18/10/2025
18|10|2025 SABTU
Alhamdulillah,
Seorang lagi anak didikan Madtaq telah berjaya menamatkan Hafazan 30 Juz Al-Quran pada hari ini,
Usaha & Istiqamah selama ini akhirnya telah terbukti dengan jayanya,
Syabbas dan Tahniah kepada ahli keluarga Adik *MUHAMMAD AMER HAMZAH BIN MUHAMAD FAZELI* Atas kurnian ini,
Moga menjadi pemangkin semangat kepada seluruh kawan-kawan yang Sedang berusaha menghafaz Al-Quran,
Semoga Allah memberkati segala usaha yang murni ini Dan menjadikan kita semua dikalangan manusia yang berusaha memartabatkan Al-Quran seterusnya mengamalkan segala isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan kita Amin2 ya Rab🤲🏻.
17/10/2025
SABTU | 11 OKTOBER 2025
SEBAIK-BAIK MANUSIA
Daripada Uthman bin Affan RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
TAHNIAH & SYABBAS🌹✨!!!!!
buat adik *MUHAMMAD FARIS HELMY BIN ASBULLAH*
Sesungguhnya ini adalah kurniaan agung daripada Allah buat keluarga yang bertuah ini.
Hari ini,lahirlah cucu pertama yang bergelar Hafiz Al-Quran 30 juzuk,
Di penghujung majlis, air mata syukur dan kegembiraan terus mengalir di p**i dengan penuh kebanggaan yang tidak dapat disembunyikan lagi oleh datuknya dan keluarga yang turut serta menghadiri majlis yang penuh barokah ini,
Adiknya juga sedang mengikuti pengajian Al-Quran disini dengan harapan Mengikuti jejak langkah Abangnya Mudahan-mudahan Allah berikan kejayaan juga buatnya
🌿 Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakan keluarga ini dengan cahaya Al-Quran yang Sentiasa menjadi petunjuk Dan pedoman Dalam kehidupan yang sementara ini.
17/01/2025
Tahniah!!!!💫✨,
“Senyuman yg dilontarkan sangat berbaloi dngn Usaha yg dicurahkan”
&Syahadah
15/01/2025
Pengambilan Pelajar Baru di Maahad Darul Tahfiz Al-Quran
Maahad Darul Tahfiz Al-Quran kini membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai pengajian Tahfiz Al-Quran 30 Juzuk dan Syahadah 30 Juzuk.
Keistimewaan Maahad:
Sistem Hadaf: Membantu pelajar mencapai target hafalan harian, mingguan, dan bulanan secara sistematik.
Rekod Hafalan: Setiap hafalan pelajar direkod untuk pemantauan berterusan.
Bimbingan Konsisten: Pelajar menerima bimbingan secara berterusan bagi meningkatkan mutu hafalan.
Dialog Prestasi Bulanan: Sesi penilaian prestasi diadakan setiap bulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar. Ini membantu pelajar memperbaiki kesilapan dan kelemahan mereka.
Ayuh sertai kami! Rebut peluang mendalami ilmu Al-Quran dan jadilah hafiz serta hafizah yang cemerlang dunia dan akhirat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak pentadbiran Maahad Darul Tahfiz Al-Quran.
*PELAJAR LELAKI*👇🏻
www.wassap.my/0163191288/(Ustaz Yusuf)
www.wassap.my/0169343542/
(Cikgu Yusuff Saani)
*PELAJAR PEREMPUAN*👇🏻
www.wassap.my/60169840535/(Ustazah Rabi’atul A’dawiyyah)
20/12/2024
Alhamdulillah,Tahniah untuk adik :
MUHAMMAD YUSUF DANIEL BIN MOHD AZMI kerana telah berjaya menamatkan hafazan 30 juz Al-Quran Di hari yang penuh barokah “yaumul jumua’ah”,
Moga Allah terus pahatkan Al-Quran ini sehingga akhir hayatmu dan menjadi sebab kebaikan untuk ummat manusia🤲🏻
Sudah pasti Mahkota yg kilauannya bak cahaya matahari akan tersegam indah dipakaikan untuk kedua ibubapamu Insyaallah,
Tidak dapat dibalas dunia segala kebaikan orang Tua namun di akhirat tetap akan diberikan kesempatan membahagiakan dek kerana usaha yang mulia ini amin2 ya rab🤲🏻