03/06/2026
🌙 𝙆𝙤𝙧𝙗𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙙𝙖𝙣𝙖 𝘼𝙞𝙙𝙞𝙡𝙖𝙙𝙝𝙖 1447𝙃 / 2026𝙈 🌙
Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 30 Mei 2026 bersamaan 4 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha ke-4), program korban di Maahad Tahfiz Annabawi telah berjaya dilaksanakan dengan lancar☺️
Sebanyak 3 ekor kambing, 1 ekor lembu dan 3 bahagian tambahan lembu telah disempurnakan sebagai amanah para peserta korban.
Program ini berlangsung dengan semangat ukhuwwah yang tinggi apabila para pelajar, kakitangan, alumni serta beberapa orang penjaga turut berganding bahu menjayakan setiap proses daripada penyembelihan, melapah, membungkus sehingga pengagihan daging korban.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, khususnya para pelajar yang sanggup kembali ke asrama seawal Hari Raya ke-3, ketika kebanyakan orang masih bercuti bersama keluarga, demi memastikan amanah ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Alhamdulillah, amanah para peserta korban telah kami tunaikan. Daging korban telah diagihkan kepada penduduk setempat dan sebahagiannya turut dimanfaatkan sebagai juadah untuk warga Maahad Tahfiz Annabawi.
Semoga Allah SWT menerima ibadah korban para peserta, memberkati setiap tenaga yang dicurahkan serta mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua yang terlibat.
جزاكم الله خيراً كثيراً 🤲✨
29/05/2026
🌙 MAJLIS KORBAN PERDANA 2026 🌙
🐄 Majlis Korban Perdana 2026
📅 30 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi hingga 2.00 petang
📍 Mahad Tahfiz Annabawi Jerantut (Mtaj)
Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan majlis serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.
“Sesungguhnya amalan korban adalah tanda ketaatan dan pengorbanan kepada Allah SWT.”
✨ Semua dijemput hadir bagi membantu dan memeriahkan majlis ✨
20/05/2026
✨ 𝙎𝙖𝙢𝙗𝙪𝙩𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙂𝙪𝙧𝙪 & 𝙈𝙖𝙟𝙡𝙞𝙨 𝙎𝙖𝙣𝙟𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘽𝙪𝙙𝙞, 𝙇𝙖𝙢𝙗𝙖𝙞𝙖𝙣 𝙆𝙖𝙨𝙞𝙝 ✨
Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya majlis ringkas sempena Sambutan Hari Guru serta majlis perpisahan buat Ustaz Zulhilmi dan Ustazah Syahirah.
Terima kasih di atas segala jasa, pengorbanan, ilmu dan kasih sayang yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Matan Jerantut. Segala tunjuk ajar dan didikan kalian akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga maahad dan para pelajar 🤍
Buat semua guru, pendidik dan murabbi.. sama ada yang pernah mendidik pelajar Mtaj dahulu, yang masih bersama kami hari ini, mahupun yang sedang mencurahkan bakti di mana sahaja berada…
Terima kasih atas segala ilmu, nasihat, kesabaran dan pengorbanan yang tidak pernah jemu diberikan. Setiap titik penat dan usaha kalian dalam mendidik anak bangsa amat besar nilainya di sisi Allah SWT.
Sesungguhnya seorang guru bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi turut membentuk akhlak, adab dan masa depan insan.
Semoga seluruh guru sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, keberkatan rezeki dan ganjaran pahala yang berpanjangan atas setiap ilmu yang diajarkan 🤍
💐 Jasamu dikenang
💐 Budimu disanjung
“Syukran Ya Asatizah”
“Fi Amanillah Wa Ma’assalamah”
05/05/2026
[𝙆𝙃𝘼𝙏𝘼𝙈 𝙃𝘼𝙁𝘼𝙕𝘼𝙉 30 𝙅𝙐𝙕𝙐𝙆 𝘼𝙇-𝙌𝙐𝙍𝘼𝙉]
━━━━━━⊰🍃💕🍃⊱•━━━━━━
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya"
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas nikmat dan rahmat-Nya yang tidak terhitung. Pada sesi Penggal Pertama 2026 (Januari – April) ini, Maahad Tahfiz An-Nabawi Jerantut dengan penuh rasa syukur meraikan 3 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran, iaitu:
🌸 𝘼𝙡-𝙃𝙖𝙛𝙞𝙯𝙖𝙝 𝙠𝙚-90 : 𝙀𝙞𝙧𝙚𝙚𝙣𝙖 𝙕𝙖𝙡𝙛𝙖𝙧 𝘽𝙞𝙣𝙩𝙞 𝙃𝙖𝙛𝙞𝙯𝙖𝙡
Beliau telah menamatkan hafazan dalam tempoh 2 tahun 11 bulan dengan penuh kesungguhan dan istiqamah. Anak keempat daripada enam adik-beradik ini turut aktif dalam kepimpinan pelajar serta pernah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang 2025.
🌿 𝘼𝙡-𝙃𝙖𝙛𝙞𝙯 𝙠𝙚-91 : 𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙 𝘼𝙡𝙞𝙮𝙮𝙪𝙨𝙪𝙛𝙛 𝘽𝙞𝙣 𝙈𝙤𝙝𝙙 𝙍𝙞𝙙𝙪𝙖𝙣
Beliau berjaya menamatkan hafazan dalam tempoh 2 tahun 4 bulan. Sebelum ini beliau menimba ilmu di Maahad Tahfiz Integrasi Al Azhari sebelum menyambung perjuangan hafazan di Matan Jerantut pada Januari 2026.
🌹 𝘼𝙡-𝙃𝙖𝙛𝙞𝙯𝙖𝙝 𝙠𝙚-92 : 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙄𝙧𝙙𝙝𝙞𝙣𝙖 𝘽𝙞𝙣𝙩𝙞 𝙈𝙤𝙝𝙙 𝘼𝙧𝙞𝙯𝙖
Seorang pelajar yang disenangi ramai dengan keperibadian lemah lembut serta aktif dalam kepimpinan pelajar. Beliau berjaya menamatkan 30 juzuk dengan penuh disiplin dan kesungguhan sepanjang perjalanan hafazannya.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar, keluarga, serta para asatizah yang tidak pernah lelah mendidik dan membimbing. Semoga Al-Quran yang dihafaz terus kekal di dada dan menjadi cahaya kehidupan dunia dan akhirat.
Terima kasih juga kepada para penaja dan penyumbang yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam melancarkan perjalanan pendidikan anak-anak syurga ini. Semoga setiap sumbangan diberkati Allah SWT. 🤲☺️
🗓️ Sesi Penggal Pertama 2026 (Jan – Apr)
30/04/2026
Hari ini Abi kami, Ustaz Doktor Ahmad Dusuki (UDAD) hadir ke Matan Jerantut sekaligus mengadakan kuliah dhuha mingguan di sini ☺️
Antara perkongsian yang sangat memberi kesan kali ini adalah pengalaman beliau ketika menuntut ilmu di Mesir — mengambil sehingga 18 subjek dalam satu masa, dengan peperiksaan hanya dijalankan sekali setahun bagi semua subjek.
Dalam keadaan tersebut, pensyarah beliau memberikan satu nasihat yang cukup bermakna :
Jika ingin dimudahkan dalam menuntut ilmu, perbanyakkan memberi dan bersedekah.
Sesungguhnya, ilmu bukan hanya bergantung kepada usaha semata-mata, tetapi juga keberkatan yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT:
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai itu seratus biji. Dan Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki.”
(Surah Al-Baqarah: 261)
Semoga kita semua diberikan kefahaman yang baik, ingatan yang kuat, dan keberkatan dalam menuntut ilmu mahupun bekerja. Aamiin Ya Mujib 🤲😊
29/04/2026
📢 𝙏𝙀𝙈𝙐𝘿𝙐𝙂𝘼 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙎𝙐𝙆𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙇𝘼𝙅𝘼𝙍 𝘽𝘼𝙃𝘼𝙍𝙐 𝘿𝙄𝘽𝙐𝙆𝘼 𝙇𝘼𝙂𝙄 !
👦👧 Lelaki & Perempuan | Pengambilan sehingga Jun 2026
Ibu ayah yang dihormati,
Sudahkah anda merancang hala tuju terbaik untuk anak ? Lagi2 selepas tamat sekolah rendah.
✨ 𝙄𝙣𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙡𝙪𝙖𝙣𝙜𝙣𝙮𝙖 ✨
Maahad Tahfiz An Nabawi Jerantut (Mtaj) membuka pengambilan pelajar baharu kepada anak-anak yang ingin:
📖 Menghafaz Al-Quran sehingga 30 juzuk
🕌 Dibentuk dengan adab, disiplin & Tarbiah Islamiah
🎓 Mempunyai laluan pendidikan yang jelas selepas tahfiz
✔️ Boleh menyambung pengajian di peringkat SPM dan Syahadah
❗️ Tiada lagi stigma “tiada masa depan” untuk pelajar tahfiz.
Di MTAJ, kami bukan sekadar melahirkan huffaz, kami membina generasi 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙡𝙢𝙪, 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙡𝙖𝙠 & 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙖𝙮𝙖 𝙨𝙖𝙞𝙣𝙜. Kami utamakan pelajar yang benar-benar bersedia untuk dibimbing dan dididik.
📍 Lokasi:
Lot 268, Jalan Benta, Kg. Batu Balai,
27030 Jerantut, Pahang
📲 Permohonan dibuka sekarang sehingga Jun 2026 - Jom cepat bertindak.
📞 Daftar sekarang :
www.wasap.my/60195189814
💬 Kongsikan kepada keluarga & sahabat yang mencari tempat terbaik untuk anak-anak.
"Bersama Membina Generasi Huffaz"
"Cara Kita, Cara Nabi"
20/04/2026
𝙎𝙖𝙢𝙗𝙪𝙩𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙍𝙖𝙮𝙖 𝘼𝙞𝙙𝙞𝙡𝙛𝙞𝙩𝙧𝙞 𝙈𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙅𝙚𝙧𝙖𝙣𝙩𝙪𝙩 2025 ✨🥳
Pergi ke pekan membeli juadah,
Singgah sebentar membeli kurma,
Ramai yang datang penuh meriah,
Terasa maahad bagai rumah kita.
Pagi hari memetik bunga,
Disusun indah di dalam taman,
Syukur hari penuh ceria,
Bersama semua eratkan hubungan.
Senyum tawa jelas terasa,
Duit raya menambah bahagia,
Terima kasih atas segalanya,
Maaf dipinta andai ada cela.
Alhamdulillah syukur majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran para ibu bapa pelajar, alumni banin banat dan kakitangan sekeluarga ke Matan Jerantut. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang hadir dan berkongsi pelbagai juadah bersama. Penuh meja dengan makanan yang sedap².. Maaf dari pihak maahad atas segala kekurangan. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa ☺️
18/04/2026
𝙎𝘼𝙈𝘽𝙐𝙏𝘼𝙉 𝙃𝘼𝙍𝙄 𝙍𝘼𝙔𝘼 2026 / 1447𝙃 𝙈𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙅𝙀𝙍𝘼𝙉𝙏𝙐𝙏
Alhamdulillah, suasana Open House Raya Matan Jerantut hari ini cukup meriah 🤍
Terima kasih tidak terhingga kepada semua keluarga Matan Jerantut termasuk para alumni pelajar dan staf yang sudi hadir memeriahkan majlis. Ibu ayah yang datang membawa pelbagai juadah, ditambah p**a dengan agihan duit raya, benar-benar menceriakan suasana.
Seronok bila semua dapat berkumpul, beramah mesra dan berasa seperti berada di rumah sendiri.
Semoga ukhuwwah ini terus erat dan diberkati Allah.
Kami di pihak maahad ingin memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang penganjuran majlis ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan yang tidak putus-putus semua 😊
13/03/2026
✨ 𝙄𝙁𝙏𝘼𝙍 𝙅𝘼𝙈𝘼𝙄𝙀 2026 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙈𝘼 𝙋𝙀𝙉𝙂𝘼𝙎𝘼𝙎 𝘼𝙉 𝙉𝘼𝘽𝘼𝙒𝙄 ✨
8 Mac 2026 | Majlis Iftar Bersama Penduduk Kampung & Agihan Kit Ramadhan
Alhamdulillah, majlis Iftar Jamaie bersama penduduk kampung yang diadakan di Matan Jerantut telah berlangsung dengan penuh kemesraan dan keberkatan. Majlis ini menghimpunkan para pelajar, warga matan Jerantut serta masyarakat setempat untuk berbuka puasa bersama dalam suasana ukhuwah dan kebersamaan.
Suasana kemeriahan sebenarnya telah bermula lebih awal iaitu sejak 7 Mac, apabila pelbagai persiapan dilakukan bersama oleh para pelajar, staf serta masyarakat setempat yang hadir membantu. Dimulakan dengan persiapan tempat dengan memasang khemah² sehinggalah mengemas kembali tempat iftar. Semuanya hasil air tangan keluarga An Nabawi sendiri. ☺️
Turut bersama turun padang sejak awal ialah wakil daripada Yayasan An Nabawi, iaitu Ketua Pengarah dan Pengarah Pendidikan yang membantu menyusun serta mengatur perjalanan persiapan program sehingga selesai. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Ustaz Doktor Ahmad Dasuki sendiri bersana isterinya, yang bersama-sama memeriahkan majlis berbuka bersama para pelajar dan masyarakat setempat.
Selain itu, program ini turut disertakan dengan pengagihan 50 Kit Ramadhan kepada golongan asnaf, sebagai usaha berkongsi rezeki dan meringankan beban mereka dalam menyambut bulan yang penuh keberkatan ini.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua warga An Nabawi yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini, khususnya para pelajar yang telah mengerah tenaga sejak hari Sabtu dalam penyediaan tempat berbuka. Pihak kami juga menyahut kelainan yang diinginkan oleh UDAD untuk menikmati suasana berbuka puasa yang damai di tepi sungai. ☺️
Terima kasih juga kepada semua pihak yang hadir serta menyumbang wang, juadah dan tenaga dalam menjayakan majlis ini. Meja hidangan turut dipenuhi dengan pelbagai juadah yang dibawa oleh para ibu bapa untuk dinikmati bersama. Menu utama iaitu daging lembu p**a merupakan sumbangan daripada seorang hamba Allah sempena akikah anaknya. Semoga setiap usaha, tenaga dan sumbangan yang diberikan menjadi amal kebajikan serta mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Pihak kami juga memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung dan berharap agar semua tidak serik untuk hadir lagi dalam setiap aktiviti anjuran kami pada masa akan datang. 🤍✨
06/10/2025
📖 MAJLIS KHATAM HAFAZAN
30 JUZUK
🕌 Maahad Tahfiz An Nabawi Jerantut
📅 2 Oktober 2025
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, Majlis Khatam Hafazan al-Quran 30 Juzuk telah berlangsung dengan penuh kesyahduan dan keberkatan.
Pada majlis penuh bermakna ini, seramai 5 orang Huffaz baharu (ke-82 hingga ke-86) telah diraikan yang mana terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 1 orang pelajar perempuan yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran. 🌸
Majlis ini telah ditaja sepenuhnya oleh ibu bapa para huffaz sebagai tanda kesyukuran dan kasih terhadap perjuangan anak-anak mereka dalam menamatkan hafazan.
Setinggi-tinggi penghargaan buat
🤍 Ustaz Doktor Ahmad Dusuki Abdul Rani (UDAD)
🤍 Yayasan An Nabawi
🤍 Barisan Asatizah Maahad Tahfiz An Nabawi Jerantut
🤍 Serta para ibu bapa pelajar
atas sokongan, doa, dan sumbangan yang mengiringi kejayaan ini.
🤍 Para penaja pendidikan dan para penyumbang dermawan kami.
💫 Tahniah diucapkan kepada semua Huffaz !
Semoga al-Quran yang dihafaz menjadi cahaya kehidupan, pelindung dari kesesatan, serta syafaat yang membimbing ke syurga. 🌿
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبهم ونور صدورهم وجلاء أحزانهم وذهاب همومهم