sempena bulan Ramadan dan juga memupuk rasa hormat dan cintakan Al-Quran.
Yayasan Islam Terengganu HQ




Program Penghayatan Ramadan 2026 Aktiviti Minggu ke 2" Reka Cipta Kad Raya"3.3.2026 (Selasa)Satu aktiviti mereka cipta k...
07/03/2026

Program Penghayatan Ramadan 2026
Aktiviti Minggu ke 2
" Reka Cipta Kad Raya"

3.3.2026 (Selasa)

Satu aktiviti mereka cipta kad raya telah diadakan di dalam kelas masing-masing.
Ia bertujuan:
* Memperkenalkan kad raya kepada murid-murid.
* Mengembangkan kemahiran motor halus.
* Meningkatkan kreativiti dan imaginasi.
* Memperkenalkan sistem pos kepada murid-murid.

Yayasan Islam Terengganu HQ


🌙 Program Penghayatan Ramadan 2026🌙Tadika YIT Tok DorTarikh : 24.2.2026 (Selasa)Tempat :Anjung Sumayyah, Tadika YIT Tok ...
07/03/2026

🌙 Program Penghayatan Ramadan 2026🌙
Tadika YIT Tok Dor

Tarikh : 24.2.2026 (Selasa)
Tempat :Anjung Sumayyah, Tadika YIT Tok Dor

- Aktiviti Minggu 1-

"Peluncuran Tabung Infaq Ramadan" telah dirasmikan oleh Guru Besar Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Dor Puan Che Rosmani binti Che Soh. Tabung Infaq ini bertujuan mengajar dan menggalakkan anak-anak bersedekah sepanjang bulan Ramadan.

Selain daripada Peluncuran Tabung Infaq Ramadan ini, satu tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Cikgu Norli binti Nawawi. Tazkirah yang bertajuk " Kelebihan Bersedekah" ini dapat membuka minda anak-anak kecil mengenai kelebihan berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.

Semoga Ramadan kali ini memberi peluang kepada kita semua untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. 🌙

Yayasan Islam Terengganu HQ


PROGRAM MUSA'ADAH TADIKA YIT KERJASAMA PACU DIMENSI BIZ  SEMPENA RAMADAN 2026 🌜Tempat: Tadika Yayasan Islam Terengganu C...
24/02/2026

PROGRAM MUSA'ADAH TADIKA YIT KERJASAMA PACU DIMENSI BIZ SEMPENA RAMADAN 2026 🌜

Tempat: Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Dor
Tarikh : 23 Februari 2026
Masa : 10.00 pagi

Alhamdulillah, telah selesai agihan "kongsi rezeki" kepada penerima yang terlibat.
Terima kasih diucapkan kepada PACU DIMENSI BIZ untuk perkongsian ini.

Yayasan Islam Terengganu HQ


18/01/2026
18/01/2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada  Tuan Haji Wan Aidi Rahmat bin Wan A...
15/12/2025

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Wan Aidi Rahmat bin Wan Ab. Rahman (Ketua Penolong Pengarah Kanan Pendidikan) atas kesudian hadir serta menyempurnakan penyerahan Sijil Penarafan Dewan Makan Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Dor pada 11 Disember 2025.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Dor di atas pengiktirafan ini dan semoga menjadi pemangkin untuk kami terus berusaha menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Yayasan Islam Terengganu HQ

Address

Jalan Seri Wangi
Jerteh
22020

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 15:00
Sunday 07:30 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Dor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Dor:

Shortcuts

Share

Category