Skuad Falahiah

Skuad Falahiah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Skuad Falahiah, Education, madrasah falahiah pondok paku kampung kerandang, Jerteh.

16/08/2025

Tiga Sifat Mendapat Jaminan Syurga

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

Daripada Abu Umamah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:

"Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan pendustaan meskipun bersifat gurau, Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang memperelok akhlaknya."

(HR Abu Daud No: 4167)
Status: Sanad Sahih

Pengajaran:

Rasulullah memberikan jaminan syurga kepada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut:

1. Meninggalkan perdebatan walaupun dia dipihak yang benar.

a. Orang yang berdebat @ berbantah-bantahan, akan berusaha mengalahkan lawannya dengan berbagai cara seperti mencela, memperleceh dan menghina lawannya dan menunjukkan keegoan untuk mempertahankan pandangannya.

b. Tidak semua perdebatan dilarang. Contoh yang dibenarkan ketika mempertahankan aqidah. Walaubagaimanapun berdiskusi itu lebih baik.

2. Meninggalkan perbuatan berbohong meskipun bersifat gurauan.
(Islam menuntut kejujuran dalam pertuturan mahupun penulisan)

3. Memperelok akhlaknya.
(Berbudi pekerti mulia ketika berinteraksi dan berhubungan dengan kawan dan lawan)

Milikilah sifat yang Rasulullah SAW memberi jaminan syurga. Orang yang meninggalkan perdebatan, rumahnya ditepi syurga. Orang yang meninggalkan pendustaan, rumahnya ditengah syurga. Orang yang memperelok akhlaknya, rumahnya paling tinggi di syurga

Penuhilah majlis ilmu.
10/09/2024

Penuhilah majlis ilmu.

Cukuplah bergaduh. Marilah menuntut ilmu.
21/07/2024

Cukuplah bergaduh. Marilah menuntut ilmu.

16/07/2024

Penyesalan orang muda saat dia tua nanti adalah dia membazirkan masa diwaktu muda dengan lagho dan meninggalkan menuntut ilmu fardhu ain

hayya hayya
14/07/2024

hayya hayya

Amal daripada sekarang.
10/07/2024

Amal daripada sekarang.

Bukan hanya memikirkan penyambung syarikat, penyambung takhta, penyambung resepi masakan dan sebagainya.
26/06/2024

Bukan hanya memikirkan penyambung syarikat, penyambung takhta, penyambung resepi masakan dan sebagainya.

15/04/2024

Betul. Hari ni terbalik. lelaki dilihat lemah, lelaki seakan-akan berada dibelakang isteri. Yang mana sepatutnya kaum lelaki ini lah yang perlu berada di hadapan, menjadi pelindung si isteri. Didik isteri, tegur isteri bil hikmah.

sayangilah isterimu kerana Allah.

Address

Madrasah Falahiah Pondok Paku Kampung Kerandang
Jerteh
22020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuad Falahiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category