SK Ulu Tembeling CBA 2025

SK Ulu Tembeling CBA 2025 SK Ulu Tembeling adalah sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman di Ulu Tembeling, Jerantut

Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat Sekolah“Guru Bitara Nadi Negara"
27/05/2026

Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat Sekolah

“Guru Bitara Nadi Negara"

Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri Pahang📍12-14 Mei 2026📍Murid Terlibat: Ayunie, Qisya, Jannah & Yasmin 📍Pencapaian: Joha...
19/05/2026

Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri Pahang

📍12-14 Mei 2026
📍Murid Terlibat: Ayunie, Qisya, Jannah & Yasmin
📍Pencapaian: Johan Kawan Kaki dan Naib Johan Pertandingan Tali-temali.

Tahniah anak-anak 🫶🏻

SKUTians sebagai Urusetia Sukan Rakyat Kg.Bantal 2026📍16 Mei 2026 | Sabtu
19/05/2026

SKUTians sebagai Urusetia Sukan Rakyat Kg.Bantal 2026

📍16 Mei 2026 | Sabtu

Program Konservasi Kehidupan Liar dan Alam Sekitar Bersama Enggang SDN.BHD📍Selasa | 19 Mei 2026
19/05/2026

Program Konservasi Kehidupan Liar dan Alam Sekitar Bersama Enggang SDN.BHD

📍Selasa | 19 Mei 2026

Dengan penuh rasa penghargaan dan kasih sayang, warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih serta selam...
09/05/2026

Dengan penuh rasa penghargaan dan kasih sayang, warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih serta selamat maju jaya kepada Cikgu Wan Syahada Binti Wan Sudin atas segala jasa, bakti dan pengorbanan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. 🌷

Segala tunjuk ajar, komitmen dan keprihatinan yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga sekolah. Kehadiran dan sumbangan beliau amat bermakna dalam mencorakkan kecemerlangan sekolah serta membimbing anak-anak didik dengan penuh dedikasi.

Walaupun perpisahan ini terasa berat, kami mendoakan agar segala urusan di tempat baharu dipermudahkan, terus cemerlang dalam kerjaya dan sentiasa dikurniakan kesihatan serta kebahagiaan.

“Jasa dikenang, budi disanjung.”
Selamat bertugas di sekolah baharu dan semoga silaturahim ini terus kekal selamanya. 🤍

1.1.2018-24.4.2026 Cik Su

MSSP BOLA TAMPAR4-6 Mei 2026 | LIPIS🥉Lelaki B12🥈Perempuan B12Alhamdulillah! Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil se...
09/05/2026

MSSP BOLA TAMPAR
4-6 Mei 2026 | LIPIS
🥉Lelaki B12
🥈Perempuan B12

Alhamdulillah!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil sekolah yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam KEJOHANAN MSSP BOLA TAMPAR🏐✨

Kemenangan ini merupakan hasil usaha, disiplin, kerjasama dan semangat juang yang tinggi daripada seluruh pasukan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus aktif dan cemerlang dalam bidang sukan.

Teruskan melakar kejayaan dan semoga lebih banyak kemenangan akan diraih pada masa hadapan.
Sekolah bangga dengan anda semua! 👏

Tahniah kepada Adik Zafran Naufal dan Ustaz Fauzan atas pencapaian No.2 dalam Kejohanan Beyblade U12 Untuk Sekolah-Sekol...
27/04/2026

Tahniah kepada Adik Zafran Naufal dan Ustaz Fauzan atas pencapaian No.2 dalam Kejohanan Beyblade U12 Untuk Sekolah-Sekolah Di Bawah KPM Peringkat Daerah Jerantut.

Dengan penuh rasa penghargaan dan sedikit rasa sayu, pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih ...
23/04/2026

Dengan penuh rasa penghargaan dan sedikit rasa sayu, pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ckg Kamarul Ariffin atas segala jasa, komitmen, dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Sepanjang bersama kami, Ckg Kamarul bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik dengan cemerlang, malah turut menjadi inspirasi kepada murid-murid serta rakan sejawat. Kesungguhan, keikhlasan, dan semangat yang ditunjukkan akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Pemergian Ckg Kamarul pastinya meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh warga sekolah. Namun, kami percaya setiap langkah yang diambil adalah untuk kebaikan dan masa depan yang lebih baik.

Pihak sekolah mendoakan agar Ckg Kamarul terus berjaya, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan-Nya di tempat baharu.

Terima kasih atas segala bakti. Jasa dan kenangan bersama akan sentiasa terpahat di hati kami.

Ckg Kamarul Ariffin Bin Abdul Majid
(26/11/2024-30/3/2026)

Ikhlas daripada,
Warga SKUT

MSSD Bola Tampar 2026Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan pasukan SKUT dalam Kejohanan MSSD Bola Tampar 2...
10/04/2026

MSSD Bola Tampar 2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan pasukan SKUT dalam Kejohanan MSSD Bola Tampar 2026.

Pasukan SKUT telah berjaya meraih Tempat Ketiga bagi kategori Perempuan Bawah 12 (P12) dan Tempat Kedua bagi kategori Lelaki Bawah 12 (L12).

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada para pemain, ketua jurulatih, barisan jurulatih, guru pengiring, serta seluruh warga SKUT dan para penyokong yang telah memberikan sokongan padu.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua murid untuk terus berusaha dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Anugerah NILAM Bulanan Jan-Mac 2026
07/04/2026

Anugerah NILAM Bulanan Jan-Mac 2026

Address

SK ULU TEMBELING
Jerantut
27020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Ulu Tembeling CBA 2025 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share