25/09/2026
🚗📚 TOYOTA LEARNING WEEK x OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM)
25 September 2026 (Jumaat) | 10:30 pagi
📍 Assembly Services Sdn Bhd – Bukit Raja Plant
Jalan Keluli 2/KU2, Kawasan Perindustrian Bukit Raja,
Taman Perindustrian Bukit Raja, 41050 Selangor.
OUM berbesar hati menyertai Toyota Learning Week melalui sesi perkongsian ilmu dan peluang pembelajaran untuk warga Toyota. 🌟
Antara pengisian utama program ialah:
🎓 Program di Open University Malaysia (OUM)
Disampaikan oleh Encik Zaihasra, Pengarah OUM Banting, yang berkongsi informasi berkaitan peluang pengajian, program akademik serta fleksibiliti pembelajaran di OUM yang sesuai untuk golongan bekerja.
📚 APEL.Q – Laluan Pengiktirafan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman
Disampaikan oleh Puan Iryanty, yang menerangkan bagaimana pengalaman kerja dan pembelajaran terdahulu boleh dinilai melalui laluan APEL.Q bagi membantu individu mendapatkan kelayakan akademik yang bersesuaian.
✨ Belajar tidak semestinya bermula dari bilik kuliah. Pengalaman kerja juga boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan pendidikan.
Terima kasih kepada pihak Toyota / Assembly Services Sdn Bhd – Bukit Raja Plant atas peluang dan kerjasama dalam menjadikan pembelajaran sebagai sebahagian daripada pembangunan profesional warga kerja.
OUM – Learn Anytime, Anywhere.
🌱 Upgrade your knowledge. Unlock your potential.
Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut:
017-212 1944