02/02/2026
“Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMUM UC apabila keputusan Peperiksaan SMA mencatatkan peningkatan GPS sebanyak 2.12, sekali gus membuktikan komitmen dan kerjasama semua pihak dalam meningkatkan kecemerlangan akademik.”
Tahniah!!!!!!!
16/10/2025
[PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2026]
Masih mencari Sekolah Menengah Agama yang terbaik dan yuran yang berpatutan di Jerantut?
SMUM IHYAIL MAARIF ULU CHEKA ada jawapannya.
Disini anak-anak tuan/puan bukan sahaja diberi pendidikan akademik (KPM & JAIP) namun turut diterapkan nilai-nilai sahsiah dan dicungkil bakat dalam kepimpinan, bidang sukan dan kokurikulum.
Keistimewaan :
1️⃣ Program perkembangan bakat murid.
2️⃣ Menyertai sukan MSSD Jerantut.
3️⃣ Guru-guru yang terlatih dan mesra.
4️⃣ Peluang melanjutkan pengajian ke IPTA selepas SPM.
KINI DIBUKA❗️ TEMPAT TERHAD❗️
Untuk mendaftar, klik pautan di bawah :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSedRM5dafnbBU7TsPOf5R0AcYtZ_KrV3-tEa8AC7VtA98q6Rg/viewform?usp=header
Pertanyaan :
0132418123(GPK HEM)
"Membentuk Generasi Rabbani"
10/09/2025
🎉 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐀𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚! 🇲🇾
Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan sempena Program Ambang Merdeka 2025. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan penuh semangat patriotik!
Tahniah khusus kepada para pemenang yang telah menunjukkan kreativiti, semangat juang, dan komitmen tinggi dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus menyemai semangat cintakan negara, di samping mengeratkan silaturahim sesama warga komuniti.
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
04/09/2025
✨️𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐒𝐀𝐖 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟓✨️
𝑻𝒆𝒎𝒂: 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑰𝒏𝒔𝒑𝒊𝒓𝒂𝒔𝒊 𝑮𝒆𝒏𝒆𝒓𝒂𝒔𝒊 𝑹𝒂𝒃𝒃𝒂𝒏𝒊 🌸
Alhamdulillah, ceramah khas telah berlangsung dengan penuh keberkatan 🕌✨.
Penceramah telah membawa warga sekolah menyusuri perjalanan hidup junjungan besar Nabi Muhammad SAW — dari kelahiran Baginda di Tahun Gajah, perjuangan dakwah yang penuh cabaran dan ujian, penghijrahan ke Madinah, sehinggalah ke detik kewafatan Baginda 💫.
Ceramah ini memberi banyak pengajaran tentang akhlak mulia Rasulullah SAW – amanah, sabar, kasih sayang, dan kepimpinan Baginda yang menjadi inspirasi untuk kita semua 🌹.
💖 Semoga dengan penghayatan sirah Rasulullah SAW, kita dapat membina Generasi Rabbani yang beriman, berilmu dan beramal soleh.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد 🌷
25/08/2025
Terasa sedikit pilu hati ini melihat pembangunan sekolah kami masih tidak dijalankan lagi....😢😢
Bangunan sekolah bukan untuk kepentingan individu, tetapi untuk masa depan anak-anak kita bersama.”
“Memudahkan urusan pembinaan sekolah adalah tanda kita peduli pada ilmu dan generasi akan datang.”
“Menghalang kebaikan pada sekolah sama seperti menyempitkan jalan ilmu untuk anak cucu kita.”
“Sekolah yang baik melahirkan insan berguna; janganlah kita jadi penghalang kepada usaha ini.”
“Allah memudahkan urusan orang yang memudahkan urusan kebaikan—maka bantulah usaha membangunkan sekolah.”
16/02/2025
"Semangat tinggi, kecerdasan membara! Selamat kembali ke sekolah untuk mengejar impian yang lebih besar."
13/01/2025
𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗦MUM UC 𝟮𝟬𝟮4/𝟮5
Tarikh : 13 JANUARI 2024
Masa : 10.00 pagi hingga selesai
Tempat : Kantin SMUM UC
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SMUM UC yang memberikan kerjasama sangat baik dalam menjayakan jamuan ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa penjaga yang turut menyumbang dan menyediakan juadah untuk para pelajar kongsikan di sekolah. 💕