SMA Al-Basriah KUALA Tembeling

SMA Al-Basriah KUALA Tembeling

Share

PAGE RASMI SMA AL-BASRIAH

01/05/2026
Photos from Jabatan Agama Islam Pahang's post 26/04/2026

Keputusan Rasmi Masisupa Negeri Kali ke 42 Tahun 2026

Tahniah pasukan yang menang

Photos from SMA Al-Basriah KUALA Tembeling's post 25/04/2026

BENGKEL JAWI MODEN 2.0

Tarikh : 24 April 2026 (Jumaat)
Masa : 11.00 Pagi Hingga 12.00 Tengah Hari
Tempat : Dewan Utama SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, Jerantut
Penceramah : Ustazah Nurul Husna Binti Mohamad


Photos from SMA Al-Basriah KUALA Tembeling's post 25/04/2026

BENGKEL PENULISAN KHAT

Tarikh : 24 April 2026 (Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi Hingga 10.30 Pagi
Tempat : Dewan Utama SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, Jerantut
Penyelaras : Cikgu Za Asmadi Bin Ahmad
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Penceramah : Ustaz Muhammad Razman Bin Udin
Tajuk : Menelusuri Keindahan Kalam, Memperhalusi Seni Warisan


Photos from SMA Al-Basriah KUALA Tembeling's post 23/04/2026

Alhamdulillah

Dengan penuh rasa syukur dan semangat kebersamaan yang membara, pada hari ini kita menyaksikan perlepasan kontinjen Zon 4 dari SMA Al-Basriah ke Pekan, Pahang bagi menyertai Kejohanan MASISUPA NEGERI yang akan berlangsung mulai 23 April hingga 26 April 2026. Seramai 42 orang ahli kontinjen yang terdiri daripada para peserta dan ajk pelaksana akan menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi.

Majlis perlepasan ini dimulakan dengan ucapan taujihat serta suntikan semangat yang penuh inspirasi daripada Tuan Pengetua, Ustaz Muhamad Hafiz bin Ismail, yang menitipkan pesanan agar para peserta tampil dengan disiplin yang tinggi, jiwa yang kental serta akhlak yang terpuji dalam setiap langkah perjuangan.

Kontinjen SMA Al-Basriah akan menggalas cabaran dalam pelbagai acara sukan dan ilmiah, antaranya bola tampar lelaki dan perempuan, sepak takraw, bola jaring, pingpong serta badminton. Manakala dalam medan ilmiah p**a, para peserta akan berentap dalam syarahan Bahasa Arab lelaki, kuiz ejaan Jawi dan Kitabatul Maqal. Penyertaan ini bukan sekadar pertandingan, bahkan merupakan medan membina jati diri, mengasah bakat serta membuktikan keunggulan anak-anak SMA Al-Basriah di pentas yang lebih tinggi.

Diharapkan agar seluruh kontinjen membawa semangat juang yang luar biasa, tidak mudah mengalah dan sentiasa berusaha hingga ke titisan keringat terakhir demi mengharumkan nama sekolah, zon dan negeri. Iringilah perjalanan ini dengan doa, tawakal dan keyakinan bahawa setiap usaha pasti membuahkan hasil.

Semoga kontinjen ini diberikan perlindungan sepanjang perjalanan, dipermudahkan segala urusan, dianugerahkan kesihatan yang baik serta p**ang dengan kejayaan yang gemilang, sekali gus mengangkat martabat SMA Al-Basriah sebagai institusi yang cemerlang dalam sukan dan ilmiah.



Photos from SMA Al-Basriah KUALA Tembeling's post 18/04/2026

MAJLIS SILATURRAHIM DAN KESYUKURAN AIDILFITRI TAHUN 2026

SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, 17 April 2026/ 28 Syawal 1447

Alhamdulillah telah berlangsung dengan meriah Majlis Silaturrahim dan Kesyukuran Aidilfitri peringkat sekolah yang telah diadakan di kantin dan perkarangan sekolah.

Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dengan pengisian Bacaan Yassin, solat Hajat dan solat Dhuha. Kemudian disusli dengan taklimat ringkas dan ucapan Tuan Pengetua sempena Majlis yang diadakan pada hari ini.

Seterusnya jamuan makan telah bermula pada jam 10.30 pagi yang turut dihadiri tetamu jemputan dari luar. Pelbagai juadah telah disediakan mengikut gerai seperti satay, ayam golek, ais cream, lemang dan pelbagai lagi menu tersedia.

Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim seluruh warga Albasriah disamping mensyukuri nikmat Aidilfitri. Jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelaras, guru-guru dan semua kakitangan yang menjayakan majlis ini.



Photos from Jabatan Agama Islam Pahang's post 09/04/2026
Photos from Fadzli Kamal's post 07/04/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Jerantut?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Sekolah Menengah Agama Al-Basriah
Jerantut
27020

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00