GIATMARA Jerantut

Directions Contact the school

GIATMARA Jerantut Kursus Teknologi Automatif
Kursus Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam
Kursus Pendawaian Elektrik

TAHNIAH GRADUAN GIATMARA JERANTUT!Pada 14 September 2026 (Isnin) yang lalu, telah berlangsung Majlis Graduasi GIATMARA M...
17/09/2026

TAHNIAH GRADUAN GIATMARA JERANTUT!

Pada 14 September 2026 (Isnin) yang lalu, telah berlangsung Majlis Graduasi GIATMARA Malaysia kali ke-39 Zon Timur 2 Negeri Pahang Tahun 2026 di UiTM Jengka. Majlis graduasi kali ini telah menghimpunkan seluruh graduan daripada pusat-pusat GIATMARA Negeri Pahang.

Seramai 30 orang graduan GIATMARA Jerantut telah diraikan dalam majlis penuh bermakna ini.

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua graduan atas kejayaan yang dicapai. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi bekalan untuk melangkah lebih jauh dalam kehidupan dan kerjaya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh staf GIATMARA Jerantut yang turut bersama-sama memberikan komitmen dan tenaga dalam menjayakan penganjuran majlis ini.

Tahniah graduan! Terus melangkah, terus berjaya!

Selamat Hari Malaysia 🇲🇾
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 🇲🇾

GIATMARA JERANTUT TURUT BERAKSI!GIATMARA Jerantut berkesempatan menyertai Kejohanan Jemputan Bola Sepak 9 Sebelah Kampun...
15/09/2026

GIATMARA JERANTUT TURUT BERAKSI!

GIATMARA Jerantut berkesempatan menyertai Kejohanan Jemputan Bola Sepak 9 Sebelah Kampung Pisang, anjuran Belia Kampung Pisang, Temin, Jerantut.

Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung meriah dengan semangat kesukanan dan ukhuwah komuniti.

Tahniah buat pasukan GIATMARA Jerantut dan terima kasih kepada penganjur atas jemputan!

Sukan menyatukan, komuniti mengeratkan!

09/09/2026

SEDANGKAN BESI BOLEH DISAMBUNG, MASA DEPAN P**A PASTI BOLEH DIBINA

Pernah terfikir siapa yang membina dan membaiki pagar, struktur besi, rangka, mesin dan pelbagai produk logam di sekeliling kita?

Di sebalik setiap sambungan yang kukuh, ada kemahiran, ketelitian dan tangan seorang tenaga mahir.

Di GIATMARA Jerantut, pelatih bukan sekadar belajar teori. Mereka diberi peluang untuk belajar secara amali, menguasai kemahiran kimpalan dan fabrikasi logam serta membina keyakinan untuk melangkah ke dunia pekerjaan.

Bina Kemahiran. Bina Masa Depan.

5 Hari Lagi
09/09/2026

5 Hari Lagi

5 HARI LAGI!

Detik bersejarah semakin hampir.
Majlis Graduasi GIATMARA Malaysia Ke-39
Zon Timur 2 (Pahang)

đź“… 14 September 2026
📍 UiTM Jengka


BACAAN YASSIN & TAZKIRAH PELATIH GIATMARA JERANTUTAlhamdulillah, selesai sesi bacaan Yassin bersama para pelatih GIATMAR...
04/09/2026

BACAAN YASSIN & TAZKIRAH PELATIH GIATMARA JERANTUT

Alhamdulillah, selesai sesi bacaan Yassin bersama para pelatih GIATMARA Jerantut yang disusuli tazkirah ringkas bertajuk “Kenapa Aku Datang ke GIATMARA?”.

Satu persoalan mudah, tetapi cukup besar maknanya. Pelatih diajak untuk kembali mengingati niat dan tujuan mereka berada di GIATMARA khususnya dia GIATMARA Jerantut ini. Mereka hadir bukan hanya untuk mendapatkan sijil, tetapi juga untuk mempelajari kemahiran, membina diri dan mengubah masa depan.

Pengukuhan rohani dan pembinaan sahsiah menjadi sebagai sebahagian penting dalam membentuk pelatih supaya bukan sahaja mahir dalam bidang, malah turut ada nilai disiplin, berakhlak dan mempunyai hala tuju dalam hidup.

Insya-Allah, usaha kecil seperti ini akan kita jadikan sebagai amalan secara berkala.

LAWATAN PEMERIKSAAN GIGI @ GIATMARA JERANTUTGIATMARA Jerantut telah menerima kunjungan daripada Klinik Pergigian Damak p...
03/09/2026

LAWATAN PEMERIKSAAN GIGI @ GIATMARA JERANTUT

GIATMARA Jerantut telah menerima kunjungan daripada Klinik Pergigian Damak pada Jumaat, 28 Ogos 2026 bagi melaksanakan pemeriksaan kesihatan gigi kepada warga GIATMARA Jerantut.

Program ini melibatkan keseluruhan pelajar serta beberapa orang staf GIATMARA Jerantut sebagai langkah meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan gigi.

Terima kasih diucapkan kepada Klinik Pergigian Damak atas kesudian hadir dan memberikan perkhidmatan pemeriksaan serta khidmat nasihat pergigian kepada warga GIATMARA Jerantut.

Semoga program seperti ini dapat memupuk amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik dalam kalangan pelajar serta warga GIATMARA.








SELAMAT HARI LAHIR, CIKGU NABHAN!Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir buat Cikgu Nabhan.Semoga sentiasa dikurniakan...
01/09/2026

SELAMAT HARI LAHIR, CIKGU NABHAN!

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir buat Cikgu Nabhan.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta dilimpahkan keberkatan dalam kehidupan dan setiap amanah yang dilaksanakan.

Ikhlas daripada:
Pengurus dan barisan kakitangan GIATMARA Jerantut.

SELAMAT HARI LAHIR!Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir buat Cikgu Hamidun dan Cikgu Hasrol yang menyambut ulang ta...
31/08/2026

SELAMAT HARI LAHIR!

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir buat Cikgu Hamidun dan Cikgu Hasrol yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 31 Ogos.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dilimpahkan keberkatan serta terus cemerlang dalam setiap amanah dan tanggungjawab yang digalas.

Ikhlas daripada:
Pengurus dan barisan kakitangan GIATMARA Jerantut.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69Semangat patriotisme terus disemai, perpaduan terus diperkukuh, dan kese...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69

Semangat patriotisme terus disemai, perpaduan terus diperkukuh, dan kesejahteraan terus dinikmati bersama.

Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan tahun ini menyatukan kita sebagai sebuah bangsa yang harmoni, saling menghormati dan terus melangkah maju demi Malaysia tercinta.

Ikhlas daripada:
Pengurus dan Kakitangan
Pusat GIATMARA Jerantut

Address

KM9, GIATMARA JERANTUT, KAMPUNG SRI MUDA, JERANTUT
Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GIATMARA Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to GIATMARA Jerantut:

Shortcuts

Share

Category