01/06/2026
Daulat Tuanku
Merafak Sembah
📌 Tadika Pratahfiz Al Quran Hubungi (01110772544)
📌 Zarith Academy Tuition Centre (01110742544)
📌 Follow @tabsaujanaputra @zarith.academy #solehlegacy
01/06/2026
Daulat Tuanku
Merafak Sembah
I Am Responsible To My Body
Tubuh badan ini adalah amanah daripada Allah
Anak-anak juga perlu belajar bahawa setiap anggota badan yang Allah beri sangat berharga dan perlu dijaga dengan baik..
Anak-anak diperkenalkan tentang:
🌷 Menjaga aurat dengan betul
🌷 Menghargai tubuh badan sendiri
🌷 Memahami ruang peribadi (personal space)
🌷 Mengenali sentuhan selamat & tidak selamat
🌷 Belajar berkata “TIDAK” apabila rasa tidak selesa
🌷 Mengetahui siapa orang dewasa yang boleh dipercayai untuk meminta bantuan
Pendidikan seperti ini membantu anak-anak membesar dengan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan dan tahu menjaga diri sejak kecil
Kerana menjaga maruah dan keselamatan diri juga adalah sebahagian daripada didikan iman..
Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak soleh & solehah yang tahu menghargai diri, menjaga aurat dan menggunakan setiap nikmat tubuh badan ke arah kebaikan..
Biizdnillah..
"Macam mana nak ajar anak faham ibadah Qurban dengan cara yang menyeronokkan?"
Anak-anak belajar melalui pengalaman..
Melalui Role Play Simulasi Qurban ini, mereka dapat mengenali makna pengorbanan, berkongsi rezeki dan nilai kasih sayang dengan cara yang interaktif & menyeronokkan..
Aktiviti ini juga membantu anak-anak: ◾ Belajar sambil bermain
◾ Meningkatkan komunikasi & imaginasi
◾ Membina keyakinan dan kerjasama
◾ Menggalakkan kreativiti anak-anak
Alhamdulillah, seronok tengok anak-anak excited belajar tentang Aidiladha
Jangan lupa: Like • Comment • Share
Supaya lebih ramai dapat lihat pembelajaran bermakna anak-anak di tadika
27/05/2026
Seorang guru bukan hanya mengajar membaca & mengira…
tetapi mereka membentuk karakter, akhlak, adab dan masa depan anak-anak.
Hebatnya seorang guru tadika…
mereka membentuk anak-anak daripada asas yang tidak tahu apa-apa, menjadi anak yang mengenal ilmu, adab, keyakinan dan kehidupan.
Daripada belum kenal huruf, menjadi boleh membaca.
Daripada malu bercakap, menjadi berani mencuba.
Daripada hanya bermain, menjadi anak yang tahu disiplin & tanggungjawab.
Itulah besarnya jasa seorang pendidik 🤍
SELAMAT HARI GURU..
buat seluruh warga pendidik di Tadika Al-Baghdadi Saujana Putra..
Terima kasih atas setiap ilmu yang dicurahkan, setiap kesabaran dalam mendidik, dan setiap doa yang tidak pernah putus untuk anak-anak.
Semoga setiap langkah kalian dalam mendidik menjadi saham akhirat yang berpanjangan.. InsyaAllah..
“EEEH.. ADA SERANGGA!'
Ayat pertama yang keluar bila anak mula aktiviti ini..
Tapi di sebalik keseronokan bermain dalam “Mystery Flour”, sebenarnya anak sedang belajar banyak perkara penting..
Melalui aktiviti sensory play bertema insect ini, anak belajar untuk: ▫️Mengenal jenis serangga
▫️ Menguatkan motor halus & koordinasi tangan
▫️ Fokus dan menyelesaikan masalah
▫️ Menggunakan deria sentuhan untuk meneroka
▫️ Berani berkomunikasi & bercerita
Bila anak belajar sambil bermain, mereka lebih mudah faham, ingat dan yakin
Kadang aktiviti yang nampak simple itulah yang paling banyak membantu perkembangan anak
Alhamdulillah.. Moga ada manfaat pada setiap aktiviti anak-anak.
Jangan lupa, like, follow & share video kami untuk aktiviti lain yang menarik.
“Nampak halal… tapi tak semua makanan baik untuk anak.”
Hari ini anak-anak belajar bezakan
healthy vs unhealthy foods (halal), dengan cara yang menyeronokkan.
Bukan sekadar kenal makanan, tapi mereka dididik:
▪️ Mana pilihan yang baik untuk badan
▪️ Kenapa tak boleh makan sesuka hati
▪️ Cara buat pilihan yang lebih sihat setiap hari
Bila anak faham dari kecil, mereka lebih mudah mengawal pilihan tanpa perlu rasa terpaksa.
InsyaAllah, kami bantu anak faham apa yang mereka makan, bukan sekadar ikut selera.
Mudah-mudahan, anak membesar dengan kebiasaan memilih yang baik untuk diri mereka.
Anak anda p**a bagaimana?
PENGAMBILAN MEI DIBUKA
Jom daftar & rasai pembelajaran yang menyeronokkan di tadika kami.
DM sekarang untuk info lanjut
JOM KENAL NOMBOR 11 - 20
Aktiviti simple tapi sebenarnya anak sedang bina asas matematik yang penting..
Dalam sesi ni, anak belajar:
▪️ Menunggu & ikut giliran dengan baik
▪️ Menyusun nombor turutan menaik (11–20)
▪️ Memahami konsep nombor, bukan sekadar hafal
▪️ Mengukuhkan dengan aktiviti penulisan
Bila belajar secara interaktif & berperingkat, anak jadi lebih fokus, yakin & seronok untuk mencuba..
Matematik jadi mudah… bila anak faham cara belajar yang betul
Sedang cari tadika yang fokus perkembangan akademik & sahsiah anak?
Kami bantu anak belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan & tersusun.. InsyaAllah..
Klik link di bio dan hubungi kami untuk info lanjut
06/05/2026
PENDAFTARAN MASIH DIBUKA!
Ibu ayah di Bandar Saujana Putra, dah jumpa tadika yang sesuai untuk anak?
Di Tadika Al Baghdadi, kami tekankan keseimbangan pembelajaran:
▪️ 50% Al-Quran : mengaji, hafazan & pembentukan akhlak
▪️ 50% Akademik : membaca, menulis & mengira
Bila anak belajar dalam suasana yang tersusun & menyeronokkan, insyaAllah mereka jadi lebih yakin dan mudah faham..
Pengambilan: Mei 2026
📍 Bandar Saujana Putra
Nak tahu lebih lanjut atau nak lihat suasana pembelajaran di sini?
Jom hubungi kami..
| Monday | 07:00 - 18:30 |
| Tuesday | 07:00 - 18:30 |
| Wednesday | 07:00 - 18:30 |
| Thursday | 07:00 - 18:30 |
| Friday | 07:00 - 18:30 |