Akademi Tahfiz Ar Razali

Call Directions Website Contact the school

Akademi Tahfiz Ar Razali Pusat pengajian tahfiz

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.Dengan penuh rasa syukur, Majlis Maulid Arba’in 4.0: Menaut Kasih anjuran Akad...
06/09/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.
Dengan penuh rasa syukur, Majlis Maulid Arba’in 4.0: Menaut Kasih anjuran Akademi Tahfiz Ar Razali telah selesai berlangsung dengan penuh meriah dan keberkatan pada malam tadi.
Majlis telah dihiasi dengan solat berjemaah, bacaan Syahadah Tokku, alunan Maulid dan qasidah, tausiyah serta jamuan bersama para tetamu. Semoga setiap selawat yang dialunkan menjadi tanda cinta dan kerinduan kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para tetamu, jemaah, penyumbang, petugas serta semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebaikan kita, mengampuni dosa-dosa kita serta menghimpunkan kita bersama Rasulullah SAW di dalam syurga-Nya.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Moga pertemuan ini bukan sekadar sebuah majlis, tetapi menjadi titik untuk kita terus menyuburkan cinta kepada Rasulullah SAW dan menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan Majlis Maulid Arba’in 4.0.
.0





Website : www.tahfizarrazali.com

05/09/2026

Live Majlis Maulid Arbai'in Akademi Tahfiz Ar Razali

🌹 𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃 𝐀𝐑𝐁𝐀’𝐈𝐍 𝟒.𝟎 🌹𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐙𝐀𝐋𝐈 (𝐀𝐓𝐀𝐑)“𝐌𝐞𝐧𝐚𝐮𝐭 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡”Assalamualaikum warahmatullahi wabara...
04/09/2026

🌹 𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃 𝐀𝐑𝐁𝐀’𝐈𝐍 𝟒.𝟎 🌹
𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐙𝐀𝐋𝐈 (𝐀𝐓𝐀𝐑)
“𝐌𝐞𝐧𝐚𝐮𝐭 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡”
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, Akademi Tahfiz Ar Razali dengan rendah hati menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menghadiri:
✨ 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃 𝐀𝐑𝐁𝐀’𝐈𝐍 𝟒.𝟎 – 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐔𝐓 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 ✨
📅 Tarikh : 5 September 2026 (Sabtu)
🕌 Tempat : Surau Akademi Tahfiz Ar Razali
⏰ Bermula : Solat Maghrib berjemaah
Antara pengisian majlis:
🌿 𝑺𝒐𝒍𝒂𝒕 𝑴𝒂𝒈𝒉𝒓𝒊𝒃 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒆𝒎𝒂𝒂𝒉
🌿 𝑩𝒂𝒄𝒂𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒉𝒂𝒅𝒂𝒉 𝑻𝒐𝒌𝒌𝒖
🌿 𝑩𝒂𝒄𝒂𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒖𝒍𝒊𝒅 𝒅𝒂𝒏 𝑸𝒂𝒔𝒊𝒅𝒂𝒉
🌿 𝑻𝒂𝒖𝒔𝒊𝒚𝒂𝒉
🌿 𝑺𝒐𝒍𝒂𝒕 𝑰𝒔𝒚𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒆𝒎𝒂𝒂𝒉
🌿 𝑱𝒂𝒎𝒖𝒂𝒏 (𝑴𝒆𝒏𝒖 𝑼𝒕𝒂𝒎𝒂 𝑵𝒂𝒔𝒊 𝑮𝒂𝒏𝒋𝒂)
Marilah kita hadir bersama keluarga dan sahabat handai untuk menyuburkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, menghidupkan majlis selawat serta mengeratkan ukhuwah sesama ummah.
Semoga setiap langkah menuju majlis ini menjadi langkah yang diberkati, setiap selawat menjadi cahaya, dan setiap pertemuan menjadi sebab turunnya rahmat Allah SWT.
Jemput hadir beramai-ramai. Kehadiran anda amat kami alu-alukan.
“𝘽𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙙𝙖𝙧 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙪𝙢𝙥𝙪𝙡, 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖-𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙪𝙩 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙪𝙡𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝 ﷺ.”
Mohon sebarkan jemputan ini. Semoga setiap perkongsian menjadi asbab orang lain hadir ke majlis ilmu dan selawat. 🤲🏻
'in

🕌 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐑𝐀𝐌𝐀𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐙𝐀𝐋𝐈Alhamdulillah, dengan izin Allah dan hasil sumbangan para derma...
03/09/2026

🕌 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐑𝐀𝐌𝐀
𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐙𝐀𝐋𝐈
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan hasil sumbangan para dermawan, pembinaan Asrama Akademi Tahfiz Ar Razali kini telah berjaya menyiapkan struktur asas meliputi dinding, tiang dan atap.
Namun, perjalanan ini masih belum selesai…
Kami masih memerlukan sekitar RM100,000 bagi menyiapkan:
✅ 𝑷𝒍𝒂𝒔𝒕𝒆𝒓 𝒅𝒊𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈
✅ 𝑳𝒂𝒏𝒕𝒂𝒊 𝒂𝒔𝒓𝒂𝒎𝒂
✅ 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒂𝒘𝒂𝒊𝒂𝒏 𝒆𝒍𝒆𝒌𝒕𝒓𝒊𝒌
✅ 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒃𝒐𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒍𝒆𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒂𝒔𝒂𝒔
Asrama ini bukan sekadar sebuah bangunan. Di sinilah, insya-Allah, anak-anak akan tinggal, menghafaz al-Quran, menuntut ilmu dan dibentuk menjadi generasi yang mencintai serta mengamalkan Kalamullah.
Bayangkan… setiap ayat al-Quran yang mereka baca, setiap hafazan yang mereka ulang dan setiap ibadah yang dilakukan di asrama ini—mudah-mudahan turut mengalir pahalanya kepada mereka yang membantu membinanya.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“𝑨𝒑𝒂𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍 𝒅𝒖𝒏𝒊𝒂, 𝒕𝒆𝒓𝒑𝒖𝒕𝒖𝒔𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒎𝒂𝒍𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒌𝒆𝒄𝒖𝒂𝒍𝒊 𝒕𝒊𝒈𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒓𝒂: 𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉 𝒋𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉, 𝒊𝒍𝒎𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒎𝒂𝒏𝒇𝒂𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒔𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒐𝒂𝒌𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂.”
(𝑹𝒊𝒘𝒂𝒚𝒂𝒕 𝑴𝒖𝒔𝒍𝒊𝒎)
🌅 Jadikan Sedekah Subuh sebagai pembuka pintu rezeki dan keberkatan hari kita. Pada setiap pagi, dua malaikat turun; salah satunya berdoa agar Allah memberikan ganti kepada orang yang bersedekah.
🕌 Ambillah keberkatan hari Jumaat dengan menghulurkan infaq untuk membina tempat tinggal para penghafaz al-Quran.
Tidak perlu menunggu mampu memberi banyak. Walaupun hanya RM10, RM20, RM50 atau satu bahagian kecil daripada kos pembinaan, ia tetap sangat bernilai di sisi Allah apabila diberikan dengan penuh keikhlasan.
Jika 1,000 orang menyumbang RM100, insya-Allah keperluan RM100,000 ini dapat disempurnakan.
🤲 Mari kita bina rumah untuk para penjaga al-Quran.
Mungkin tangan kita tidak mampu menghafaz seluruh al-Quran, tetapi sumbangan kita boleh membantu melahirkan insan yang menghafaz dan menjaganya.
Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi cahaya di alam kubur, pemberat timbangan amal dan bekalan yang tidak pernah terputus hingga ke akhirat.
𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐑𝐀𝐌𝐀
𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐙𝐀𝐋𝐈 (𝐀𝐓𝐀𝐑)
📌 Sasaran diperlukan: RM100,000
Sebarkanlah rayuan ini. Mungkin kita belum mampu menyumbang dalam jumlah yang besar, tetapi melalui perkongsian kita, Allah hadirkan insan yang mampu membantu.
Ya Allah, terimalah infaq para penyumbang, luaskan rezeki mereka, lindungi keluarga mereka dan jadikanlah sumbangan ini sebagai sedekah jariah yang terus mengalir pahalanya. Amin ya Rabbal ‘alamin.

26/06/2026
Alhamdulllah...Selesai semalam satu Majlis Bersejarah bagi Akademi Tahfiz Ar Razali iaitu Majlis Perasmian Pendaftaran P...
26/06/2026

Alhamdulllah...

Selesai semalam satu Majlis Bersejarah bagi Akademi Tahfiz Ar Razali iaitu Majlis Perasmian Pendaftaran Pelajar Tahfiz Sepenuh Masa bagi pengambilan pelajar batch 1 Sesi 2026...

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan antaranya Tuan Guru Maulana Wan Adli Al Hafiz, Mudir dan Pengasas Madrasatul Ulum Al-Islamiyah (Assyarif), para pelajar Tahfiz Madrasatul Ulum Al-Islamiyah (Assyarif), wakil pihak Maulana Helmy dan Maulana Juhari serta ahli qariah sekitar Kampung Besul dan Paya Teh...

Majlis yang diadakan bertujuan sebagai permulaan rasmi Akademi Tahfiz Ar Razali membuka ruang pendaftaran bagi Pelajar Tahfiz Sepenuh Masa yang mana sebelum ini para pelajar yang belajar di Akademi Tahfiz Ar Razali hanyalah pelajar berulang/separuh masa...

Semoga dengan majlis ini menjadi titik permulaan kepada Akademi Tahfiz Ar Razali dalam mengorak langkah ke hadapan bagi menjadi sebuah akademi yang bakal melahirkan generasi Al-Quran...aaminn3 Ya Allah 🤲🤲🤲

🌙✨ 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐬𝐲𝐚𝐡𝐝𝐮 ✨🌙𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐥𝐢 (𝐀𝐓𝐀𝐑)Aidilfitri hadir sebagai pe...
20/03/2026

🌙✨ 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐬𝐲𝐚𝐡𝐝𝐮 ✨🌙
𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚
𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐥𝐢 (𝐀𝐓𝐀𝐑)
Aidilfitri hadir sebagai penutup sebuah perjalanan Ramadan…
Ramadan yang mungkin paling kita rindui,
dan mungkin juga… yang terakhir buat kita.
Di hari yang penuh keampunan ini,
kami dengan penuh rendah hati mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua para penginfaq yang tidak pernah jemu
menghulurkan bantuan dan kasih sayang...
Segala kebaikan kalian, hanya Allah mampu membalasnya.
Andai sepanjang perjalanan ini ada kata yang mengguris,
ada layanan yang tidak sempurna,
kami memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Semoga setiap air mata, setiap doa, setiap sedekah
yang kita titipkan sepanjang Ramadan,
diterima dan dihitung sebagai amal terbaik di sisi-Nya.
🌙 𝐓𝐚𝐪𝐚𝐛𝐛𝐚𝐥𝐚𝐥𝐥𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐢𝐧𝐧𝐚 𝐰𝐚 𝐦𝐢𝐧𝐤𝐮𝐦
Semoga kita semua dipilih lagi untuk bertemu Ramadan akan datang…
jika masih ada kesempatan.
✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri
✨ Maaf Zahir & Batin

𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐫 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐫𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚…Mungkin ini adalah 𝐢𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐢𝐧𝐢…Dan lebih menggetarkan ha...
19/03/2026

𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐫 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐫𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚…
Mungkin ini adalah 𝐢𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐢𝐧𝐢…
Dan lebih menggetarkan hati, 𝒎𝒖𝒏𝒈𝒌𝒊𝒏 𝒋𝒖𝒈𝒂 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑 𝒌𝒊𝒕𝒂.
Bayangkan… di saat pahala digandakan, doa diangkat, dan setiap kebaikan dilipat kali…
kita lepaskan peluang begitu sahaja tanpa meninggalkan satu pun bekalan akhirat.
Hari ini, kami mengajak tuan/puan…
untuk 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐣𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥.
🌙 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐚𝐬𝐫𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐥𝐢
— tempat lahirnya generasi huffaz, penjaga kalam Allah, pewaris ummah.
Setiap ringgit yang diinfakkan…
𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒂𝒌𝒔𝒊 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉
𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒄𝒂𝒉𝒂𝒚𝒂 𝒅𝒊 𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒌𝒖𝒃𝒖𝒓
𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒂𝒕 𝒕𝒊𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓𝒂𝒕
Jangan tunggu esok…
Kerana kita tidak tahu, adakah esok masih milik kita.
🤲 𝗥𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶
🤲 𝗝𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗶𝗻𝗳𝗮𝗾 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸, 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿…
🤲 𝗛𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶
“𝑰𝒏𝒇𝒂𝒒 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂…
𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒎𝒃𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒌𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓𝒂𝒕.”
Ayuh… jangan biarkan Ramadan pergi tanpa kita memberi sesuatu untuk agama Allah.

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢… 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞-𝟐9 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧.....Malam ganjil yang sangat kita harapkan… mungkin inilah Lailatul Qadar — malam yang le...
18/03/2026

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢… 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞-𝟐9 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧.....
Malam ganjil yang sangat kita harapkan… mungkin inilah Lailatul Qadar — malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Bayangkan…
Satu malam ini sahaja, jika kita ikhlas memberi, 𝐠𝐚𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝟖𝟑 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧… 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐭𝐢.
Di saat kita sedang bersiap untuk berbuka, berehat bersama keluarga…
Ada anak-anak tahfiz di Akademi Tahfiz Ar Razali (ATAR) yang sedang 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐟𝐚𝐥 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡…
Namun…
Mereka 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐚𝐬𝐫𝐚𝐦𝐚 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚.
Tempat mereka berehat, tempat mereka bermimpi menjadi hafiz… masih serba kekurangan.
Hari ini… kita ada peluang.
Peluang untuk menjadi sebab mereka terus menghafal Al-Quran.
Peluang untuk saham akhirat yang tak akan putus… walaupun kita sudah tiada.
💔 Bayangkan jika satu ayat Al-Quran yang mereka hafal…
Datangnya dari sumbangan kita…
Mengalir pahalanya… setiap kali mereka membaca… setiap kali mereka mengajar… sampai ke akhir hayat.
📌 Misi kita:
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐒𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐀𝐓𝐀𝐑
💰 Kos diperlukan: 𝐑𝐌𝟐𝟓𝟎,𝟎𝟎𝟎
Jangan tunggu esok…
Kerana kita tidak pasti… adakah kita akan bertemu lagi Ramadan akan datang.
🌙 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐐𝐚𝐝𝐚𝐫…
Jangan lepaskan peluang yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup.
Walaupun hanya:
𝐑𝐌𝟏𝟎… 𝐑𝐌𝟓𝟎… 𝐑𝐌𝟏𝟎𝟎…
Allah tidak melihat jumlahnya…
Allah melihat keikhlasan hati kita.
🤲 “𝒀𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉, 𝒋𝒊𝒌𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝑳𝒂𝒊𝒍𝒂𝒕𝒖𝒍 𝑸𝒂𝒅𝒂𝒓… 𝒋𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒔𝒆𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝒄𝒂𝒉𝒂𝒚𝒂 𝒅𝒊 𝒌𝒖𝒃𝒖𝒓𝒌𝒖, 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝒅𝒊 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓𝒂𝒕𝒌𝒖…”
Ayuh… kita bina bersama.
Bukan sekadar bangunan…
Tetapi generasi Al-Quran.
𝐈𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐫𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐠𝐚𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐢𝐧𝐢…!!!

🌙 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐀 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐌𝐔 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐𝐊𝐀𝐍, 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Allah berfirman:“𝑫𝒂𝒏 𝒂𝒑𝒂 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒊𝒏𝒇𝒂𝒒𝒌𝒂𝒏, 𝑨𝒍𝒍𝒂...
13/03/2026

🌙 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐀 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐌𝐔 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐𝐊𝐀𝐍, 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Allah berfirman:
“𝑫𝒂𝒏 𝒂𝒑𝒂 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒊𝒏𝒇𝒂𝒒𝒌𝒂𝒏, 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒊 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒈𝒂𝒏𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂.”
(𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑺𝒂𝒃𝒂’: 39)
10 malam terakhir Ramadan adalah antara waktu terbaik untuk kita memperbanyakkan amal dan sedekah.🤲
Semoga setiap infaq menjadi asbab terbinanya pusat pembelajaran Al-Quran yang akan memberi manfaat kepada ramai umat Islam untuk belajar membaca Al-Quran dengan betul.
Kami di Akademi Tahfiz ArRazali membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin membeli 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐀𝐓 dengan infaq kepada 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐫𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐀𝐫𝐑𝐚𝐳𝐚𝐥𝐢...
Dana yang diperlukan untuk menyiapkan satu unit asrama yang boleh memuatkan sekitar 30 orang pelajar adalah sebanyak 𝐑𝐌𝟐𝟓𝟎,𝟎𝟎𝟎...
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang terus mengalir walaupun kita sudah tiada nanti. 🤲

Address

No 31 Kampung Besul, Paya Teh
Jerantut
27000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Tahfiz Ar Razali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Tahfiz Ar Razali:

Shortcuts

Share

Category