Maahad Darul Tahfiz Al Quran Sungai Badak-MADTAQ

Maahad Darul Tahfiz Al Quran Sungai Badak-MADTAQ Matlamat melahirkan para hafiz daie dan ilmuwan yang bakal berdiri tegak memperjuangkan Agama Islam

17/06/2026

Salam Awal Muharam 🤍✨

15/06/2026

PROGRAM SKUAD BOMBA TAHFIZ 2026

Pada 13-14 Jun 2026, seramai 11 orang pelajar MADTAQ telah dipilih untuk menyertai Program Skuad Bomba Tahfiz 2026. Program ini telah berlangsung di Pusat Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut, Kampung Pedah, Jerantut Pahang. Ia bukan sahaja disertai oleh pelajar dari MADTAQ namun turut melibatkan beberapa buah sekolah tahfiz sekitar Jerantut. Pihak MADTAQ mengucapkan jutaan terima kasih kepada Balai Bomba Jerantut kerana sudi memberi pengalaman dan pengetahuan kepada para pelajar. Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat membantu pelajar menambah pengetahuan asas pelajar berkaitan pencegahan kebakaran dan pelbagai lagi ilmu yang dicurahkan.

22/05/2026

Gelagat pelajar tak sabar nak balik kampung🤭

CALON HAFIZ & HAFIZAH MADTAQ 2026✨InshaAllah dengan izin Allah, pada tahun ini seramai 11 orang pelajar telah tersenarai...
18/05/2026

CALON HAFIZ & HAFIZAH MADTAQ 2026✨

InshaAllah dengan izin Allah, pada tahun ini seramai 11 orang pelajar telah tersenarai sebagai Calon Hafiz & Hafizah 2026. Semoga para pelajar terus istiqamah menjaga kalam Allah dan menjadi insan yang bermanfaat buat ummah. Mohon doa semua agar mereka sentiasa diberi kekuatan untuk khatam pada kali ini. 🔥🤲🏻💪🏼

17/05/2026

Teruntuk para Huffaz Al Quran✨

Pelajar kedua khatam 2026Syukur Alhamdulillah pada hari Sabtu bersamaan 29 Zulkaedah 1447 H, seorang lagi pelajar MADTAQ...
16/05/2026

Pelajar kedua khatam 2026

Syukur Alhamdulillah pada hari Sabtu bersamaan 29 Zulkaedah 1447 H, seorang lagi pelajar MADTAQ telah berjaya mengkhatamkan 30 juzuk al Quran. Syabas diucapkan kepada Nor Muhammad Mubarraq bin Muhamad Nor atas kejayaan beliau✨. Pihak Maahad Darul Tahfiz Al Quran (MADTAQ) ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada kedua ibu bapa Mubarraq yang tidak pernah berhenti mendoakan anak mereka sehingga ke tahap ini.

#2026

Address

Jerantut

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Darul Tahfiz Al Quran Sungai Badak-MADTAQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category