SMK Jenjarom, Kuala Langat

Call Directions Contact the school

SMK Jenjarom, Kuala Langat SMK JENJAROM, 42600 JENJAROM, KUALA LANGAT, SELANGOR.

07/09/2026

Selamat Maju Jaya buat anak-anak 5PVMA ☺️

🌟 SELAMAT DATANG 🌟  Selamat datang ke SMK Jenjarom kepada Guru Pelatih dari UNITAR International University.   Diharapka...
07/09/2026

🌟 SELAMAT DATANG 🌟

Selamat datang ke SMK Jenjarom kepada Guru Pelatih dari UNITAR International University. Diharapkan agar dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah, bekerjasama dengan warga sekolah serta memberikan komitmen yang terbaik dalam mendidik anak-anak murid.

🌹 SELAMAT DATANG KE SMK JENJAROM 🌹 Seluruh warga SMK Jenjarom mengucapkan Selamat Datang kepada Encik Saiful Azman bin M...
07/09/2026

🌹 SELAMAT DATANG KE SMK JENJAROM 🌹

Seluruh warga SMK Jenjarom mengucapkan Selamat Datang kepada Encik Saiful Azman bin Md Salleh sebagai Penolong Kanan HEM SMK Jenjarom yang mula bertugas pada 27 Ogos 2026. Semoga kehadiran tuan membawa semangat baharu, kepimpinan yang cemerlang serta inspirasi dalam memperkukuh kecemerlangan sekolah. Semoga kita dapat berganding bahu demi merealisasikan aspirasi pendidikan dan melakar lebih banyak kejayaan bersama.

🗓️Jumaat🕰️21 Ogos 2026📍Dataran JagoanSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Noor Muhasuriyan...
22/08/2026

🗓️Jumaat
🕰️21 Ogos 2026
📍Dataran Jagoan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Noor Muhasuriyani binti Musa, Pembantu Pengurusan Murid SMK Jenjarom atas segala khidmat bakti, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama warga SMK Jenjarom.

Jasamu sentiasa dikenang, budimu disanjung. 🌷

Selamat bersara dan selamat melangkah ke fasa baharu kehidupan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga tersayang serta kehidupan yang penuh keberkatan.

Terima kasih atas segalanya, Puan. Jasa dan bakti Puan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga SMK Jenjarom. 💜✨

TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM,42600 JENJAROM, SELANGORTawaran adalah dipelawa daripada...
13/08/2026

TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENJAROM,42600 JENJAROM, SELANGOR

Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh dua tahun, mulai dari 01 Disember 2026 hingga 30 november 2028.

Borang sebut harga serta dokumen-dokumen yang berkaitan boleh didapati di Pejabat SMK Jenjarom mulai 3 Ogos 2026 hingga 28 Ogos pada waktu pejabat secara PERCUMA.

Selamat datang diucapkan kepada guru baharu dan guru-guru praktikal ke SMK Jenjarom.Semoga kehadiran anda membawa inspir...
04/08/2026

Selamat datang diucapkan kepada guru baharu dan guru-guru praktikal ke SMK Jenjarom.

Semoga kehadiran anda membawa inspirasi baharu, tenaga positif, serta komitmen tinggi dalam memperkasakan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid-murid di sekolah ini.

Selamat bertugas dan menimba pengalaman bermakna!

04/08/2026

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2026

" Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati "

🌸 Selamat Datang ke Keluarga SMK Jenjarom 🌸Warga SMK Jenjarom dengan penuh rasa gembira mengalu-alukan kehadiran guru pr...
21/07/2026

🌸 Selamat Datang ke Keluarga SMK Jenjarom 🌸

Warga SMK Jenjarom dengan penuh rasa gembira mengalu-alukan kehadiran guru praktikal yang akan bersama-sama mewarnai keluarga besar sekolah kami.

Semoga sepanjang berada di sini, anda dapat menimba pengalaman baharu, berkongsi ilmu dan mencipta kenangan indah bersama warga sekolah serta anak-anak SMK Jenjarom.

Selamat menjalani latihan praktikal. Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus melangkah yakin menjadi pendidik yang hebat. ✨

🌟 PROGRAM PEJUANG JAGOAN 2026 🌟"Kejayaan bukan suatu kebetulan, tetapi hasil daripada usaha yang berterusan, doa yang ti...
06/07/2026

🌟 PROGRAM PEJUANG JAGOAN 2026 🌟

"Kejayaan bukan suatu kebetulan, tetapi hasil daripada usaha yang berterusan, doa yang tidak putus dan tawakal kepada Allah SWT."

Alhamdulillah, Program Pejuang Jagoan 2026 bagi mata pelajaran PERTANIAN, BIOLOGI, MATEMATIK & KIMIA telah berjaya dilaksanakan sebagai satu usaha memperkasa persediaan calon-calon SPM 2026 ke arah mencapai kecemerlangan akademik.

Semoga segala ilmu, panduan dan perkongsian yang diperoleh sepanjang program ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha dengan lebih gigih.

Jadikan setiap cabaran sebagai peluang untuk memperbaiki diri dan setiap kegagalan sebagai langkah menuju kejayaan.

Yakinlah bahawa kejayaan bukan milik mereka yang tidak pernah gagal, tetapi milik mereka yang sentiasa bangkit dan tidak pernah berputus asa.

Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal.

Semoga seluruh Pejuang Jagoan SMK Jenjarom dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2026.
A+ Milikmu, Insya-Allah. 💚💜

Address

SMK Jenjarom
Jenjarom

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:30
Tuesday 07:30 - 18:30
Wednesday 07:30 - 18:30
Thursday 07:30 - 18:30
Friday 07:30 - 18:30

Telephone

+60331916770

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Jenjarom, Kuala Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Jenjarom, Kuala Langat:

Shortcuts

Share