22/05/2026
๐ช๐๐๐๐๐๐ ๐ฑ๐๐๐๐๐โฆ
(๐ด๐๐
๐๐๐๐๐ ๐ฏ๐ ๐พ๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐)
Bukak madrasah dan menjadi Asatizah di dalamnya bukan seperti bukak restoran nasi kandar atau buka sebuah kedai dobi layan diri yang hanya bertujuan untuk mengira untung pada akhir bulan. Menjadi Mudir madrasah adalah satu tanggung jawab dan sebuah amanah yang besar yang sudah tentu akan di soal Allah SWT pada hari qiamat nanti.
ูููููููู
ู ุฑูุงุนูุ ูููููููููู
ู ู
ูุณูุฆูููู ุนููู ุฑูุนููููุชููู
Maksudnya:
โSetiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang berada di bawah jagaan kamu.โ (HR Bukhari)
Mereka yang menggalas amanah sebagai Pengerusi, Mudir, Pengetua atau apa saja gelarannya bertanggung jawab untuk memastikan operasi madrasah, pondok atau ribat berjalan dengan lancar, sistem pengajian berjalan mengikut saranan sunnah Nabi SAW, kebajikan Asatizah dan pelajar dan kaki tangan sentiasa di jaga kerana mereka ini sedang menjalankan tugas meninggikan kalimah Allah Taala di atas muka bumi ini. Bukak madrasah dan simpan para pelajar di madrasah bukan sekadar memenuhi jemputan majlis tahlil, solat jenazah atau majlis maulid yang akhirnya menjadikan masa belajar para santri terganggu akibat kerap mendapat jemputan majlis tersebut. Bukak madrasah bukan bertujuan untuk meminta simpati orang awam untuk berinfaq kepada madrasah dan sebagainya tetapi peluang infaq itu dibuka pada awam semata untuk memberi ruang dan peluang berkongsi saham di akhirat. Yakin dan tawajuh hati para pengendali madrasah harus bulat bergantung harap hanya pada Allah Rabbul โIzzah yang mana Zat yang menunai segala hajat dan Penolong makhluk yang lemah.
Satu kali, Salim R.A anak kepada Abdullah Ibn Umar Radhiallahu anhu sedang berada di kawasan Baitullah. Kebetulan khalifah pada waktu itu iaitu Khalifah Hisyam turut ada bersama. Apabila beliau melihat Hazrat Salim, beliau kata: โ Wahai Salim! Mintalah apa yang hendak kamu minta pada aku! โ. Salim dengan marah menjawab: โ Di tempat begini dan di waktu begini, kamu suruh aku minta sesuatu dari selain Allah? Simpan sedikit rasa malu engkau!โ.
(Fathullahi Ahad, Syarah al-Adab al-Mufrad)
Mereka yang bergiat dalam institusi ini sebenarnya mereka adalah orang-orang Allah dan Allah SWT jua lah yang akan membantu mereka. Saya tidak menolak konsep ikhtiar serta asbab dengan meminta derma dan membuka peluang infak, tetapi dari segi yakin dan pergantungan harap mestilah kepada Allah SWT. Ini kerana madrasah dan seumpamanya telah diambil tanggung jawab oleh Allah SWT semenjak azali lagi Kerana institusi ini adalah satu bentuk โHifzud Dinโ dan usaha mengekalkan salah satu dari tugas Anbiaโ A.S iaitu tugas โTaklimโ ( mengajar al-Quran dan Sunnah)
Para Asatizah bukan sekadar terima gaji bulan-bulan, tapi mereka sebenarnya beri jiwa dan masa mereka untuk berkhidmat pada institusi ini demi kelestarian madrasah sehingga hari qiamat. Sebab itu di sesetengah madrasah, merekalah tenaga pengajar, merekalah tukang masak, merekalah warden dan mereka juga orang yang buat kerja pejabat kerana kekangan kaki tangan dan kewangan. Masa dan tumpuan mereka diberi sepenuhnya kepada madrasah.
Satu kali salah seorang ustaz senior di Darul Uloom Deoband bertanyakan Hazrat Maulana Hussein Ahmad Madani R.A: โ Hazrat! Kita mengajar dan berkhidmat di madrasah ini, apakah ganjaran special yang Allah Taala akan beri di akhirat nanti? โ. Maulana jawab sambil mendengus panjang: Hai! Hai!, kamu menanyakan aku tentang fadhilat mengajar dan berkhidmat di sini. sedangkan waktu kita mengajar di dalam kelas, waktu kita mengawasi mereka ketika luar waktu kelas, kita mengkhidmati mereka, sudah tentu ada kelopongan, cacat cela dan kelemahan di mana-mana. Kalau Allah Taala tidak tangkap dan beri hukuman pada kita di akhirat atas kelemahan tersebut, maka itu adalah fadhilat yang special Allah SWT kepada kita sebenarnya.โ
(Muqaddimah Nasrul Bari Syarah bagi Bukhari)
Semoga Allah SWT memberi taufik kepada kita semua untuk menggalas tugas ini dengan ikhlas dan bermesyuarah supaya kita tidak ditangkap Allah Taala di yaumul Hisab kelak. Tahniah kepada Asatizah yang ikhlas dan memberi jiwa raga sepenuhnya dalam berkhidmat kepada institusi agama ini demi meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi. Semoga Allah beri istiqamah dan cukupi serta barkati keperluan kalian di dunia mahupun akhirat! Amiiin!!
ุงููููุฑ ุฅูู ุฑุจู ุงููุฏูุฑ
ุฃุจู ุนูุงุดุฉ ูููู ูุงุบุช ุณูุงุบูุฑ ุฏุงุฑ ุงูุฅุญุณุงู.