24/06/2024
Assalammualaikum... kami mencari guru taska untuk kemasukkan bulan 7. Hubungi no yg tertera untuk mengetahui lebih lanjut
perkhidmatan jagaan bayi dari 2 bulan sehingga kanak-kanak 4 tahun.
24/06/2024
Assalammualaikum... kami mencari guru taska untuk kemasukkan bulan 7. Hubungi no yg tertera untuk mengetahui lebih lanjut
Happy birthday Alisya Zuhaira yang ke 2 tahun
19/01/2023
Kita post lagi ya. Mana ni pelajar² dip pendidikan awal kanak².. takkan sijil nak peram je ..meh sini keje..
28/12/2022
Kami membuka peluang pelajar latihan industri/ praktikal dalam bidang pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk melaksanakan latihan praktikum di taska kami. Hubungi 0126345156 untuk pertanyaan lebih lanjut
24/12/2022
Selesai aktiviti terakhir di tahun 2022.. 23/12/22 hari Jumaat TCH mengadakan 3 acara dalam satu majlis iaitu, Jamuan Akhir Tahun , farewell n birthday party.
Terima kasih kepada semua parents yang telah menyumbangkan makanan ..Mmg hari makan² untuk diorang je semalam.. 🤭🤭
Sepanjang tahun 2022 ni, banyak cabaran dan kenangan telah di ciptakan bersama anak² TCH. Semoga tahun 2023 yang bakal tak lama lagi menjelang lebih baik dr tahun ini.
Kepada anak² yang bakal meninggalkan TCH , belajar rajin² tau.. Ingat moto taska kita.. anak²" bakal pemimpin negara" . InsyaAllah mana tahu suatu hari nnt , kamu orgnya pengganti yang sedia ada.
Yang masih dgn TCH, kita smbung di tahun depan ye dengan aktiviti yang lebih menarik..
Sekadar bercerita,,,
Satu hari sewaktu sy pergi berkursus , ada di bangkitkan isu pengurusan diri untuk kanak² yang berada di taska. yup macam menarik kan?
Ada satu peserta ni memberitahu bahawa ,parents di taska nya berasa tidak puas hati apabila cikgu menyuruh anaknya makan sendiri . Malah tidak membenarkan anaknya menyalin pakaian sendiri. Padahal anaknya berumur 2 tahun lebih.
Tepuk dahi kami mendengar perkara tersebut. Anak² sebolehnya kita ajarkan semua perkara seawal yang mungkin. Termasuklah makan , minum, cara menggunakan tandas dan lain² lagi.
Kerisauan ibunya adalah, takut anaknya makan bersepah dan mengambil masa yang lama untuk melakukan benda² yang di arahkan.
Jgn mcm tu ye ibu² sekalian. Kalau kita tak beri peluang dkt anak explore, mcm mn dia nk tahu semua benda?. Jgn takut anak makan bersepah, jgn takut anak ambil masa yg lama. Bila terjadinya mcm tu, secara automatik kita menyekat cara kanak² untuk berfikir.
Tak kurang jg yang kata, "cikgu nak buat kerja senang!! Bukan nak suap budak tu makan."
Ibu² sekalian mana yang anda pilih
1) kita buat semua benda utk anak². Lepas tu semua benda mengharapkan kita je nnt
2) kita bersusah ajar semua benda dekat anak supaya mereka boleh berdikari dan berfikir .
Saya yakin di sini semua ibu² mahukan yang terbaik untuk anak². Begitu jg kami di taska. jadi, beri peluang kepada kami mendidik anak² mengikut fasa perkembangannya.
24/11/2022
Kita ikut proses je.. kalau nampak yang pelik jangan segan2 nak bertanya dengan yang pakar ye
Ada apa di taska ni? Ermmm kami belajar sambil bermain. Apa yang mereka tengah buat tu. Cikgu zatty sedang melakukan aktiviti bersama anak2.
Objektif nya
1) mengenal warna. Dan boleh mengelaskan mengikut persamaan
2) berbual2 untuk menambah kosa kata.
Kadang2 kita tengok, eleh buat ni je pun... Apa yg kami lakukan semuanya untuk memastikan anak2 sesuai perkembangannya mengikut peringkat umur .. Tak de apa sangat, tp impaknya besar tau...
Pendaftaran 2023 masih lagi di buka.. jom lah sertai kami. Klik link di bio untuk pertanyaan lebih lanjut
23/11/2022
Kena buat sesuatu...
22/11/2022
Kalau anak meragam, mak-mak nak buat macam mn?.
Kami pernah menghadiri kursus tangisan bayi dengan puan uswatun.. mmg padu
Cara ni juga kami buat di taska.
21/11/2022
Kesinambungan Teachers meet parents hari tu,. Terima kasih kerana sudi hadir untuk membincangkan perkembangan anak-anak sepanjang setahun berada di TCH. Syabas di ucapkan kerana semuanya on time.. Proses perbincangan berjalan dengan lancar sekali..
InsyaAllah tahun depan yang masih setia dengan TCH kita berjumpa lagi. Yang akan meninggalkan TCH masuk ke tadika di ucapkan selamat maju jaya..
| Monday | 07:00 - 18:30 |
| Tuesday | 07:00 - 18:30 |
| Wednesday | 07:00 - 18:30 |
| Thursday | 07:00 - 18:30 |
| Friday | 07:00 - 18:30 |